"Kenapa adik balik tak bagitahu abang?" soal Farhan, ligat membersihkan luka di siku Nur. Wajahnya penuh reaksi risau.
Raihan sudah terdiam dengan wajah tegang di sofa bertentangan dengan Nur.
"Adik ada event esok...."
"Habis tu kenapa tak bagitahu? Raihan boleh hantar orang dia escort adik." tanya Farhan lagi.
Sesekali Nur meringis pedih.
"Event tu last minute. Adik call abang Raihan, tak angkat. Call abang Farhan pun tak dijawab."
Farhan sudah terdiam, kerana sibuk sepanjang hari, dia sampai lupa di mana telefonnya. Entah-entah sudah habis bateri.
"Adik tak ada pilihan lain selain balik ke sini." terang Nur, mempertahankan diri.
Raihan angkat wajah, kesal dengan apa yang jadi. Dia... langsung tak berani untuk bercakap dengan Nur. Sudahlah masalah ini jadi kerana pekerjaannya, dia langsung tak dapat menjawab panggilan Nur, lagi satu... dia boleh pula mengamuk pada Dayan!
Mana lah dia tahu Dayan yang kebetulan selamatkan adiknya? Dia fikir Dayan sengaja mahu balas dendam padanya! Hampir saja dia menumbuk wajah Dayan tadi. Raihan menghela nafas kuat, kusut.
"Kau... masih nak teruskan jadi spy ke, Han?"
Raihan menoleh, tidak mampu menjawab soalan Farhan. Adik kembarnya itu nampak marah.
"Kau sibuk dengan minat kau sampai bahayakan adik."
Raihan kembali menundukkan wajah, memeluk tubuh. Nur hanya mampu terdiam, dia tidak mahu masuk campur.
"Kau minat dengan dunia perisikan, tapi kau tak sedar dunia yang kau ceburi tu dah bahayakan nyawa orang terdekat kau.
Kau suka ke? Puas ke? Awal-awal dulu kau tak nak dengar cakap aku, sekarang kau hadap lah apa kau dapat."
Raihan senyap sepenuhnya. Bukan tidak mahu membantah, tetapi tidak mampu. Dia tidak boleh menafikan semua itu.
"Entah-entah sampai ke tua adik jadi mangsa dendam musuh kau."
Ayat Farhan yang satu itu terus menusup ke dalam hati Raihan. Dia terasa betul, terangkat wajahnya. Rasa bersalah semakin menebal dalam hati. Saat dia dan Farhan berpandangan, Farhan menjeling, nampak benci dengan reaksi wajah Raihan.
Dia mengemaskan barang-barang yang ada dan berlalu ke dapur. Tinggallah Raihan dan Nur berdua di ruang tamu rumah mereka. Sepi tanpa kata.
"Esok lepas event, adik nak jumpa Dayan. Adik nak minta maaf, dan nak ucap terima kasih."
Raihan tersentak.
"Abang boleh ikut?" pinta Nur, berharap abangnya boleh ikut sekali, dia mahu Raihan minta maaf dengan Dayan.
Dia tidak tahu apa masalah Dayan dengan abangnya, dia tak mahu tahu. Yang dia tahu, Dayan telah menyelamatkan dia, dan abangnya salah kerana menuduh sembarangan. Abangnya perlu minta maaf.
Raihan mengelak, menggaru belakang kepala,
"Ta-tak boleh. Abang busy all day esok."
Nur hampa.
"Adik pergi dengan Farhan, dia mesti... nak ikut." kata Raihan lagi.
Nur terus diam. Tidak suka dengan penolakan abangnya. Ego!
"Abang minta maaflah... "
Raihan menghela nafas berat, tidak betah berlama di situ, dia lantas berjalan pergi, tidak mahu berhadapan dengan adiknya.
YOU ARE READING
CIÙINEAS
AcciónDia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hid...