(46)

91 15 9
                                    

Nur tidak tenang, walaupun dia hanya tinggal di rumah, dan memantau melalui komputeri riba saja, tetapi fikirannya asyik memikirkan Dayan. Baru tadi dia dapat maklumat daripada Sam mengatakan mereka agak lambat kerana Syazwan dan Natasha kesulitan dalam menjalankan kerja mereka. Dia... langsung tidak tahu keadaan Dayan sekarang, entah baik atau tidak, entah masih hidup... atau sudah mati.

Dia rasa takut. Takut teramat!

"Adik."

Nur menoleh, terkedu dia dibuatnya apabila melihat Raihan sudah berpakaian kemas dan separa kasual. Wajah serius Raihan dipandang dengan rasa curiga.

"Jaga Aidin. Depan rumah ada Nizam, dan dua orang lagi ahli S.P.Y yang abang percaya. Kawan adik yang Sam tu pun ada sekali kan?

Jangan bagi Aidin keluar rumah sampai abang balik. Faham?" tegas nada Raihan mengarah, sampai Nur jadi terkelu.

"Abang nak ke mana?"

Wajah Raihan nampak tegang,

"Selamatkan Dayan."

Wajah Nur berubah drastik. Dia menundukkan wajah apabila air muka Raiha kelihatan tegang. Raihan sudah tahu segalanya.

"Abang dah pesan dulu kan? Jangan libatkan diri dalam pertempuran, kenapa degil sangat?"

"Nur dah cuba halang Dayan... tapi...." Nur rasa mahu menangis sahaja apabila dia yang dimarah!

Dia sudahlah sedang risau dengan keadaan Dayan, ditambah pula Raihan yang mahu memarahinya, Nur tak cukup kuat untuk menahan tangisan!

Raihan mengeluh kecil apabila mata Nur sudah berair. Fahamlah dia bahawa Dayan yang tekad sepenuh hati kali ini. Nur tidak salah. Budak itu memang nak kena, tunggulah nanti! Memang dia ketuk kepala Dayan!

Tuan Azfar sudah menceritakan segalanya, tujuannya cuma satu, bekas majikannya itu mahukan pertolongan terakhir daripadanya. Tuan Azfar... mahu Raihan turut sama terlibat menyelamatkan Dayan. Tuan Azfar rasa bertanggungjawab dalam menyelamatkan nyawa Dayan, rasa bersalahnya masih belum punah.

Raihan mendekati Nur, lantas tubuh kecil itu didakap lembut. Nur semakin rasa mahu menangis!

"Abang cuba okay? Doakan kami berdua dapat balik dengan selamat."

Mata Nur terus menerus melimpah dengan air mata, cepat saja dia mengangguk laju dan meleraikan dakapan,

"Hati-hati, abang."

"In Shaa Allah."

"Selamatkan dia."

Raihan ukir senyum kecil, dia akan cuba semampunya. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana hidup mereka jika hilang Dayan.










DAHLIA membulatkan mata, mengapa... mengapa baru sekarang dia sedar sistemnya digodam seratus peratus?! Ini pasti angkara dua orang ahli Angel itu! Dahlia mula panik, namun dia laju melawan semula, lincah jarinya bermain di atas papan kekunci. Dia juga genius IT... tak mungkin dia akan kalah dengan mereka.

Namun, semakin jauh dia cuba melawan, semakin banyak sistemnya digodam! Dahlia buntu!

"Ergh! Tak guna!" marah Dahlia, tangannya dihentak pada papan kekunci! Sebal apabila dia kalah kali ini! Tak guna! Angel mempermainkannya!

"Semua bersiap cepat! Kita pergi daripada sini sekarang juga!" arah Dahlia dengan kasar.

Dia mengikat rambutnya dengan kasar, sakit hati dengan apa yang baru terjadi! Tak guna... mengapa dia tak peka dengan permainan licik Angel? Sungguh memalukan! Dahlia terus mencapai barangan pentingnya, dia akan beredar dahulu!

CIÙINEASWhere stories live. Discover now