BAB 16 🐨

103 15 5
                                    

"ramainya orang" Aku memandang sekeliling. Aku dan Junkyu berada di sebuah event besar. Ini event pasal business ni.

"Kan" Junkyu turut setuju. Dia membetulkan pakaiannya. Segak dia dalam suit. RAWRR

"Hensem kan?" Katanya sambil melihat aku.

"Kot" jawabku lalu dibalas ketawa olehnya. Mata aku melihat sekitar event itu. Orang-orang kenamaan juga menghadiri selain wakil-wakil dari syarikat besar dan konglomerat. Kagum aku sedikit.

"Datang pun, young Mr Kim" seseorang menyapa Junkyu. Aku memandang orang itu.

"Terima kasih sebab jemput, Encik Lee" kata Junkyu sambil menunduk lalu diikuti aku.

"Sama-sama dan siapakah dia? Girlfriend?" soal Encik Lee sambil melihat aku. Aku hanya senyum sahaja. Nasib bukan liar mata Encik Lee ni.

"Dia staff saya, Choi Yuqin dna Yuqin ini Encik Lee, pengajur event ni. Dia kawan business appa"

"Oh staff, cantik orangnya. Kalau pakcik ada anak mungkin boleh jadi menantu..."

Aku senyum sahaja namun agak pelik ayat Encik Lee tu. Kalau ada anak? Dia takde anak ke? Nak je tanya tapi macam tak sopan pulak.

"Apapun marilah masuk, jemput Junkyu Yuqin" Kami pun hanya mengikuti langkah Encik Lee. Sementara Junkyu berborak dengan beberapa orang, aku pergi ke bahagian makanan. Lapar perut aku ni.

"Nampak sedap kan?" Aku melihat Choyeon dan Natsumi turut berada disitu. Tak sangka mereka jugak ada disitu.

"Wah korang pun ada eh?" Soalku.

"Mestilah ada, ikut bos tau" jawab mereka berdua serentak. Aku hanya ketawa jelah. Kami mengambil makanan lalu duduk di meja yang tiada orang.

"Rindunya nak jumpa kau" Choyeon berkata sambil memakan buah tembikai.

"Tulah, lama jugak. Kau kerja apa?" Soalku ingin tahu. Aku rasa aku lupa apa kerja Choyeon ni. Sama macam aku dengan Natsumi ke?

"Sama macam kau dengan Sumi jugak" katanya. Oh jadi dia jadi PA jugak lah? Siapa eh bos dia. Aku sambil memakan brownies. Mata aku terarah pada suatu sudut. Aku nampak Junkyu sedang berbual dengan seorang perempuan. Nampak mesra sebab Junkyu pun gembira aja.

"Itu siapa eh?" Aku menunjukkan perempuan itu. Choyeon dan Natsumi memandang kearah perempuan itu.

"Nama dia Kim Lina, salah satu sepupu Junkyu tapi dia tak gedik or bodo like Jieun tu. Soft aja orangnya" jawab Natsumi. Oh sepupu Junkyu rupanya. Hurm..

"Kenapa? Jeles eh?" soal Choyeon sambil mengusik. Aku jeles? HAHAHAHAHAAHAHAHA, mana ada...

"Mana ada, aku tanya je...."

"YEKEEEE???" soal mereka berdua sambil tersenyum senget. Eeeee...aku tak jeles lahhhh

"Hai korang!" Aku melihat Lina yang berada disitu bersama Junkyu. Mungkin dia hai kat Choyeon dengan Natsumi.

"Hai Lina, duduklah makan" Choyeon berkata lalu Lina duduk disebelahnya.

"Lamanya tak jumpa korang, masing-masing busy kan?"

"Hahaha, nampaknya begitulah"

Mata Lina terus terarah pada aku. Mungkin dia tak kenal siapa aku.

"Siapa ni? Macam familiar je muka"

"Nama dia Choi Yuqin, staff saya" Yang jawab bukan Choyeon, Natsumi atau aku tetapi Junkyu yang jawab.

"Oh, saya Kim Lina selamat berkenalan" Lina berkata sambil menghulurkan tangan dia. Aku hanya menyambut sambil tersenyum.

♡ 100 day's with you ≖ junkyu ♢Where stories live. Discover now