Nur terus berdiri tegak! Dia berlari ke seberang katil dan memeluk Aidin! Matanya menjadi tajam melihat beberapa orang lelaki di hadapannya ini. Rasa takut mula menjalar di dalam hati, tetapi dia masih mampu mengawal reaksi wajahnya. Hanya wajah serius dipamerkan.
Tarung memandang rendah Nur dan Aidin. 5 orang konconya juga bermuka bengis. Sedar di hadapan mereka kini adalah ahli musuh mereka.
"Acu... ni cape?" soal Aidin naif. Tidak faham dengan keberadaan Tarung di sini. Aidin terbatuk kecil sesudah itu.
Nur tidak terus menjawab. Takkan dia nak bagitahu Aidin yang ini adalah gangster? Mananya faham budak itu!
"Err... kawan Cik Yan."
"Huh! Kawan huh?" sampuk Tarung sambil tersenyum sinis. Dia memandang Nur atas dan bawah, sengaja mahu menakutkan Nur lagi.
Nur menikus sedikit, semakin merapatkan diri kepada Aidin. Mengapa mereka di sini pula? Mahu apa mereka ni? Dia tak buat salah pun!
"Atokk!"
Nur dan Tarung sama-sama tersentak. Setiap pasang mata di situ menoleh ke arah Aidin. Aidin pula tiba-tiba menghulurkan tangan kanan.
"Salam! Fren Cik Yan!" (Friend Cik Yan!)
Nur langsung terkedu, dah kenapa anak buahnya berani sangat ni? Dia rasa nak lari saja sekarang! Tarung usah dikatalah, agak kagum anak kecil itu tidak takut dengannya.
"Atok kau panggil aku? Aku Tarung! Gangster! Huh! Tak guna punya budak!" marah Tarung, lalu tangan kecil Aidin disambut.
Aidin sedikit terkejut dimarah begitu, tangannya dilepaskan dengan pantas! Dia memeluk Nur! Bibir sudah terjuih mahu menangis.
"Atok jahat! Cik Yan baik! Atok bukan fren Cik Yan!"
"What the hell are you saying? You fuck---"
"Dia cuma budak!" bantah Nur dengan keras! Wajahnya berkerut marah, geram dengan bahasa kasar Tarung! Lagipun, dia rasakan apa yang Aidin kata betul! Tarung patut sedar perkara tu!
Tarung memandang tajam mereka berdua.
"Dayan tak ada dekat sini." kata Nur lagi, mahu menyuruh mereka pergi. Dia pun tak faham lah bagaimana mereka boleh datang ke sini!
"Aku tahulah! Kau ingat aku tak ada mata ke nak tengok dia ada atau tak, huh?"
"Kalau tahu baguslah! Pergilah cepat!" halau Nur dalam takutnya!
Terbeliak mata Tarung mendengar itu! Berani betul menghalau dan meninggi suara padanya? Minta nahas ya?
"Oh hoo... look at this little chick. Hari tu kau diam saja... sekarang dah pandai nak naik suara?"
Nur menundukkan wajah dan semakin mendakap Aidin. Mula takut dengan nada dingin dan sinis Tarung. Cepatlah pergi, dia rasa mahu menangis saja ni!
"Kau nak mati ke, budak? Huh?" ugut Tarung, wajahnya semakin dibengiskan!
Bam!
Pintu dibuka secara kuat dengan tiba-tiba! Wajah Dayan muncul di balik pintu.
"Cik Yannn!" jerit Aidin ceria, tangannya didepakan kepada Dayan, langsung terlepas pelukannya daripada Nur!
Nur sudah mengeluh lega yang amat! Rasa takutnya mendadak turun.
Dayan mendekati katil Aidin, menyambut tangan Aidin.
"Pakcik."
Tarung menjungkit kening,
"Kan saya dah kata tak perlu ke sini?"
YOU ARE READING
CIÙINEAS
ActionDia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hid...