"Adik, meh sini abang---"
Belum sempat Raihan menghabiskan kata, Nur terus sahaja meninggalkan kerjanya dan berlalu keluar untuk ke kerja. Mengabaikan Raihan untuk kesekian kalinya. Raihan menjadi terkaku sejenak, dia hanya memandang saja pemergian si adik dengan nafas berat. Farhan yang baru turun juga Nur abaikan, langkahnya lurus keluar dari pintu. Tak lama kemudian, mereka berdua terdengar pula bunyi enjin kereta. Maknanya Nur sudah benar bertolak ke kerja.
Raihan menunduk wajah, rasa sedih dengan layanan Nur. Air teh'o panas kegemarannya dikacau perlahan bagi melarutkan gula.
"Kau tak bercakap dengan adik lagi?"
Raihan menggeleng kecil,
"Adik tak nak dengar aku bercakap." jawab Raihan, terselit nada sayunya.
"Samalah macam aku."
Raihan terus angkat wajah apabila mendengar itu. Farhan sudah mengangguk-angguk sambil menggaru kepala, nafas panjangnya terhela sekali.
"Aku ingat aku seorang yang kena 'basuh'." ujar Raihan, dia menyandar pula pada kabinet dapur.
Farhan terus menjuihkan bibir!
"Aku kena lagi teruk. Kau setakat kena sindir, aku kena tengking sampai dia menangis."
Jawapan Farhan terus membuatkan Raihan rasa bersalah. Disebabkan dirinya, Farhan ditengking Nur, terkena tempias sekali. Raihan menggaru belakang kepala, kusut memikirkan hal Nur.
"Dayan beritahu, Nur sampai gastrik sebab sakit hati, tapi tak mahu ke klinik. Nasib baik Dayan ada, dia pujuk Nur untuk makan and rest dekat rumah." cerita Farhan.
"Alahh Farhan, sumpah lah?" tanya Raihan, makin bergunung rasa bersalahnya sekarang!
Farhan mengangguk lemah. Dayan yang beria mahu beritahunya soal ini, padahal dia pasti Nur tak mahu Farhan tahupun soal itu. Bila ditanya mengapa Dayan beritahu soal ini semua, jawapannya ringkas saja,
"Sebab doktor abang dia, dan saya cuma sekadar kawan. Doktor berhak tahu memandang doktor abang sulungnya."
"Habis macam mana ni?" soal dia dengan nada risau. Risau betul adiknya marah lama-lama, nanti tak dapat bergurau, berperang! Bosanlah nanti! Ke mana dia mahu meluah rasa tak puas hatinya, rasa penatnya, rasa gembiranya kalau bukan pada Nur? Dia mahu adiknya bermanja dengannya lagi!
Farhan mengeluh lagi,
"Aku tak tahulah. Aku tak berani nak bercakap dengan Nur. Seram lah dia tengking haritu." luah Farhan, itu sebenarnya yang dia risaukan. Dia takut mahu mulakan percakapan, tengok muka serius Nur pun dia dah jadi terkelu.
Akhirnya Raihan dan Farhan sama sama terdiam, sibuk memikirkan masalah kehidupan mereka.
Nur kalau sudah marah, memang susah dipujuk. Kek aiskrim yang dia beli pun tak disentuh. Bunga entah ke mana lah. Lebih-lebih lagi sekarang masalah besar, memang buntulah mereka berdua nak memujuk.
"Eish! Aku tak sedap hatilah! Aku nak jumpa Dayanlah." tekad Raihan.
"Untuk apa?"
"Entahlah. Aku rasa aku patut jumpa dia. Mana tahu dia boleh tolong.
Kau rasa dia nak tolong?"
Farhan dan Raihan saling pandang, Farhan mengangkat bahu,
"Cuba bawa Aidin sekali, kot-kot hati dia berlembut nak tolong."
"Kau nak libatkan anak aku pula?"
"Tak, aku bagi cadangan je."
Raihan sekali lagi mengeluh berat. Farhan ni macam tak membantu saja. Mahu atau tidak... terpaksa dia berjumpa dengan Dayan. Dia perlu minta tolong Dayan.
YOU ARE READING
CIÙINEAS
ActionDia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hid...