Dayan menolak daun pintu dengan sangat perlahan, tidak mahu mengeluarkan apa-apa suara di waktu malam ini. Selepas dia menyelit pada ruang pintu yang hanya memuatkan dirinya, Dayan menutup pintu semula dengan penuh berhati-hati.
Saat dia memusingkan badan, dia lihat Nur dan Aidin sudah sama-sama lena. Tetapi posisi badan Nur masih sama seperti petang tadi, tertidur di kerusi.
Dayan melangkah senyap ke katil, beg plastik merah jambu yang terisi makanan di letakkan di atas meja. Beg mainan Aidin pula diletakkan di sisi katil. Sekarang dia bingung.
Macam mana mahu mengejutkan Nur? Atau biarkan sahaja Nur di sini? Dayan dapat membayangkan betapa sakitnya badan Nur nanti apabila Nur sudah bangun. Dia jadi kasihan pula.
Dayan mengambil keputusan untuk membiarkan kerana dia tak berani untuk mengejutkan Nur.
Dia masih rasa takut dan bersalah dengan kejadian petang tadi.
Dayan membuka ikatan plastik itu. Dia belikan makanan untuk Nur, kut-kut Nur belum makan. Kalau Nur sudah makan, dia akan makanlah. Dan... dua aiskrim kon.
Dayan mengeluarkan aiskrim itu dan diletakkan di dalam cawan plastik Aidin. Dia sudah berjanji mahu membelikan aiskrim, satu untuk janji petang tadi, satu lagi untuk memujuk. Baru Dayan mahu mengeluarkan bekas polisterina, aiskrimnya terjatuh bersama cawan plastik sehingga menghasilkan bunyi pula!
Bapp!
Dayan serta-merta menjadi panik! Laju dia melutut untuk mengutip, takut jika Aidin ataupun Nur tersedar. Dalam hati sudah megutuk diri sendiri! Clumzy!
"Awak buat apa?"
Badan Dayan mengejung. Membulat besar matanya mendengar suara serak basah itu.
Tidak mahu berlama di lantai, perlahan-lahan Dayan membangunkan tubuh dan menghadapi Nur.
"Ai-aiskrim." jawab Dayan sambil menunjukkan aiskrim di tangan, wajahnya berubah polos dan naif.
Nur bingung.
"Untuk saya?"
"Huh? Haa... ya. Untuk kau. Nah." hulur Dayan.
Namun, belum sempat Nur mahu menyambut, Dayan tiba-tiba menukar tangan. Dia baru tersedar dia menghulur dengan tangan kiri, jadi dengan pantas dia bertukar tangan. Orang tua-tua kata tak elok menghulurkan barangan melalui tangan kiri.
Nur menyambut selepas itu, masih bingung dengan kelakuan Dayan.
"Oh, aku beli dua." Dayan baru teringat.
Pantas dia memusingkan badan dan mengambil satu lagi aiskrim, aiskrim itu dihulur kepada Nur. Nur semakim bingung.
"Untuk saya juga?"
"Yup."
Ragu-ragu Nur menyambut.
"Terima... kasih?"
"No problem."
Nur mengangguk kecil dan tersengih lucu. Entah kenapa dia lihat pergerakan Dayan nampak kekok dan kaku. Nur cuba mengabaikannya.
Yang penting, dia sudah dapat aiskrim!
"Saya nak makan dekat luar, sebab takut Aidin tersedar. Nanti dia nak pula, dia kan tak boleh makan."
"Yeah, sure. Nak aku teman?"
Nur tidak dapat mengawal reaksi wajah, dahinya berkerut dengan tawaran Dayan.
Teman?
Untuk apa?
Dayan yang melihat reaksi wajah Nur sudah tersengih tawar,
YOU ARE READING
CIÙINEAS
ActionDia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hid...