(24)

102 12 22
                                    

Aidin sudah mengambil semula hadiah Dayan dan berlari keluar mendapatkan Dayan.

"CIK YAN! CIK YANNNNN!"

Suka betul nampaknya tu. Raihan juga sudah bergerak mahu berjumpa Dayan. Masih terkejut dengan apa yang dia dengar.

Dia lihat Aidin sudah memeluk kuat kaki Dayan, tanda berterima kasih. Suka dengan pemberian Dayan. Dayan tersenyum lebar, mengusap lembut rambut Aidin.

"Dayan." panggil Raihan.

Dayan menaikkan wajah, wajahnya langsung berubah.

"Err... tuan jangan salah faham. Saya perasan Aidin suka dengar orang baca doa, tuan pun tahu kan? Jadi saya fikir... mungkin ni boleh gembirakan dia.

Saya... tak ada niat lain, saya cuma... nak bagi Aidin hadiah." jelas Dayan sebaik sahaja dia lihat wajah Raihan.

Dia takut jika perbuatannya berlebihan, padahal dia tiada hak langsung ke atas Aidin. Ini pun dua tiga kali dia fikir.

"Apa kau cakap ni, Dayan? Tak faham lah aku."

Balasan Raihan mendiamkan Dayan. Raihan menggaru belakang kepala, dia tak pernah faham apa yang Dayan fikir. Dayan fikir dia akan marah ke?

Mana mungkin dia marah!

"Rajinnya kau record satu-satu doa tu, siap dengan terjemahan.

Bila kau buat ni?"

"Huh? Aaa... malam tadi."

Raihan mengangguk faham. Dia mengambil tempat di satu sofa. Dayan juga sudah duduk selepas melihat Raihan duduk. Aidin setia bermain di hadapannya.

"Suka betul budak tu. Memang selalu lah dia buka daripada pagi sampai ke malam recorder ni."

Dayan tersengih kecil. Ini pun Aidin sudah mula buka semula, alat perakam suara kecil itu diletakkan di cuping telinganya, mendengar dengan bersungguh!

"Tapi apa-apa pun, terima kasih, Dayan."

Dayan menggeleng kecil,

"No problem, tuan."

Raihan mengangguk saja. Suka pula dia melihat senyuman lebar di wajah Aidin, bercahaya wajahnya. Terasa hilang kekusutan kerja. Raut wajah itu persis ibunya, melihat wajah Aidin saja mampu mengubati kerinduan terhadap isterinya.

"Hacker keluarkan amaran."

Raihan dan Dayan sama-sama angkat wajah. Nur pula dengan pantas duduk bersebelahan Raihan. Tablet di tangannya sudah dihulur kepada Raihan.

"Maksud kau?" tanya Dayan, kurang faham.

"Hacker dah hack sistem papan iklan digital satu Malaysia, ada satu ayat yang dia sampaikan.

'Orang lain yang makan nangka, orang lain yang kena getah.

Jangan cabar kami.' "

Dayan kembali bingung. Pada masa yang sama, telefon Raihan berdering kuat, Raihan segera bangun dan menjawab panggilan daripada Nizam. Dia berjalan ke dapur, menjauhi Dayan dan Nur.

"Wei Nurish. Kenapa dia mention nangka dan getah? Aku tak faham." ujar Dayan, blur mukanya melihat Nur.

Nur sudah menayang wajah toya, dia memandang Dayan tajam!

"Eish awak ni! Tu lah, dulu masa sekolah tak nak belajar peribahsa!" marah Nur! Geram dengan kebingungan Dayan.

Dayan diam sejenak.

"Oh peribahasa ke... maksudnya apa?"

"Orang lain yang buat salah, orang lain yang kena tuduh, yang dipersalahkan."

CIÙINEASWhere stories live. Discover now