"Okay... it's okay. So, apa kau nak?"
Dayan menghela nafas, dia menoleh ke sisi, melihat sekeliling rumah mewah ini.
"Listen, Khair. Aku ada prinsip hidup aku tersendiri.
Aku perlu bayar semua budi orang pada aku. Selagi aku tak bayar, selagi tu aku tak tenang hidup. Kau faham? Jadi kau bagitahu apa sahaja kau nak. Aku akan tunaikan.
Apa sahaja, cakap je." kata Tarung lagi, barangkali sudah penat mahu memahamkan Dayan.
Dayan menjatuhkan pandangan pula pada longgokan kertas dan gambar-gambar kerja-kerja kotor, jenayah kotor. Dia tidak tahu sama ada itu kegiatan Tarung atau tidak, tetapi dia tertarik. Idea bernasnya muncul secara tiba-tiba.
Dayan tersenyum nipis.
"Pakcik pasti dengan tawaran pakcik? Permintaan saya akan menyusahkan pakcik nanti." balas Dayan, senyuman jahatnya terukir kecil di bibir, dia memandang Tarung.
Tarung diam-diam memaki perlahan. Dia menghela nafas kasar,
"Bagitahu je lah aku sebelum aku bunuh kau."
Dayan tersenyum lebar, nampak tidak bersalah langsung! Terus hilang wajah dinginnya tadi!
"Carikan saya bukti pembunuhan makcik saya."
"Huh?"
Dayan menahan gentar di hati apabila wajah Tarung sudah menyinga, dia berlagak tenang.
"Arwah makcik saya baru meninggal dunia sebab kemalangan. Tapi... sebenarnya dia dibunuh. Cuma saya tak ada bukti untuk laporkan kepada polis. Jadi, tolong saya cari bukti-bukti tu."
"Bangsat punya budak, kau ingat aku apa? Nak ikut main siasat-siasat macam kau?"
"Pakcik sendiri kata boleh minta apa saja."
Tarung sakit hati. Mencerlung tajam matanya memandang wajah naif Dayan!
"Kalau tak boleh, tak apa. Saya balik dulu lah. Pakcik simpan sajalah hutang budi pakcik tu." balas Dayan, sengaja membakar hati Tarung!
"Woi! Kejap! Aku tak cakap apa-apa pun!" halang Tarung, tangan Dayan ditarik kasar sehingga badan Dayan terundur beberapa langkah ke belakang.
"Apahal kau ringan ni? Kau kurus kering, berani ugut-ugut aku pula!"
Wajah Dayan menoya, tak guna. Pakcik body-shaming!
"Macam mana kau tahu dia dibunuh?" tanya Tarung.
"Sebab saya nampak kesan kelaran dekat leher makcik saya, tapi tak ada dalam laporan polis pun. Mereka kata makcik kemalangan." jelas Dayan, sudah serius semula.
Tarung berdecit,
"Penting sangat ke huh? Makcik kau dah mati dah pun, entah-entah dah mereput, berulat dekat dalam kubur tu. Tak payah lah sibuk nak tahu. Orang dah mati, kau nak pertahankan apa lagi? Nak bawa mayat busuk tu pergi mahkamah? Haha...." ejek Tarung, tersenyum senget. Lucu membayangkan apa yang dia ujarkan tadi.
Tetapi dia tidak perasan.
Wajah Dayan berubah mendadak. Lebih dingin berbanding awal tadi. Dia menggenggam picu pistol dengan kuat.
Tarung sudah terdiam melihat Dayan. Hilang tawanya.
Dayan mencampak satu pistol ke tepi, satu lagi diangkat diacu ke kaki Tarung.
YOU ARE READING
CIÙINEAS
ActionDia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hid...