Farhan sesekali menjenguk ke luar rumah. Serius betul Nur dan Dayan berbincang. Sampaikan dia jadi tak percaya bahawa itu mereka, tak bergaduh langsung. Dayan tak mahu masuk ke dalam rumah walaupun sudah diajak, dia kata tak nak ganggu Aidin yang sedang lena. Lagipun apa yang mereka mahu bincangkan itu sedikit sulit.
"Paklong...."
Farhan menoleh, tersenyum pada anak buahnya yang baru bangun daripada tidur petang. Aidin menggosok mata dan melentokkan kepala pada dada Farhan apabila Farhan mendukungnya ke riba.
Manja betul anak buahnya ni.
"Aidin nak makan tak?"
Aidin menggeleng laju. Diam sahaja di riba Farhan. Farhan hanya membiarkan, bukan selalu dia ada masa bersama Aidin. Ini pun kalau Aidin nampak Dayan, pasti anak itu berlari ke arah Dayan.
"Aidin mengantuk lagi ke?" tanya Farhan apabila Aidin diam sahaja. Wajah kecil itu nampak bingung.
Aidin menggeleng lagi.
"Habis Aidin nak apa?"
"Nak air...."
Farhan tergelak kecil dengan reaksi wajah Aidin. Macam sudah dua hari sahaja tidak minum, sayu saja wajahnya.
"Jom ambil air."
Farhan mendukung Aidin untuk ke dapur. Selepas itu dia ambilkan segelas air putih dan diberikan kepada Aidin. Suka Aidin dapat melepaskan dahaga.
"Ucu mane?"
"Ucu dekat luar dengan Cik Yan. Cakap pasal work."
"Cik Yann!"
Farhan menaikkan kening, langsung membulat dan bersinar mata Aidin mendengar nama Cik Yannya. Kan dah kata tadi?
"Nak Cik Yann!"
Tanpa sesaat pun, Aidin sudah berlari laju keluar. Farhan menggeleng kepala perlahan. Anak siapalah tu.
"Baik-baik jatuh." sempat Farhan menegur. Risau pula jatuh tersadung nanti dek terlampau gembira.
Aidin membuka pintu dengan payah dan menjengahkan kepala. Terhenti percakapan Dayan dan Nur apabila mendengar bunyi pintu dibuka.
"Cik Yann!"
"Ya saya?"
Aidin tertawa! Dayan memandang Nur sekilas sebelum bangkit dan berjalan tenang ke arah Aidin.
"Aidin dah bangun dah? Good evening, Aidin."
"Cik Yann!"
Dayan tergelak kecil,
"Ya, saya?"
"Cik Yann!"
Amboi, gembira betul ya Aidin dapat berjumpa dengan Dayan? Dayan tersenyum suka, perlahan tubuh ringan itu didukung. Hidung Aidin dicuit sedikit.
"Iya, saya? Nak apa, Aidin?"
"Nak Cik Yan!"
"Kan Cik Yan dah ada ni...."
Aidin tiba-tiba ketawa dan memeluk Dayan dengan kuat. Entah apa yang dia sukakan sangat pun Dayan tak faham. Nur sudah menggeleng kecil melihat mereka berdua. Persis bapa dan anak saja, manjanya bukan main.
Tetapi dalam diam Nur suka melihat keakraban mereka berdua, hilang segala kekusutannya tadi. Sejujurnya bukan dia sahaja, umi, abi, Farhan mahupun Raihan juga suka melihat mereka berdua saat bersama. Wajah Dayan nampak bercahaya kerana banyak tersenyum, Aidin nampak lebih ceria berbanding biasa.
Terkadang... senyuman mereka berdua, membuatkan mereka tersenyum sama.
YOU ARE READING
CIÙINEAS
ActionDia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hid...