(3)

148 14 9
                                    

Raihan langsung menerajang kuat seorang daripada tiga lelaki misteri itu sehingga dia terlempar jauh! Saat dua orang lagi menyerang, dia tidak lengah, terus melawan dengan gagah!

Dia ejen elit, dia takkan kalah dengan tiga orang ini! Raihan teruskan berlawan, sesekali matanya mengerling melihat Dayan yang sedang dalam kesengsaraan.

Raihan terus menjatuhkan mereka satu per satu!

Baru sahaja dia mahu menggari tangan mereka, seorang tiba-tiba bangkit dan membaling debu tanah ke wajahnya!

Namun, Raihan lantas menghalang dengan tangan walaupun sedikit terlambat. Dia terbatuk kecil dan kembali gagah berdiri.

Sayangnya...

seorang telah pun menghidupkan enjin motor dan memecut pergi, dan dua orang lagi sudah berlari jauh secara berasingan!

Raihan berdecit kasar! Sedar dia tidak mampu menangkap walaupun seorang daripada mereka. Ah, nampaknya mereka bertiga profesional, bukan orang biasa!

Sedar keberadaan Dayan di situ, Raihan terus menerpa ke arahnya!

"Dayan!"

Dengan payah Dayan membuka matanya.

"Stay dengan aku! Ni aku, Raihan!"

"Tu-tuan...."

Raihan sedikit kalut, tetapi dia tidak buntu.

"Bertahan dengan aku! Aku bawa kau pergi hospital!"

Dayan tidak membalas, tenaganya sudah hilang. Raihan pula dengan cepat dan lembut membangunkan Dayan, sehingga Dayan dapat berdiri. Dia memapah Dayan dan berjalan ke arah keretanya, syukur saja jarak ke keretanya tidak jauh.

Tetapi... Dayan tidak mampu bertahan.

Pandangan matanya gelap, dia... tidak sedarkan diri.

"DAYAN!"

Dia tidak cukup kuat untuk melawan, dia terlalu penat dengan sakit yang dia tanggung. Sebelum dia benar-benar menggelapkan mata, hatinya... sudah redha, dengan apa yang terjadi.








































"TIADA apa yang serius, tuan."

Nizam menanti reaksi wajah Raihan sebelum menyambung kata,

"Tikaman itu dalam, tetapi bukan di titik fatal, hanya 5 jahitan. Jadi, Dayan tidak apa-apa. Tetapi hasil tikaman tu menjadikan darah Dayan kurang, tetapi pihak hospital telah masukkan darah ke dalam badan Dayan. Dia cuma perlukan masa dan rehat untuk sembuh daripada tikaman itu."

Raihan mengangguk saja, tidak menoleh.

"Dia dah sedar?"

"Belum, tuan."

"Bila dia akan sedar?" tanya Raihan, perlahan. Jarinya sibuk menekan itu ini pada komputer riba, entah apa yang dibuatnya, Nizam pun tak pasti.

"Mungkin malam ni, atau esok pagi."

Raihan memgangguk lagi.

"Okay, thanks."

Nizam mengangguk kecil. Dia segera berlalu ke mejanya apabila Raihan tidak memberikan apa-apa reaksi. Mungkin lelaki itu masih rasa bersalah, sebab itu diam saja. Nizam bersyukur tiada apa-apa kecederaan yang serius pada Dayan.

Dia tidak tahu sama ada tekaannya betul atau tidak, dia tidak tahu sama ada ini adalah ulah Hacker atau bukan, tetapi... nasib baik Raihan laju mencari Dayan sejak tengah hari. Kalau tidak, dia pun tidak pasti apa yang akan berlaku pada hari itu. Dahsyat betul.

CIÙINEASWhere stories live. Discover now