BAB 11 🐨

97 16 2
                                    

"RINDUNYA KAU WEYHH"

Sebaik sahaja kaki aku memijak tingkat 17, semua terus menyerbu aku.

"Kau pergi mana weyh?"

"Sakit ke?"

"Kitorang rindu kau"

"Kau kenapa cuti lama sangat?"

"Aku pelik sebab bukan kau je takde, bos pun takde sekali. Kebetulan ke atau dirancang?"

Kebetulan or dirancang? Secara jujur dua-dua salah. Ianya takdir...aku pun taktahu benda tu boleh jadi and maybe tak payah kor diorang tahu.

"Aku cuti jaga orang sakit lah" kataku. Aku mana menipu sebab memang aku jaga Junkyu yang sakit sebab aku jugak and plus tinggal sekali dengan dia tu.

"Eh tu semua tak penting, bos dah masuk?"

"Dah, dia tengah tunggu kau. Pergilah" jawab Giselle. Aku mengangguk lalu mengetuk pintu sebelum masuk. Nampaknya Junkyu masih dengan komputer dia tu. Junkyu dan komputer berpisah tiada

"Tuan?" Panggilku. Dia perasan ke tak aku datang ni? Aku lambat datang ke? Padahal sekarang baru 8:10 minit. Awal bagi pekerja macam aku tapi awal pulak bagi bos macam dia. Bukan bos masuk lambat eh?

"Sini duduk sebelah aku" akhirnya dia bersuara tapi tak pandang aku. Aku hanya duduk seperti yang diarah. Tidak lama kemudian pintu pun terbuka lalu lelaki berusia pun masuk.

"Young Mr Kim, long time no see"

"I can say the same, Mr Kim"

Aku kenal pakcik ni. Dia ni appa ex aku, Kim Haejun. Mungkin dia ni rakan business Junkyu kot.

"Wow, who this beautiful girl?" Mr Kim memandang aku dengan menggoda tapi rasa nak lempang. Atas bawah kiri kanan utara selatan timur barat ditelek aku. Ada mata yang patut dicungkil kan 😇

"This my staff, Miss Yuqin and Yuqin, meet Mr Kim. My business partner"

Aku hanya senyum hormat. Orang tua macam gila je bila aku senyum. Wayar otak dia terputus ke?

"Miss Yuqin masih single lagi ke?"

Uhuk, apa soalan siak dia tanya? Dia siapa eh nak tanya status aku bagai?

"She's already have fiancee. They would married for few months" Tanpa disangka Junkyu menjawab bagi pihak aku. What? Aku dah bertunang? Tapi bagus jugak lagipun Mr Kim macam patah hati je tapi lagi suka aku dia patah hati. Mati terus lagi bagus.

"Really? Sayangnya orang cantik macam Cik Yuqin ni dah berpunya..hmm"

Werkkk, orang tua ni dah kenapa weyh? Geli bodo aku dengar...EWWW

"Rasanya elok kita mulakan perbincangan kita ni"

"Baiklah"

Perbincangan pun dimulakan. Aku hanya fokus mendengar dan sekali sekala aku menyampuk apabila diminta memberi pendapat. Yang penting aku catat jelah guna buku nota aku ni tapi tulah.

Mr Kim ni asyik kenyit mata kat aku je... pastu tangan dia takleh lepas walaupun sesaat dari tangan PA dia tu. Macam mana lah PA dia boleh tahan eh macam tu? Redho je kan? Aku tak rela do-

"Saya rasa dah tiada apa yang perlu diubah"

"Saya ikut sahaja perancangan awal Junkyu"

Teet Teet

Bunyi interkom membuatkan suasana senyap sebentar. Junkyu pun menekankan butang itu

"Encik Junkyu, ada beberapa masalah ni. Boleh Encik datang sekejap?"

♡ 100 day's with you ≖ junkyu ♢Where stories live. Discover now