(36)

92 12 7
                                    

Dayan sudah menundukkan wajah, kedua-dua tangan diletakkan di belakang badan, jarinya bersama sesama sendiri. Dayan mengunci mulut.

Farhan sudah menjadi serba-salah! Tidak tahu mahu buat apa. Sekejap dia pandang wajah garang Nur, sekejap dia pandang Dayan.

Buntu fikirannya sekejap!

"Saya dah kata kan saya nak dia minta maaf dekat abang Farhan! Kenapa bagi dia balik? Awak tak cakap ke pasal tu?"

Perlahan Dayan menggeleng kepala sambil menggaru kening.

"Hisy!" keluh Nur, betul geram dengan Tarung!

Naik hantu dia apabila melihat Tarung sudah tiada tadi! Sudahlah Tarung halau abang Farhan keluar daripada bilik Aidin, siap mengugut mahu memukul jika tidak benarkan dia melihat Aidin, selepas itu pergi begitu saja!

Sakit hati Nur dibuatnya.

Farhan memegang kedua-dua bahu adiknya daripada belakang,

"Dah lah adik... Dayan dah minta maaf kan pasal Tarung?"

"Adik nak dia yang minta maaf sendiri! Dayan tak salah pun!" tegas Nur lagi!

Farhan menghela nafas dan menggeleng kecil,

"Dah, dah... perkara dah lepas. Adik dah penat sangat ni, sebab tu marah-marah kan?"

Semakin cemberut wajah Nur!

"Masalahnya---"

"Dah, dah, adik pergi toilet basuh muka. Tenangkan hati tu. Lepas tu adik balik. Malam ni biar abang pula jaga Aidin." tawar Farhan, dia terus menolak perlahan tubuh Nur untuk bergerak ke tandas.

Nur dengan rasa tidak puas hatinya terus berjalan laju sambil mengomel sendirian, tidak berpuas hati! Sudah dia kata, sekali lagi Tarung buat hal, dia tak teragak untuk bersuara! Salah Tarung kerana menguji kesabarannya! Dia sudah lah teramat penat, kemudian dapat panggilan kecemasan pula, mana tak naik angin dia dibuatnya?

Dayan hanya memandang pemergian Nur, sekejap sahaja tubuh Nur sudah hilang. Hairan dia melihat Nur tadi, marah betul. Selalunya kalau ada apa-apa jadi, Nur yang paling tenang dan berfikir rasional.

Tapi tadi....

Habis Tarung dimarahnya.

"Maaflah Dayan, Nur dah penat sangat-sangat tu." ujar Farhan, tertarik sengih kecilnya.

Dayan menoleh,

"Nur kalau dah marah dan naik angin macam tu, maksudnya dia dah penat sangat-sangat lah tu. Tapi marah-marah dia pun, dia still consider perasaan orang. Taklah main lepas je.

Nur memang hebat kawal emosi, sebab dia dah dilatih umi dan abi sejak kecil." jelas Farhan lagi. Tersenyum kecil apabila teringatkan fi'il adik perempuannya seorang.

Dayan masih saja diam, masih terkejut agaknya Nur meninggi suara tadi. Dia sendiri nampak Nur sudah penat, sebab itu dia tidak menyampuk apa-apa ketika Nur sedang marah.

"Saya minta maaf, doktor. Saya tak sangka pakcik akan ke mari untuk tengok Aidin." ucap Dayan dengan rasa rendah diri.

"Eh bukan salah Dayan pun. Abang pun minta maaf juga, abang je panik terlebih."

Dayan hanya tersengih kelat, memang patut pun Farhan panik. Farhan tak kenal Tarung pun, tahu-tahu sudah dihalau keluar daripada bilik Aidin, sah-sah lah dia cemas!

"Kalau doktor tak senang dengan keberadaan pakcik, nanti saya cakap dengan dia."

Farhan senyum saja, bahu Dayan ditepuk sekali! Sengaja mahu meredakan rasa tidak senang hati Dayan.

CIÙINEASWhere stories live. Discover now