Epilog

188 15 13
                                    

Pembedahan itu berjalan lancar. Tumor di bahagian otak pesakit kronik itu berjaya dikeluarkan. Pembedahan itu berjaya dengan dua jasa besar doktor, seorang menyandang nama doktor pakar, seorang lagi doktor pembantu doktor pakar. Tetapi, daripada pembedahan tadi, jelas kemahirannya hampir setara dengan doktor pakar sehingga doktor pakar itu sendiri rasa kagum dengan kebolehannya.

Selepas mengkhabarkan berita keberhasilan pembedahan kepada ahli waris, mereka sama-sama tersenyum syukur melihat reaksi ahli waris pesakit. Semuanya mengungkapkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada mereka, terasa hilang penat berjam di dalam dewan bedah tadi.

Dr. Tan lantas menghulurkan tangan kepada para pembantunya. Dia mengucapkan terima kasih kerana menjayakan pembedahan tadi. Namun, senyumannya melebar besar apabila Dayan yang menyambut tangannya,

"Thank you so much, Dr. Dayan, you are so fast and great in helping me. You really help me a lot. I'm sure you will be a marvellous surgeon one day, i really can say that."

"No, Dr. Tan, you are greater than me. I still have to learn a lot from you." seperti biasa, dia merendah diri setiap kali mendapat pujian sebegitu, senyuman lembut dan nipis diukir lambat. Lafaz hamdalah diucap dalam hati.

Dr. Tan tersenyum kagum,

"Let's have some drinks anytime we are free. And i do love to work with you again next time."

"Sure, doctor. Thank you for today, we did a great job."

Dr. Tan tersenyum manis dan berlalu pergi. Tinggallah Dayan dalam suit bedahnya. Pantas dia menyalin dan membersihkan diri, dia ada temu janji beberapa minit lagi. Dia menghabiskan waktu rehatnya sebentar sebelum kembali berkhidmat.

Usai bersiap, dia bergerak ke kaunter Jabatan Neurologi untuk menandatangani beberapa urusan di sini sebelum dia keluar.

"Dr. Dayan, segak-segak ni nak ke mana?"

"Keluar." sepatah jawabnya apabila gadis jururawat bertanya.

Mereka suka melihat Dayan. Wajah maskulinnya menarik ramai hati di hospital swasta ini, tubuhnya tinggi lampai tetapi nampak tegap, tidak kurus dan tidak juga gempal, lagi pula Dayan tidak banyak cakap, tetapi pandai tersenyum kecil sebagai respon. Ada yang kata dia dingin, tetapi sebenarnya itu hanya sifat pasifnya. Hakikatnya, Dayan tidaklah dingin dan sombong, tetapi merendah diri dan introvert. Dia sudah disukai ramai sejak hari pertama dia masuk ke hospital ini.

"Doktor, doktor tak ada girlfriend ke?"

Dayan tidak membalas, tetapi dia merespon dengan menggeleng kepala, kurang senang dengan soalan itu.

Tersenyum mereka di situ mendengar jawapan Dayan!

"Doktor tak ada ke minat sesiapa dekat sini? Dah hampir dua tahun doktor dekat sini ni...." tanya mereka lagi, mengorek rahsia doktor tampan itu untuk bergossip!

Dayan mengangkat wajah, senyuman kecilnya ditarik tawar,

"Tak ada."

"Maknanya boleh lah kalau orang nak cucuk jarum?"

Dayan mengangkat sebelah kening,

"Cucuk jarum? Untuk apa? Ambil darah?" tanya dia naif.

"Eh doktor ni. Cucuk jarum nak mengurat lah...."

Dayan mengerutkan dahi, tidak suka ditanya begitu. Dayan menggeleng kepala, kerjanya telah siap.

"Maaflah, saya dah berpunya."

Dayan tersenyum kecil melihat reaksi mereka. Mereka terdiam dengan wajah terkejut.

Bunyi notifikasi yang masuk ke dalam telefonnya tanda ada mesej baharu masuk pantas dibuka. Bibirnya terukir lebih lebar melihat mesej itu. Orang yang dijanjikan sedang dalam perjalanan. Dia meminta diri dan bergerak ke lobi hospital. Sebuah bangku dijadikan tempat dia melabuhkan punggung. Mahu melepaskan lelah sekejap. Penatnya masih belum surut.

CIÙINEASWhere stories live. Discover now