(42)

101 14 7
                                    

"EJEN RAIHAN! LAPOR DIRI!"

Nizam terkedu sendiri sedari tadi. Matanya membulat penuh kejutan. Jantungnya masih berdegup kencang saat melihat sosok Raihan di hadapannya kini.

Azfar menarik sengih kecil. Dia lantas berdiri dan berjalan keluar daripada ruang meja sebelum tubuh Raihan didakap. Belakang badan Raihan ditepuk sekali dua, tanda dia bersyukur Raihan masih selamat dan sudah pulang semula ke S.P.Y.

Nizam masih terkaku, tidak faham dengan situasi sekarang.

"Tahniah, Raihan."

Raihan tidak membalas, hanya tersenyum hambar. Dia menoleh melihat Nizam pula. Raihan melebarkan senyuman, dia terus menghulurkan tangan mengajak bersalam.

Nizam kebingungan di tempatnya.

"Tuan?"

"Oh come on, kau ingat aku hantu ke? Ni aku lah, partner kau!"

Nizam semakin mengerutkan dahi, barangkali dia masih berfikir dia bermimpi! Raihan sudah membuat muka bosan,

"Woi! Aku tak mati lagi! Ni aku! Raihan!" bentak Raihan! Geram apabila Nizam masih statik berdiri dengam reaksi tidak puas hati!

Lambat-lambat Nizam menggerakkan langkah, tangan Raihan disambut dengan rasa tak percaya. Namun, Raihan terus menarik Nizam masuk ke dalam dakapannya. Saat itu baru Nizam tersedar daripada realiti sebenar.

"Maaf, Nizam. Hilang tanpa bagitahu kau.

Biasalah boss besar kau ni, licik sikit."

Nizam tersenyum simpul, dia membalas pelukan Raihan,

"Asalkan tuan selamat, saya dah bersyukur. Kalau tuan beritahu saya, bukan hilang namanya kan?"

Raihan tergelak kecil sambil meleraikan pelukan mereka. Dia ketawa bagi menutup rasa bersalahnya pada Nizam. Demi misi, dia sanggup biarkan Nizam, Nur dan Dayan tertanya-tanya dan risau dengan keadaan dirinya.

"Aku janji aku akan cerita semuanya lepas ni."

Nizam hanya tersenyum dan menggelengkan kepala,

"Tuan patut jumpa Cik Nur dulu."

Langsung mati senyuman Raihan mendengar nama itu. Dia tersenyap semula, rasa bersalah mula bersarang di hati. Azfar juga diam dan menghela nafas berat.

Nizam hanya tersenyum tawar, dia sudah faham. Melihat Azfar yang senang melihat kehadiran mengejut Raihan, dia sudah faham bahawa selama ini Raihan menjalankan misi rahsia. Baru dia faham mengapa selama ini Azfar nampak agak tenang dengan kehilangan Raihan.

Dia nampak Raihan sihat dan balik dengan aman pun dia sudah rasa lega, tidak perlu dia merasa marah kerana dia sedar Raihan sedang menjalankan misi, dia faham skop kerja Raihan.

Cuma yang dia risaukan... Nur dan Dayan.

"Pergilah."

Nizam dan Raihan serentak menoleh ke hadapan.

"Jumpa mereka dulu." ujar Azfar lagi.

Raihan tidak membalas, dia... tak yakin. Dia tak berani mahu berhadapan dengan mereka.

Raihan menarik nafas dalam-dalam, cuba mengumpul kekuatan dalam diri. Dia mengeluarkan pendrive kecil daripada dalam poket seluar dan dihulurkan kepada Azfar.

"Misi saya berakhir di sini, tuan."

Azfar tersenyum kecil, huluran Raihan disambut. Kemudian dia menghulurkan tangan mahu berjabat.

Raihan memandang selama sesaat sebelum badannya menggerakkan respon, menyambut tangan Azfar.

"Terima kasih dan maafkan saya."

CIÙINEASWhere stories live. Discover now