Usaid membuka perlahan pintu bilik rehat Angel. Nampaknya Dayan tertidur lena, barangkali penat dengan operasi pagi tadi. Baru sekejap tadi dia membawa Dayan masuk ke bilik ini, sekarang sudah tertidur pula.
"Usaid."
Usaid menoleh, apabila dia melihat wajah Umar, lantas pintu bilik itu ditutup semula, tidak mahu mengganggu Dayan tidur.
"Aku dah jumpa apa yang kau nak." sambung Umar kemudiannya.
Usaid mengangkat kening, dia terus menarik Umar untuk ke tempat yang lebih tersembunyi. Tidak sabar mahu mendengar maklumat yang Umar baru dapat.
Umar menarik nafas.
"Aku dah jumpa siapa yang beri maklumat palsu pada White Fox tentang pendrive tu ada pada Dayan."
"Siapa?" soal Usaid laju, sudah lama dia terfikir soal ini.
Hairannya tidak dapat dibendung, .tetapi gara-gara kesibukan dirinya, Usaid terpaksa meminta bantuan Umar untuk mencari tahu soal itu.
"Tarung."
Usaid terdiam lama.
"Tak mungkin."
"Aku pun fikir perkara sama. Tetapi ni hakikatnya, Tarung yang sebar maklumat palsu tu."
Usaid terbungkam. Lama dia mendiamkan diri, cuba menghadam nama yang baru dia terima itu.
"Tapi Tarung takkan khianat Dayan. Dia takkan biar Dayan mati."
"That's the point. Tapi cuba kau fikir balik, Usaid. Maklumat ni dah tersebar lama, sewaktu Dayan kecil lagi, tapi Tarung baru jumpa dan kenal Dayan tiga tahun lepas."
Usaid tersenyap kembali. Lama dia merenung Umar dengan wajah bingung. Dia sudah mula pening. Umar tersengih, suka mempermainkan adiknya.
"Ayah Dayan ramai musuh, Tarung salah seorangnya. Tarung ambil kesempatan untuk buat hidup keluarga ayah Dayan tak aman, diburu sepanjang masa.
Tapi, tiba-tiba pula Dayan selamatkan nyawa dia. Tarung terhutang budi dengan dia. Jadi bila Tarung dah siasat latar belakang Dayan, dia dengan rela hati tolong Dayan. Dia tak boleh bunuh Dayan sebab dia hutang nyawa dengan Dayan.
Sebab tu dia latih Dayan berlawan, dan suruh Dayan pergi selepas beberapa bulan, dia takut White Fox dapat kesan Dayan ada dengan dia."
Usaid mula memahami satu per satu perkara,
"Dan Dayan cari semula Tarung. Tarung tolong Dayan pula?"
"Sebab Tarung... tak boleh nak jauhkan diri daripada Dayan. Dia dah anggap Dayan macam orang dia."
Usaid menekup mulut, tersengih dalam diam. Dia mengucap kalimah mengagongkan Allah. Hebat benar takdir Allah, mulanya musuh akhirnya menjadi pembantu terbesar. Patutlah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Tarung sudah mula kurang mengganas, rupanya keberadaan Dayan menghalangnya.
"Ada hikmahnya Tarung sebar maklumat palsu tu. Sekurangnya, mereka tak jumpa pendrive tu dulu daripada kita."
Usaid hanya mengangguk, tidak menafikan. Meskipun makan masa yang lama, dan makan nyawa yang banyak, tetapi pasti ada hikmah yang lebih besar Allah masih belum perlihatkan kepada mereka. Apa yang penting, segala masalah ini sudah selesai dengan jayanya. Tiada lagi jenayah menggodam, pembunuhan dan penjualan organ serta bahan pengawet secara haram.
"Macam mana dengan Hacker?" soal Umar kali ini.
Usaid mengangguk kecil,
"Aku akan tubuhkan satu pasukan khas untuk teruskan kerja hacker. Buang video-video pornography dalam web umum dan private. Aku akan bincang semula dengan Syazwan dan Natasha."
YOU ARE READING
CIÙINEAS
ActionDia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hid...