BAB 14 🐨

100 18 13
                                    

"YEAH CUTIIII" Aku menjerit apabila bangun awal hari ini. Harini hari minggu so cuti lah Bodo.

"Amboi gembira nampak" Appa berkata di kerusi malasnya. Tangannya ligat membaca suratkhabar pada hari itu.

Aku pergi ke dapur lalu memandang pelik eomma yang kesana kesini. Sibuk semacam je, ada apa-apa ke?

"Eomma kenapa? Ada apa-apa jadi ke?"

"Kita ada tetamu special nak datang bertandang ke rumah kita ni"

Aku menaik kening. Tetamu special? Siapakah gerangan mereka? Adakah sajat?

"Siapa 'tetamu special' kita tu?"

"Nanti kamu tahu lah"

Aku mengangguk faham. Patutlah sibuk semacam. Mungkin aku patut tolong

"Nak Yuqin tolong apa-apa ke?" Aku bertanya. Rasanya macam bosan pulak kalau tak buat apa-apa masa cuti ni.

"Tolong eomma sini" Aku membantu apa yang patut. Sambil tu terfikir siapa tetamu yang dimaksudkan eomma tu.

❤️🐨❤️

"Jemput masuk Jiyoung & Siyoon" Eomma mempelawa kedua tetamu ini. Terkejut jugak aku bila tahu yang mak bapak bos aku rupanya tapi kan Uncle Jiyoung dan Aunty Siyoon tu kawan lama eomma appa so tak pelik lah.

"Kalini kamu datang sini, Junkyu"

And tak lupa yang bos kesayangan turut ada. Hensem dia harini eh aku rasa tiap-tiap hari dia hensem. RAWRR

"Kamu pernah datang sini Junkyu?" Aunty Siyoon menyoal anak bujang nya itu.

"Haah, ada sekali datang" jawab Junkyu. Seperti biasa memang aku duduk sebelah dia lah.

"Pergi amik air yang kat atas meja dapur tu" Eomma membisik kepada aku dan aku mengangguk. Apabila aku datang ke ruang tamu, Junkyu sudah tiada. Pergi mana dia?

"Eomma, Yuqin nak naik bilik tau"

Apabila eomma mengangguk, aku naik tangga. Aku melihat Junkyu yang berada didepan gambar keluarga kami.

"Tengok apa tu?" Aku menyoal sambil berdiri sebelahnya. Memang tak sampai tapi takpelah. Janji paras-paras bahu pun jadilah.

"Budak ni, comel kan dia?" Junkyu menunjukkan gambar aku semasa kecil yang jatuh basikal. Menangis pulak tu.

"Oh gambar tu, well dulu comel sekarang cantik. That's me" kataku spontan laku tegelak. Kalau orang taknak puji kita so baik puji diri sendiri jelah. Love yourself gitu.

"HAHAHAHA, yang ni ke gambar masa sekolah tinggi dulu?"

Aku melihat gambar yang dimaksudkan Junkyu. Gambar itu masa aku masih gemuk lagi. Tak cantik

"Haah, dulu saya gemuk sangat tapi selepas putus dengan Haejun, saya bertekad untuk jadi yang lagi bagus and now inilah hasilnya" kataku. Dulu aku pun tak cantik mana but selepas putus ex dan kawan bodoh tu, aku bertekad nak jadi Yuqin nak baru. Aku bangga dengan diri aku yang sekarang dan aku anggap masa lalu cuma masa lalu yang tak patut dikenang. Jijik weyh nak kenang

"Apa nama sekolah kau tu?"

"Anyang High School , kenapa?"

"Takde pape..."

Pelik semacam je.. dia tahu ke sekolah tu? Ke dia sekolah situ? Eh tapi kalau dia sekolah situ mesti aku tahu kan.. mungkin dia ada kawan ke sekolah situ...kan?

"Teringin aku nak tengok bila gemuk.." katanya tiba-tiba. Aku memandang dia pelik. Wayar otak putus ke?

"Kenapa pulak?" Soalku tidak puas hati. Dia nak kata dia suka tengok aku gemuk ke macam mana? Ada mintak penampar free ni 😇

"Tak lah cuma mesti cute je" balasnya sambil tersenyum. Oh memang mintak penampar ni.

"Oh nampaknya ada orang nak koma sebab kepala terhantuk lagi lah jawabnya" Aku acah-acah nak hentak kepala dia lagi. Terus takut member.

"Uish gurau je...takut titew" ujarnya sambil menjauhkan diri. Takut ke bang? HAHAHAHAHAAHAHAHA 😎😎😎

"Oh aku nak tanya ni...kau pernah pakai rantai ke?"

"Mestilah pernah. By the way cakap pasal rantai. Ada nampak tak rantai ada nama saya? Hilang masa kat rumah awak"

Rantai tu bermakna woi. Macam nak bunuh diri bila rantai tu takde. Dah macam mak hilang anak aku dibuatnya mencari kesana kesini namun tak jumpa...

"Tak, penting ke rantai tu?"

"Tak penting bagi orang lain tapi penting bagi saya... itu hadiah hari jadi dari haelmoni saya sebelum dia meninggal dunia...." Kataku dan berasa sebak. Jujur aku rindu sangat pada haelmoni aku tu. Dia selalu support aku dan paling aku sayang sangat.

"dah lah eomma marah...dia kata kalau mana-mana lelaki yang jumpa rantai tu....saya kena kahwin dengan dia...."

Hah tu lagi satu hal. Marah sangat eomma bila rantai tu hilang. Lagipun tak pelik sebab itu rantai by generasi keluarga belah eomma. So nampaknya warisan generasi itu akan hilang disebabkan aku... HUAAAAAA HELEP MEEEE

"Ooo, kalau sugar daddy jumpa...FUH ngeri bhai" katanya. Aku rasa macam nak cekik je dia. Cuba faham perasaan aku ni...

"Tapi kalau aku jumpa macam mana? Nak ke kau kahwin dengan aku?" Tanya dia. Aku berfikir sejenak. Kalau dia jumpa mungkin boleh bincang tapi kalau kalau KALAU DIA JUMPA.

"Well KALAU awak jumpa so bila kita proced tapi saya yakin 100% yang awak takkan jumpa punya, trust me"

Aku ketawa. Mana mungkin dia akan jumpa kan? Dia hanya senyum misteri kat situ tapi ada sesuatu yang jauh dilubuk hati aku kata dia lah orangnya. Mungkin perasaan aku je kot..bukan dia kan? Hm

❤️🐨❤️

Junkyu berjumpa dengan Puan Choi sebelum dia dan keluarganya balik.

"Kenapa nak jumpa makcik ni?" Soal Puan Choi. Junkyu menyeluk kocek seluarnya dan memberikan kepada Puan Choi.

"Saya rasa ini milik anak makcik" kata Junkyu dan Puan Choi agak terkejut. Dia memandang anak muda itu.

"Akhirnya selamat jugak warisan keluarga makcik...haih Yuqin tu suka letak benda sepah-sepah" Puan Choi memegang erat rantai itu.

"Nampaknya dah boleh bincang tarikh makcik" gurau Junkyu lalu ketawa. Puan Choi turut tertawa bersama.

"HAHAHAHA, boleh je. Nanti kita proced"

"Boleh, saya balik dulu makcik"

"Hah ye, hati-hati balik tu"

Junkyu mengangguk lalu ke keretanya. Ibubapanya sudah menunggu dia disana kerana ayahnya tidak memandu semasa mereka datang ke rumah Yuqin.


❤️🐨❤️


Yuhu gais!! By the way aku tak berapa sihat pulak ni....hmm

Adakah cerita best? Atau pelik? Hambar? Berikan pandangan anda 👉👉👇

Jangan lupa vote dan komen tau

K bhai and selamat malam

🍀Park_Fina


♡ 100 day's with you ≖ junkyu ♢Where stories live. Discover now