Yuqin memandang Junkyu. Junkyu memandang si Yuqin. Mereka saling pandang memandang sehingga ke akhirat.
"Berani betul minah tu eh" kata Seohyun dengan marah. Mereka semua sendiri terkejut dengan artikel yang viral di mana-mana itu. Kini mereka sedang berbincang untuk menangani masalah ini. Nak bunuh Yujin tu pakai apa? Meriam?
"Bagi saya jumpa dia" kata Yuqin dengan nekad lalu semua disitu agak terkejut.
"Tak payahlah. Takut dia apa-apakan awak" bantah Junkyu. Sudahlah Yuqin sedang mengandung jadi keselamatan dia dan anaknya lebih penting daripada semua itu.
"Betul kata oppa. Kalau apa-apa jadi pada eonnie nanti teruk jadinya. Manalah tahu minah tu buat apa-apa pada eonnie ke" sokong Seohyun pula.
Yuqin hanya diam. Dia pun mungkin patut tidak terlalu beremosi dalam berhadapan dengan anak syurga seperti Yujin ni. Memang kena penggal kepala fuh mantap.
"Junghwan, jom pergi makan. Lapar lah" kata Seohyun. Dia bukannya lapar tetapi mahu meninggalkan Yuqin dan Junkyu disini.
"Hmm yelah jom" Setelah Seohyun dan Junghwan pergi, tinggallah Junkyu dan Yuqin disitu.
"Awak janganlah banyak fikir. Tak elok untuk baby" Junkyu mengusap perut buyung Yuqin. Terdapat nyawa kecil yang dikandung untuk hampir 6 bulan.
"Hmm, kalau saya tak pregnant memang dah lama bunuh dia" balas Yuqin yang baring dengan kepala diatas riba Junkyu. Sejak pregnant ni makin manja Yuqin. Ada sekali pernah diminta untuk didukung walaupun agak berat namun Junkyu berjaya mengangkatnya juga.
"Hmm, apa kata kita beli roti melon nak tak?" Terus terbangun Yuqin apabila mendengar roti melon kegemarannya.
"Siyies ah?? Jom jom"
"Sabar saya ambik kunci kereta"
❤️🐨❤️
"Jauh lagi ke??" Yuqin bertanya dengan melihat Junkyu yang fokus memandu. Tempat yang menjual roti melon tu tidaklah jauh dari syarikat Junkyu.
"Sabarlah, tak lari pun lah kedai tu" balas Junkyu.
"Awak cuba bawak laju lagi, lambat macam siput lah tapi siput lagi laju dari awak tahu tak???"
"Mana boleh laju-laju, bahaya tau. Kena bawak sopan sebab biar lambat asal selamat, hah giteww"
Yuqin buat-buat muntah. Biar lambat asal selamat konon, dulu sebelum kahwin dan pregnant elok je bawak laju mengalah kelajuan kilat.
Dia melihat ke tingkap. Dia perasan sebuah kereta berwarna hitam yang dari tadi dibelakang mereka. Entah kenapa dia rasa lain.
"Junkyu, awak perasan tak kereta kat belakang kita?" Soal Yuqin.
"Perasan, saya rasa macam kita diekori" jawab Junkyu biasa. Padahal sejak mereka di syarikat sudah ada yang mengintip mereka.
"Habis kita nak buat apa ni? Saya takut lah" Yuqin berasa mengigil pula. Terasa seram semacam yang teramat.
"Awak jangan takut sebab saya menghala ke balai polis-"
BBANG KBANG BANGG (sound effects fail)
Tanpa Junkyu sedari, sebuah lori yang datang dari arah bertentangan melanggar kereta dan menyebabkan kemalangan teruk. Kereta yang dinaiki Junkyu dan Yuqin terbabas dengan berpusing-pusing sebelum melanggar tiang lampu isyarat.
Junkyu yang mengalami kecederaan parah berjaya dikeluarkan dari kereta namun Yuqin tidak ditemui di tempat kejadian. Tiada siapa tahu keberadaannya dan bagaimana dia boleh tiada di tempat kemalangan.
❤️🐨❤️
"Saya takut"
"Awak kena kuat"
"Papa?"
"AAAAAAAAA" Terbangun Junkyu setelah tersedar dari koma nya. Kepala dia yang masih sakit berdenyut-denyut dan penglihatan yang telah normal melihat sekeliling.
"JUNKYU" Junkyu melihat ibunya yang memeluknya erat. Dia yang masih keliru dan melihat keluarga dia dan keluarga Yuqin nya disitu. Kawan-kawannya juga ada. Tetapi persoalannya satu, dimana Yuqin?
"Anak mama dah sedar, syukurnya" Puan Kim berkata dengan tersenyum bahagia. Mana tidak luluh hatinya melihat satu-satunya anak yang telah koma untuk 8 bulan lamanya.
"Mama, mana Yuqin?" Junkyu berkata setelah lama diam dari tadi. Dimana isterinya sekarang?
Puan Kim terus terdiam. Dia cuba menahan sebak tidak terkata pedihnya. Meningkatkan tentang nasib menantu perempuannya itu sungguh perit.
"Mama mana Yuqin?" Tanya Junkyu lagi. Entah kenapa dia berasa ingin marah kerana soalannya tidak dijawab.
"Junkyu kau kena rehat, mesti kau sakit lagi kan?" Celah Hyunsuk. Dia sendiri tidak sanggup untuk menceritakan hal sebenarnya. Jika dia sendiri hampir tidak dapat untuk hidup apabila mengenangkan nasib adik perempuannya itu.
"Hyung mana Yuqin? Dia selamat kan? Anak kami selamat kan?" kata Junkyu dengan mata berkaca. Mungkinkah Yuqin maut semasa kemalangan itu?
"Junkyu rehat ya? Mari mama teman" Puan Kim duduk di kerusi yang disebelah katil Junkyu. Mereka yang lain meninggalkan anak-beranak itu.
"M-mama, Y-Yuqin h-hidup k-kan?" Junkyu bertanya sekali lagi. Puan Kim semakin diam tetapi menahan air matanya.
"MAMA" Puan Kim lantas mendakap tubuh Junkyu. Air mata yang mereka tahan akhirnya terpecah juga. Puan Kim meredakan kesedihan Junkyu itu. Belum masanya untuk memberitahu tentang Yuqin kerana ia mungkin menganggu mental Junkyu yang masih tidak stabil lagi.
"anak mama kena cepat sihat ya" Puan Kim menggosok badan dan dicium juga dahi anak nya itu. Memberi semangat seorang ibu kepada anak yang sangat dikasihinya.
'saya harap awak masih hidup, Choi Yuqin'
❤️🐨❤️
YOU ARE READING
♡ 100 day's with you ≖ junkyu ♢
Fanfic҂ everyday with you until I fall in love 𝗦𝗧𝗔𝗥𝗧 : 2/6/2022 𝗘𝗡𝗗 : 16/9/2023 【© 2022 Park_Fina 】