"Dayan."
Dayan yang sedang termenung lantas menoleh. Termati terus lamunannya. Mereka baru sahaja menghantar Encik Yahya dan Puan Idah ke KLIA. Pasangan suami isteri itu baru sahaja berlepas ke Dubai hampir 1 jam yang lalu. Farhan sudah kembali ke kerja, Aidin sudah dihantar ke tempat pengasuh.
Dayan baru sahaja pulih daripada demamnya. Selepas berehat satu malam di kediaman keluarga itu, Dayan lekas pulang walaupun dibantah keras oleh mereka semua. Badannya sudah kuat sedikit pada hari kedua. Jadinya dia berehat sahaja di rumah. Tidur sahaja. Bangun pun untuk makan dan solat.
Dia mahu pulang terus ke rumah tadi, tetapi Raihan dan Nur menghalangnya. Katanya mahu berbincang tentang kes Hacker. Nizam turut dipanggil sama.
"Macam mana kau boleh dapat semua maklumat 'tu'?" tanya Raihan, masih pusing memikirkannya.
Nur dan Nizam hanya diam di situ. Wajah Dayan bingung.
"Maklumat tu? Apa tu?" tanya Dayan, hairan.
Raihan dan Nur saling pandang,
"Maklumat berkenaan laporan sebenar yang Hadi sorokkan."
Dayan mengedipkan mata, baru faham. Dia membetulkan posisi duduknya supaya lebih selesa.
"Nurish tak cerita ke? Saya menyamar sebagai medical officer."
Sempat Dayan menjeling Nur, dia rasa dia sudah cerita penuh kepada Nur. Mereka suka berbincang untuk bergabung dengan Raihan, memandangkan apa yang mereka dapat kali ini adalah bukti besar.
"Bukan tak cerita, cuma... aku pelik. Aku tak dapat bayangkan macam mana kau boleh menyamar tanpa seorang pun sedar."
Dayan tidak terus menjawab. Dia diam membisu. Raihan memandang jengkel, selalu begini! Dayan suka betul berahsia!
"Jangan berahsia sangat, Dayan. Kau kena bagitahu so that aku tak curiga dengan kau...." meleret suara Raihan memberitahu, ini sudah kali kedua dia memberitahu. Kalau Dayan tak faham juga tak tahu lah mahu cakap macam mana lagi. Perlu guna bahasa lain agaknya.
Dayan tak semena-mena melepaskan nafas. Topi dibetulkan dengan lambat. Dia... malas mahu bercerita. Dayan memandang setiap orang sebelum memalingkan wajah ke arah lain.
"Saya rasa abang Azfar dah beritahu tentang kes arwah makcik saya.
Masa tu, saya terdesak mahukan bukti. Jadi saya tak ada pilihan lain, saya terpaksa guna cara licik untuk dapatkan bukti pembunuhan makcik saya.
Saya tak tahu pula saya... ada bakat dalam cara licik ni."
Raihan dan Nizam tercengang lagi. Boleh pula Dayan dengan selambanya mengujarkan ayat terakhir itu? Bakat?!
"Kau ni, makin lama aku kenal kau, makin seram aku." kutuk Raihan, tulus daripada hatinya!
Ada saja perilaku Dayan yang membuatkan Raihan bungkam. Tahu-tahu sudah jadi itu, jadi ini. Dia tak faham bagaimana Nur boleh tenang dengan aksi Dayan! Bagus pula mereka berdua bergabung? Tidak gaduh?
"Jadi... saya gunakan trik yang sama untuk kes Hadi, dan dibantu oleh Nurish."
Raihan jadi terdiam. Dia mula membayangkan bagaimana wajah tenang dan suci walaupun dingin milik Dayan menyamar menjadi medical officer, menceroboh masuk bilik pejabat Hadi, dan menyelongkar bilik itu tanpa meninggalkan kesan.
Jauh Raihan membayangkan, sampaikan dia jadi tak percaya. Tidak percaya bagaimana seorang Dayan yang dingin dan tidak kisah apa-apa dalam hidupnya mencuri dokumen penting ini!
"Kau boleh tunjuk demo, Dayan? Aku tak percaya betul ni." pinta Raihan, bersungguh.
Nur sudah mengeluh kecil, penat dengan abangnya. Tak habis-habis dengan rasa tak percaya! Dayan laju menggeleng, memang tidaklah! Malas dia buang masa demi itu. Raihan dan Nizam beriak hampa.
YOU ARE READING
CIÙINEAS
AcciónDia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hid...