(8)

145 16 33
                                    

"Dayan...."

Dayan menoleh, wajah Nur menyapa pandamgan matanya. Nur tarik senyum tawar dan menghulurkan secawan air kepada Dayan.

Dayan menyambut pantas.

"Awak pasti awak tak nak masuk?" tanya Nur, mengajak Dayan buat kali kedua. Raihan terus memandu pulang ke rumah, jadi Dayan di rumah mereka.

Dayan menggeleng kecil dan menghirup air buatan Nur.

"Kau okay tak?" tanya Dayan tanpa melihat. Sudahlah kelmarin baru diserang, hari ini diserang lagi... risau juga Dayan dengan si Nur tu.

"Okay, saya dah biasa."

Dayan diam, tidak bertanya apa-apa lagi. Tidak tahu mahu rasa simpati atau apa. Tadi dia nampak Nur betul-betul ketakutan, itu ke yang dia katakan sudah biasa?

"Terima kasih...."

Dayan menoleh sekejap,

"Sebab selamatkan saya lagi."

Dayan menggeleng,

"Tak, diorang kejar aku, tapi kau yang terlibat sama. Aku minta maaf."

Dayan memandang tanah. Mungkin... ini yang Raihan rasakan selepas dia diserang dahulu. Rasa kesal dan marah. Mungkin sebab ini juga Raihan bersungguh mahu dia membalas dendam. Tetapi Dayan lebih beruntung, Nur dan Aidin tidak diapa-apakan... Dayan syukur berkenaan hal itu.

"Bukan salah awak juga." kata Nur, sekadar memujuk.

Dayan hanya diam. Dia sendiri pun tidak faham, padahal sudah jelas bukan salahnya, tetapi dia tetap juga menyalahkan diri sendiri.

"Dayan."

Dayan menaikkan wajah apabila namanya diseru. Dia melihat Raihan di hadapan, tangan Raihan memegang erat telefon pintar miliknya.

"Mulai hari ni, kau akan dipantau oleh pihak SPY sampai kes Hacker selesai. Jadi, jangan risau lagi."

Dayan senyap, tidak memberi apa-apa reaksi. Raihan menggaru belakang kepala,

"Aku tahu kau tak mahu kami ganggu hidup kau, tapi...

aku harap kau faham, apa yang kami buat pun untuk kepentingan diri kau.

Kalau kau tak boleh terima, aku harap kau boleh bercakap sendiri dengan Tuan Azfar." kata Raihan lagi, menjelaskan dengan lebih terperinci.

Dayan masih diam. Perlahan dia menghembus nafas, nampak berat. Topinya dibuka, terasa rimas kerana peluhnya. Dayan membetulkan rambut ala kadar sebelum memandang Raihan dengan serius.

Raihan pula yang tak senang hati dengan keseriusan Dayan! Serik dengan serangan mengejut Dayan di S.P.Y tempoh hari!

"Saya dah buat pilihan."

"Ha?"

"Dulu, tuan kata saya berguna untuk kes Hacker kan? Jadi biar saya bantu tuan dalam misi tuan."

Raihan bungkam. Nur yang diam dan mendengar sejak tadi memandang reaksi wajah Raihan.

"Apa kau cakap ni, Dayan?"

"Saya akan bantu tuan dalam kes Hacker." ucap Dayan, lebih serius dan dingin.

"Tapi Dayan, kau tak perlu terlibat dalam misi aku." halang Raihan. Dia sudah tidak mahu sesiapa terancam lagi kerana dirinya. Lagipun, Ejen Shah akan digabungkan bersamanya nanti, dia rasakan... Dayan tidak diperlukan nanti.

"Tuan dah libatkan saya dalam perkara ni, nak atau tidak, saya terpaksa bantu tuan sampai selesai barulah hidup saya tenang!"

Raihan kusut.

CIÙINEASWhere stories live. Discover now