"Apa kau nak tahu?"
Dayan menjongketkan kening, pelik dengan pertanyaan Tarung. Jus tembikai yang baru tiba dihirup bagi menyejukkan tekak. Sangat menyamankan!
"Come on, Khair. Ni, mesej ni."
Tarung mengeluarkan telefonnya, dan menunjukkan mesej pendek yang dia terima daripada Dayan semalam.
-Pakcik, pakcik tahu sesuatu tentang saya?
-Diri saya yang sebenar.
-Pakcik tahu ke siapa saya?Dayan senyap, menunduk sedikit sambil mengacau air dengan strawnya. Tarung sudah menarik senyum sinis.
"Sebelum aku beritahu, biar aku tanya kau dulu."
Dayan menaikkan muka, wajahnya masih bereaksi biasa.
"Aku tak sangka... kau akan sedar tentang perkara ni. Siapa yang bagitahu kau?"
Dayan menarik bibir ke tepi,
"Ada lah seorang perempuan gila tu yang tiba-tiba muncul dalam hidup saya."
Tarung menjongket kening sebelah. Perempuan gila? Setahunya Nur saja, siapa lagi?
"Jadi apa yang pakcik tahu tentang saya? Kalau perkara baik, saya tak nak dengar. Kalau perkara buruk... saya akan pertimbangkan."
Tarung tertawa lucu,
"Peliklah kau ni. Orang nak dengar benda baik, kau... benda buruk."
Dayan hanya menggeleng kecil,
"Kalau saya tak berani hadapi keburukan saya di dunia, apatah lagi di akhirat."
Tarung terus tersenyap. Pada masa yang masa sakit hati dengan Dayan, sempat lagi berdakwah budak ni! Tak serik-serik mahu mengajaknya menjadi Muslim sejati! Tarung mengeluh kasar, mahu dipukul, dah macam anak sendiri.... Geram betul Tarung.
"Kalau kau tak terima tentang kenyataan ni, kau nak balas dendam?"
"Dendam... takkan bawa saya ke mana-mana, pakcik. Makin kotorkan hati saya adalah."
Tarung tersengih sinis, lalu tergelak kecil tidak percaya.
"Kalau kau tak terima dengan apa yang aku cakap, kau nak buat apa?"
Dayan senyap sekejap. Sekali lagi dia menghirup air dengan reaksi biasa. Nampak seperti sudah bersedia dengan apa saja yang bakal dia dengar.
"Betulkan apa yang salah."
"Walaupun benda tu besar?"
"Sebesar mana pun perkara tu, tetap saya akan cuba. Saya dah nekad, saya berjanji dengan diri saya, kali ni... betul-betul kali terakhir saya buang semua kekusutan hidup saya."
Tarung diam mendengar.
"Lepas tu... saya nak bina balik hidup saya. Saya nak sambung belajar, saya nak jadi doktor bedah. Saya nak kahwin, nak ada keluarga. Saya tak nak hidup saya kosong lagi.
Jadi saya berani bersumpah sekarang, apa pun yang saya dengar nanti, saya akan ubah semula mana yang salah."
Dayan menarik senyum nipis, gelas air diketepikan tanda dia sedang serius mahu mendengar.
"Pakcik nak bagitahu saya tak? Kalau tak nak... saya cari sendiri."
Tarung memandang tajam Dayan dihadapannya, semakin lama, bibirnya semakin terherot ke tepi mengukir senyum nipis dalam geramnya.
"Kau ni... makin berani kan dengan aku?"
Dayan hanya tersenyum polos.
"Kau tak takut lagi ke? Aku... gangster tau."
YOU ARE READING
CIÙINEAS
ActionDia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hid...