(33)

94 10 11
                                    

Nur dan Dayan sama-sama bungkam. Terkedu dengan kenyataan itu. Mereka berdua saling pandang buat beberapa saat sebelum wajah dipaling lambat ke arah lain.

"Berkat Syazwan dan Natasha, kita berjaya hubungi Cik Dahlia." sambung Usaid, tersenyum kecil.

Nur meneguk liur kelat, tak dia sangka wanita cantik dam berkarisma ini adalah Hacker. Patutlah Dahlia mendekati Dayan tadi. Dayan sudah memandang kosong, pada mulanya dia terkejut, tetapi sekarang tidak lagi, dia sedar kenyataan itu tiada kena-mengena dengan hidupnya.

"Cik Dahlia... Hacker?" tanya Nur, masih tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

Dahlia tersenyum manis, wajah diangguk kecil mengiyakan soalan Nur. Nur menjadi terdiam. Tidak sangka penjenayah genius di sebalik jenayah godaman yang sudah menguasi Malaysia adalah seorang wanita muda dan cantik.

"Saya dengar... awak berdua gigih mencari punca saya menggodam mangsa. Sebab awak nak kaitkan dengan pembunuhan 7 orang mangsa itu.

Sekarang saya sudah ada di hadapan mata, tidak mahu bertanya ke?" soalnya dengan nada sarkastik dan senyuman senget di bibir.

Nur hanya mampu terkelu. Mengapa dia rasakan Dahlia seakan mengejek dan merendahkan mereka berdua? Dia jadi tak suka pula.

"Tak. Kami dah tak nak ambil tahu tentang Hacker, dah tak penting."

Jawapan selamba Dayan membuatkan Nur segera menoleh ke sisi. Usaid melihat dengan sengihan senget, semua di bilik itu sudah menoleh melihat Dayan. Dahlia tersenyum jengkel.

"Hey! Shh! Jangan cakap macam tu!" bisik Nur, matanya sengaja dibulatkan! Memberi amaran kepada Dayan!

Dayan cuma memandang jengkel dan mengeluh. Dia mahu balik...

"Maaf, Cik Dahlia. Dayan ni memang... dingin sikit."

"Oh tak mengapa, saya suka dengan sikap Dayan, dingin dan tak ambil kisah." balas Dahlia, masih mekar senyuman di bibir.

Dayan mengangkat kening, hairan dengan jawapan Dahlia.

"Awak tahu kenapa?" Dahlia melihat Dayan, dan Dayan memandang dengan pandangan kosong.

"Sebab awak boleh hidup aman, tanpa tahu apa yang jadi di sekeliling awak. Awak boleh hidup tanpa fikir and rasa risau pun tentang perkara buruk dan penderitaan yang orang lain hadap di sekeliling awak."

Dahlia menarik senyum sinis,

"Dah kesannya...

Bila terjadi sesuatu pada awak, tak ada sesiapa akan kisahkan awak melainkan awak berduit dan berdarjat."

Dayan senyap, tidak menafikan ujaran tersebut. Hanya wajahnya sahaja sedikit dingin.

"Sebab itu saya pelik, macam mana... orang macam awak boleh terlibat dengan kes besar macam ni.

Awak jadi penyelamat mangsa lain tanpa awak sedar.

Dan sebab itu juga saya hairan, awak lebih pendiam dan dingin daripada yang saya sangka. Saya fikirkan... awak busybody."

Nur juga senyap mendengar itu. Mengapa dia raskan Dahlia sedang memprovok Dayan? Apa niat Dahlia sebenarnya? Nur tidak faham. Sekejap dia memandang Dayan, sekejap dia memandang Dahlia.

"Tak perlu pelik dengan saya, saya cuma orang biasa."

"Right? Cuma orang biasa... tapi awak tak sedar awak sangat menarik, Dayan."

Nur melihat Usaid pula, dia memberi isyarat mata menunjuk ke arah Dahlia. Tak mahu dihalang kah?

Usaid menggeleng kecil.

CIÙINEASWhere stories live. Discover now