Nur memandang Dayan, kebetulan pula Dayan yang perasan turut sama menoleh.
Saat wajah mereka bertemu saja, mereka berdua terus menjeling sesama sendiri! Dayan menyumpah seranah Nur dalam hati banyak-banyak! Sakit hati dengan si Nur tu!
Tadi semasa Nur membawa Aidin ke taman permainan, Dayan bermain dengan Aidin. Fikirnya Nur akan beredar pergi, rupanya tidak! Nur bermain sama dan yang lebih menyakit hati Dayan sehingga mencecah sanubari ini, Nur boleh punya menggunakan Aidin untuk membuat Dayan melakukan perkara yang bukan-bukan!
"Awak cuba lah duduk dekat kuda tu!"
"Kau ni tak betul ke? Tu budak punya kan? Patah nanti macam mana?"
"Tak patahlah! Awak cuba lah duduk, saya nak ambil gambar, mesti comel! AIDIN! TENGOK NI, CIK YAN TAK NAK KAWAN UCU!"
"Cik Yannnn!"
Waktu itu Dayan rasa macam nak mencarut sahaja di hadapan wajah Nur. Boleh pula disuruh naik penunggang spring berbentuk kuda tu? Sudahlah sangat kecil dan rendah untuk tubuh badannya yang tinggal lampai ni! Hampir-hampir saja dia terjatuh tadi tau!
Bukan itu saja!
"NURISH! Aku warning kau awal-awal... aku tak boleh naik benda ni, aku cepat pening!" halang Dayan cepat-cepat apabila Nur sudah memegang erat besi di alat mainan Merry-go-Around.
Wajah Dayan serius sekali, dia menggeleng laju apabila melihat senyuman jahat Nur. Menyesal dia ikut cakap Nur untuk naik ke atas alatan ini, dia fikir Aidin akan naik sama, rupanya tidak!
"Alaa sikit je... betul best!"
"Nurish... aku kata jangan, jangan. Aku betul tak boleh."
Nur berdecit kasar, dia memandang Aidin pula.
"Aidin, nak tengok Cik Yan pusing-pusing tak?"
"Nak!!"
Dayan sudah menepuk dahi. Dan tanpa amaran...
Nur sudah mula menolak besi itu sehingga alatan ini berpusing!
"Aku sumpah benci kau, Nurish!" marah Dayan dalam terkejutnya!
Nur dan Aidin sudah mengekek kuat. Nasib baik tiada orang lain di situ!
Mengingatkan itu saja sudah membuatkan Dayan sakit hati teramat! Rasa nak mencekik leher Nur saja! Belum lagi Nur paksanya untuk bermain gelongsor, jongkang-jongket, dan alatan mainan lain!
Dayan takkan pernah mengajak Aidin ke taman permainan lagi. Dia serik. Betul-betul serik.
Sekarang kepalanya masih pening dengan kuda pusing tadi. Dia memang lemah kalau berpusing.... cepat sahaja pening kepala.
Farhan yang sejak tadi melihat ketegangan mereka berdua sudah tersengih kecil. Bukan dia tak kenal adiknya itu, pasti Nur memaksa Dayan membuat perkara yang bukan-bukan, mesti Nur kena marah dengan Dayan.
"Seronok betul dia main tadi, nyenyak tidur tu." tegur Puan Idah, tersenyum melihat cucunya yang sedang lena tidur. Langsung tiada ura-ura untuk bangun.
Peluh di dahi sudah mengering, baju yang berpeluh pun tidak sempat ditukar. Nur kata Aidin sudah tertidur semasa dalam kereta tadi.
"Suka lah tu dapat keluar dengan Cik Yan dia." kata Encik Yahya pula.
Dayan hanya tersengih kecil, mana tidak suka budak tu? Asyik tergelak kuat saja apabila Dayan dijahili. Risau pula Dayan jika Aidin mengikut perangai ucunya!
YOU ARE READING
CIÙINEAS
ActionDia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hid...