Nur mematikan enjin kereta. Dia pulang lambat hari ini, dia mahu pulang sebelum maghrib, tetapi ketuanya menyuruhnya bertolak selepas maghrib. Katanya tidak elok pulang di waktu syaitan berleluasa keluar. Dia ikutkan sahaja, sempat dia solat berjemaah bersama pekerja lain di surau syarikat dan diimami sendiri oleh ketuanya.
Nur keluar daripada isi kereta dan segera masuk ke dalam rumah. Dia mahu mandi! Namun, sebaik sahaja dia melangkah masuk, dia terdengar pula bunyi orang berperang mulut dari dalam dapur. Hairan dengan situasi itu, dia menapak masuk ke ruang dapur.
"Kau lah salah! Kata doktor, ni sukat tepung pun salah! Tengok dah kena buat balik! Ni dah kali kedua kau tahu tak?" marah Raihan, wajah dan tangannya sudah tercalit tepung gandum. Sudah macam hantu tepung.
Farhan pula tak mahu mengalah,
"Aku doktor, bukan baker, memang patut pun aku tak pandai buat muffin! Kau tu hah! Kau ambil course perniagaan kan?!"
"Perniagaan tak ada kena mengena dengan kek!"
"Haa sama lah! Sejak bila pula course medical ada bakar-bakar?" sindir Farhan! Geram dengan kembarnya ini!
Sudah dua-dua salah, lagi tak mahu mengaku!
"Aku dah kata beli je kek biasa, kau tak nak!" marah Farhan lagi! Langsung tidak sedar keberadaan Nur di situ yang sudah mahu naik hantu.
Raihan mendengus kasar,
"Perempuan nak tengok effort! Kita kena bagi effort kita buat kek untuk adik! Ha tu lah kau! Orang suruh kahwin, kau tak nak! Kau kahwin jela dengan jarum suntik tu!"
Geram punya pasal, Farhan terus mengambil segenggam tepung dan dibaling ke arah Raihan! Mengutuk orang saja tahu!
Terkedu Raihan dibuatnya. Dia langsung bertindak mahu melakukan perkara yang sama,
sebelum satu suara menghentikannya.
"Buat sepah lagi."
Raihan dan Farhan terus terkaku.
"Eh kenapa berhenti? Baling lah tepung tu, baling dekat satu rumah. Buang rezeki lagi, buang sampai Allah tarik balik rezeki awak berdua.
Nanti yang kemas bukan awak berdua pun, ni ha... Nurish yang kemas. Tak apa, tak apa, buat sepah lagi."
Sakit hati dan sakit matanya melihat ruangan dapur miliknya bersepah! Semuanya tak teratur! Dia geram! Dia sudah lah penat, mahu mengemas ini pula! Pagi tadi elok dan cantik saja ruangan ini!
Raihan dan Farhan terus gugup mahu menjawab.
"Ma-maap." ucap Raihan dengan nada rendah.
Farhan mengerling ke arah Raihan.
"Nanti kitorang kemas, janji, sumpah." sambungnya pula, tapak tangan diangkat, tanda berjanji.
Nur mengeluh kasar, malas melayan, dia pergi daripada ruang dapur itu dengan rasa tidak puas hati.
Farhan dan Raihan saling pandang, masing-masing sudah terkelu lidah dengan balasan Nur. Niat mereka pada awalnya cuma mahu membuat muffin kesukaan Nur, gigihlah mereka berdua mencari barangan dan resepi terbaik.
Tak sangka pula lain yang jadi.
Raihan mengeluh, dia rasa tak tenang, dia mula melangkah mahu bercakap dengan Nur, tetapi pantas Farhan menahan.
"Jangan, dia penat tu."
Raihan terdiam. Dia mematikan hasratnya. Syukur saja Aidin tidur awal, tak lah anak kecil itu melihat pergaduhan mereka. Raihan menggaru belakang kepala, kusut.
YOU ARE READING
CIÙINEAS
ActionDia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hid...