(39)

96 11 6
                                    

"Kau kenapa, Nurish?"

Nur menundukkan wajah dan menyepi.

Dayan menelengkan kepala untuk mencuri lihat reaksi wajah Nur. Namun, dalam sekejap dia sudah menghela kecil selepas mendapati wajah Nur sugul dan kembali menegakkan kepala.

Tadi kata tak mahu balik rumah, mahu makan dahulu. Dayan turutkan sajalah. Sampai di sini, tiba-tiba pula Nur nampak sedih dan seperti mahu menangis apabila Dayan bertanya sama ada Nur okay atau tidak.

"Ceritalah. Aku dengar ni." ujar Dayan perlahan. Dia menyilangkan tangan ke dada, bersedia mahu mendengar apa saja luahan Nur.

"Awak akan marah kalau awak dengar."

Dayan terdiam sekejap.

"Tapi saya pun tak mampu nak tanggung semua ni seorang." jujur Nur, masih menunduk memandang tangan.

"Awak boleh janji untuk bertenang dan tak buat apa-apa lepas dengar semua yang saya akan cakap ni?" soal Nur dengan nada perlahan dan sayu.

Wajahnya diangkat, membalas semula pandangan Dayan yang jelas masih kosong.

Dayan menarik nafas panjang dan dihembus lama.

"Okay. Aku cuba."

Nur menggenggam sesama jarinya. Dia mengumpul kekuatan untuk memulakan cerita.

"Abang Farhan... tahu tentang abang Raihan."

Wajah Dayan langsung berubah.

"Abang Raihan ada jumpa abang Farhan keesokan pagi hari kejadian untuk terima rawatan dan terangkan tentang misi dia. Sebab dia tahu, abang Farhan akan jadi orang yang paling risau dan marah bila sedar abang Raihan hilang tanpa jejak. Jadi abang Raihan jumpa abang Farhan, dia beritahu yang... dia terpaksa sembunyikan diri pada masa yang sama perlu selesaikan misi dia."

Nur menahan diri daripada meletuskan emosi,

"Abang Farhan tahu semua... abang Farhan tahu abang Raihan tak mati, abang Farhan tahu abang Raihan selamat, abang Farhan tahu abang Raihan ada misi rahsia yang perlu dia buat tanpa gangguan sesiapa pun... dan dia sikit pun tak bagitahu saya.

Sedangkan dia tahu saya struggle sangat-sangat untuk cari abang Raihan, saya sanggup tak tidur malam untuk cari abang Raihan dengan segala macam apa cara! Saya merayu dekat Ketua saya untuk cari abang Raihan, semua saya buat dengan susah payah, dengan penat mental, penat fizikal...."

Nur mengetap gigi kuat seiring tangan yang dikepal membentuk menumbuk di atas riba. Air mata yang bertakung dibiarkan saja.

"Saya cuba untuk tak mengeluh tapi...

ke-kenapa diorang tak percayakan saya?"

Dan takungan itu akhirnya pecah di hadapan Dayan.

"Saya adik diorang... adik kandung diorang... kenapa diorang tak percayakan saya?

Kalau abang Farhan ceritakan sikit pun pasal abang Raihan, saya boleh fahamlah, saya takkan marah... saya takkan ganggu dia... tapi kenapa susah sangat diorang nak bagitahu saya?

Diorang sengaja ke nak biar saya rasa terseksa hari-hari? Rasa bersalah hari-hari? Rasa takut hari-hari? Kenapa diorang tak faham yang saya pun...

struggle dan penat sangat dengan semua ni?"

Nur menekup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Hatinya rasa sakit apabila mengingatkan perkara ini, rasa pedih apabila sedar abang-abangnya seakan langsung tidak percaya padanya. Mereka kata dia bijak, mereka kata dia pandai mengawal emosi, mereka kata dia sangat memahami, jadi mengapa begitu sukar untuk memberitahukan hal sebenar?

CIÙINEASWhere stories live. Discover now