"Ejen Raihan."
Raihan mengangkat wajah, tersenyum kelat saat Ejen Shah muncul di muka pintu. Tiga hari sudah berlalu.
"Ye saya. Awak dah habis teliti semuanya?" tanya Raihan, tersenyum sinis dalam diam.
Ejen Shah masuk dan menghadiakan satu senyuman buat Nizam di situ. Nizam membalas kekok dan memgangguk kecil. Ejen Shah duduk di kerusi bertentangan Raihan.
"Ya, sudah."
Ejen Shah membuka tabletnya.
"Tiada ahli forensik yang akan menipu jika berkaitan mayat."
Raihan menaikkan kening dengan kenyataan Shah.
"Melainkan mereka adalah ahli palsu." sambung Ejen Shah.
"Saya dah baca tentang laporan Raihan, tentang asbab kematian palsu tu bukan? Saya menolak laporan itu."
Wajah Raihan berubah, dia mendepankan badan, serius wajahnya memandang Shah.
"Kita tidak boleh percayakan polis berpangkat rendah yang tiada kelayakan untuk memberi maklumat perinci begitu. Malah dia sendiri nampak mencurigakan saat dia berkata begitu." terang Shah, semakin serius.
"Shah, dia bekas pelajar medic."
"Tetapi dia tidak menamatkan pelajarannya dengan baik. Hanya belajar teori, tidak lebih daripada itu. Macam mana dia boleh cakap yang ahli forensik menipu dan menolak laporan ahli forensik pula? Mereka lebih berkelayakan, berpengalaman dan lebih faham tentang tubuh manusia berbanding BEKAS pelajar medic."
Raihan tersenyap.
"Saya sudah menyoal siasat ahli forensik yang terlibat dan menunjukkan gambar bukti yang Raihan berikan. Reaksi mereka jelas bingung, mereka menafikan! Mereka kata mereka tak nampak pun kelaran itu semasa menyiasat tubuh mangsa."
Nafas Raihan terhela mendengar itu.
"Kenapa awak pergi seorang? Awak patut bawa saya supaya saya boleh bertanya lebih banyak."
"Raihan merendahkan kemampuan saya ke?"
Raihan terkedu tetapi pantas menidakkan!
"Bukan begitu! Tapi kita sepasukan! Dan saya yang dapat maklumat ni, jadi saya lebih faham! Maka saya yang patut bertanya lebih lanjut." bantah Raihan pula.
Ejen Shah menggeleng perlahan dan tersenyum kecil.
"Saya juga faham tentang laporan Raihan tu."
Raihan mengeluh perlahan.
"Kemungkinan mangsa dikelar selepas dia dibedah siasat. Tetapi tidak mungkin kerana tiada sebab untuk itu. Atau boleh jadi... itu hanya kelaran kecil yang menyebabkan Raihan salah anggap. Raihan tak beritahu ahli forensik berkenaan kelaran tu pun, dan hanya pastikannya dengan sendiri."
Shah tersenyum lagi,
"Jangan risau. Saya sudah mendapatkan kepastian daripada suami saya. Tidak mungkin mereka terlepas pandang jika terdapat sebarang kelaran, lagi pula, kes ini serius kerana melibatkan Hacker. Jadi saya pasti ini bukan lah satu pembunuhan melainkan hanya sebuah kemalangan."
Raihan diam kali ini, tidak menjawab.
"Apa kata kita move daripada kes ni, dan fokus pada isu Hacker? I mean, banyak lagi mangsa yang kita boleh siasat selain mangsa-mangsa yang dikatakan 'dibunuh'. Kita tak ada bukti mereka dibunuh oleh Hacker, kematian mereka semuanya kerana kemalangan." ujar Shah lagi, sudah menggelapkan tablet, memandang Raihan dengan senyuman kecil.
YOU ARE READING
CIÙINEAS
ActionDia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hid...