BAB 1 🐨

371 22 0
                                    

"KIM JUNKYU BANGUNNN"

Bergegar rumah agam Keluarga Kim disebabkan jeritan Puan Kim memenuhi segenap penjuru. Nasib lah rumah itu jauh dari rumah kejiranan.

"Eomma ni kenapa bising pagi-pagi ni?" Soal Junkyu dengan mamai. Baru tadi mimpi perempuan cantik. Belum sempat tanya nama atau password TikTok terus tersedar apabila jeritan bondanya dipagi hari.

"Kamu tanya kenapa eomma bising? Kamu tahu harini hari apa?" Junkyu menggeleng.

"Tengok telefon" Junkyu pun melihat telefonnya.

"10 Jun? Birthday eomma ke? Selamat hari jadi eomma!!!" Junkyu berkata sambil menepuk tangan tetapi eommanya diam dan memandangnya tajam. Bagai sesuatu yang buruk akan berlaku dan

"......"

"KIM JUNKYUUUUUUUUUUUUUUU"

"AMPUN EOMMAAAAAAAAAAAA"

❤️🐨❤️

"Awal datang harini hyung" Doyoung menyapa Junkyu entrance Star K Company. Junkyu menjeling tajam manusia bernama Doyoung itu.

"Aku kan bos so kalau tak datang pun takpe" kata Junkyu dengan sedikit riak. Dia menuju ke lif dan ke tingkat pejabatnya bersama PA sejati, Kim Doyoung.

"Oh bos..hmmm. Rela ke kena bebel dengan Puan Kim tu eh?" Doyoung membalas dengan perlian. Dia dah masak dengan perangai bosnya sorang ni. Kalau tak kena bebel or ceramah, takde nya kaki nak jejak kat syarikat ni. Pelik bebenor lah bos dia ni.

"Ee diam lah. Malas aku nak cakap pasal tu. Harini ada meeting tak?" Doyoung menggeleng.

"Harini takde meeting tapi Hyung kena semak segala benda atas meja Hyung tu" Doyoung berkata lalu apabila pintu lif terbuka, dia menuju ke biliknya yang bersebelahan dengan pejabat Junkyu.

Junkyu pun masuk ke pejabatnya setelah sekian lama dia tak masuk. Kedatangannya ke syarikat itu boleh dikira dengan jari je.

"Astaghfirullah....haih bunuh jelah aku" Junkyu hampir nak terjun bangunan apabila melihat fail-fail yang bertimbun diatas mejanya. Sama tinggi macam Burj khalifa pun ada.

"Haih..takpe Junkyu. Kita setelkan satu-satu. Fighting!!"

Dia duduk di kerusi empuk nya. Dengan memakai kacamata, lalu bermulalah salah-satu sebagai CEO muda Star K Company.

❤️🐨❤️

Yuqin berlari laju ke bangunan Star Ke Company untuk sesi temuduga. Dia melamar salah satu jawatan kosong di syarikat ini iaitu accountant. Banyak syarikat sudah dihubungi tapi dia tidak lepas kerana-...malas nak citer.

"Haahhhhhhhh....Boleh saya tahu dimana saya boleh berjumpa dengan Encik Yoon?" Yuqin bertanya kepada salah seorang staff di entrance itu.

"Cik Yuqin?" Yuqin mengangguk laju.

"Baik saya call Encik Yoon dahulu, Cik Yuqin boleh duduk dulu"

Yuqin senyum lalu duduk di kerusi yang disediakan. Dia memandang sekeliling entrance itu. Sungguh takjub baginya untuk berada di dalam syarikat yang tersenarai sebagai terbaik di Korea ini. Dia berharap agar dapatlah terima bekerja disini.

"Cik Yuqin" Yuqin kembali ke kaunter itu.

"Cik boleh pergi ke tingkat 10, jalan terus sampai nampak pintu biru, Cik masuk je. Encik Yoon sudah tunggu cik disana" kaya staf itu bersama penerangan sekali untuk ke bilik Encik Yoon sekali. Jarang-jarang staf di kaunter sebegitu dimana-mana syarikat akan berkata macam staf itu. Syarikat ini memang lain daripada yang lain.

♡ 100 day's with you ≖ junkyu ♢Where stories live. Discover now