(19)

111 11 7
                                    

Dayan dan Nur sudah terkaku di tempat mereka. 10 orang lelaki tadi sudah mengepung mereka! Dayan makin buntu mahu buat apa!

"Ki-ita kena buat apa, Dayan?"

"Aku tak tahu, Nurish. Aku tak dapat fikir ni."

Nur mengepal paip besi dengan erat, dia rasa takut ni! Sudahlah mereka ni menyeramkan! Tenung sahaja mereka macam nak membunuh! Eh, mereka memang nak bunuh kan? Argh, Nur serabut!

"Kau buat apa? Tak payahlah jauh daripada aku!"

Teriakan dan tarikan Dayan menyentak dirinya! Tersedar dia sedikit menjauh daripada Dayan tadi, lalu Dayan menariknya untuk merapat. Nur mendiam, takut!

Dayan sudah berdecit kasar. Mereka akan menyerang mereka bila-bila masa sahaja, Dayan tiada pilihan lain selain melawan!

"Nurish, dengar betul-betul."

"Huh?"

"Aku akan lawan, tapi kau kena lari." ucap Dayan perlahan, separa berbisik.

"Apa awak cakap ni?! Habis awak---"

"Lari je lah! Kalau ada peluang untuk lari, lari je! Kau guna ilmu yang kau belajar untuk larikan diri! Kau faham tak?"

Nur tak puas hati, bukan kerana dia ditengking, tetapi kerana sikap Dayan! Dia tak mahu meninggalkan Dayan sendirian, berlawan sendiri, mati sendiri! Dia yang beria mahu bantu Dayan, jadi apa-apa pun berlaku, mereka perlu hadapinya sama-sama!

"Tapi saya---"

"Ish kau ni! Apa degil sangat kau ni?!"

Nur mencebik, menyampah dengan Dayan! Sedang dia bergelut dengan perasaan sendiri, secara tiba-tiba beberapa orang mula menyerang!

Dan saat itulah Dayan menjadi lincah! Paip besi dikedua-dua tangannya digunakan sebaik mungkin! Dia berlawan dan pada masa yang sama melindungi Nur, sekejap sahaja Dayan sudah berada di hadapan Nur apabila ada yang mahu menyerang Nur, kemudian berlawan pula di belakang Nur. Nur terkaku tidak mampu berbuat apa, dia mahu tolong pun tak boleh! Tiada ruang untuk dia membantu pun! Dayan yang mendominasi tempat mereka.

Dayan berdecit kasar, pergerakan yang banyak mencuras staminanya dengan pesat, dia sudah rasa penat! Tetapi mereka semua tidak berhenti menyerang mereka!

Sebal hatinya melihat Nur yang kaku!

"Woi Nurish Amirah binti Yahya! Lari lah!"

"A-awak macam mana?!"

Dayan berdecit kasar! Degil betul! Tak fahamkan Dayan sedang cuba menyelamatkannya? Sibuk risaukan dirinya, tak boleh ke risaukan diri sendiri sahaja?

"Dayan, kita---"

Dayan pantas menghalang kayu pihak lawan apabila mahu mengenai Nur!

"Nurish, please... lari sekarang." ucap Dayan, mengah kerana penat. Dia betul-betul berharap Nur pergi sekarang, apa yang dia mahukan cuma gadis itu selamat sahaja, susah sangat ke Nur mahu faham perkara itu?

"Dayan, kita kena---"

"Kita tak ada masa nak berborak lah Nur! Kau larilah!"

Dayan sedar dia sudah hampir mencapai batasnya, dia sudah rasa penat, pergerakannya juga semakin perlahan, kekuatannya juga sudah semakin lemah. Kalau Nur tidak melarikan diri sekarang, Dayan tak tahu bagaimana nasib mereka nanti.

"Dayan! Belakang!"

Dayan pantas mereflek teriakan Nur! Sempat dia menghalang serangan belakang, sedikit sahaja lagi kepalanya akan dipukul dengan kuat! Dayan mengetap gigi dan menendang kuat lelaki itu!

CIÙINEASWhere stories live. Discover now