BAB 33 🐨

122 7 1
                                    

"anak angkat?" Kata Junkyu setelah membaca dokumen yang diberikan Hyunsuk kepadanya. Sungguh fikiran dia keliru sekarang. Dia mahu penjelasan yang sahih lagi hakiki.

"Nae, hanya Keluarga Choi sahaja yang tahu pasal ni" ujar Hyunsuk pula. Dia sepatutnya beritahu Junkyu lebih awal sebelum dia berkahwin dengan Yuqin tetapi lebih baik beritahu sekarang daripada masalah yang timbul pada masa akan datang.

"Yuqin tahu ke?" Hyunsuk mengangguk. Sememangnya Yuqin tahu pasal hal itu.

"Dia tahu masa umur dia 10 tahun. Itu adalah yang pertama dan terakhir perkara ini dikatakan dan kami tak pernah bercakap pasal ni setelah itu" jawab Hyunsuk. Dia masih teringat reaksi Yuqin apabila mengetahui hal sebenar. Dia hanya diam sebelum menangis sendirian dalam bilik tetapi tidak lama sebelum malam dia dah turun bawah. Sejak itu mereka tidak pernah berkata hal itu lagi.

"Masatu eomma dan appa ada urusan di China. Mereka menemui Yuqin apabila seorang wanita yang kami tidak tahu siapa menyerah Yuqin yang masih bayi kepada mereka. Eomma dan appa dah lebih setahun kat sana dan apabila mereka pulang ke Korea bersama Yuqin, ramai ingat itu anak mereka walaupun pada hakikatnya tidak ada darah yang dikongsi sekalipun" sambung Hyunsuk lagi.

"Aku bagitahu ni supaya kau tak ragu-ragu pada dia. Kalau hati dah tawar tu sila pulangkan dengan berkhemah eh berhemah ya" pesan Hyunsuk pula. Dia sendiri tidak tahu berapa lama rumahtangga Junkyu dan Yuqin akan bertahan tapi kalau-kalau mereka akan berpisah, semoga Yuqin kembali kepada keluarga mereka seperti sama dia sebelum kahwin.

"Dan budak tu....kalau korang tuntut kami tak kisah, janji ibunya dipulangkan semula"

"Hyung ingat aku jahat sangat ke?"

"Manalah tahu, malam tadi aku tengok drama pukul 7...fuh takut jadi realiti"

"Drama jelah tu. Hyung ni banyak fikir sangat ni"

Junkyu melihat ke tingkap kafe. Terdapat seorang kanak-kanak perempuan yang dipimpin tangannya oleh seorang lelaki. Barangkali ayahnya? Atau abang? Tapi macam comel di matanya.

"Junghwan ada cerita pada aku pasal Yujin" Junkyu kembali kearah Hyunsuk. Dia tahu perkara itu takkan dapat disimpan dari pengetahuan semua orang. Bahkan Yuqin sendiri orang pertama yang mengetahui.

"Apa yang Hyung fikirkan?" Soal Junkyu ingin tahu.

"Kau rasa aku fikir apa?" Soalan Junkyu dibalas kembali dengan soalan Hyunsuk.

"Aku tak tahu...." Jawab Junkyu dengan sedikit perlahan. Manalah tahu kalau cakap kuat kena belasah dengan abang ipar ke kan. Takuttt

"Baik kau fikir baik-baik eh. Macam aku cakap tadi. Sila pulangkan dengan berkhemah eh berhemah ya"

"Jangan risau, aku sentiasa berdoa agar rumahtangga korang lancar dan aman sentosa"

"Hyung tu nak kahwin ke?"

"UHUK"

Tersedak Kim Hyunsuk eh Choi Hyunsuk apabila seketul Junkyu bertanya soalan sebegitu.

"Eh rilek lah Hyung, nah tisu" Junkyu menghulurkan tisu kepada Hyunsuk. Nasib tak tersembur ke dia tadi.

"Kau lah ni cakap tak pandang kiri kanan" cebik si sekecil Hyunsuk dengan mengelap mulutnya dengan elegan atau comel lah maksudnya.

"Kat kiri tingkap kat kanan meja. Mana ada siapa-siapa"

"Dah lah malas nak cakap dengan kau"

"Pulak dah"


❤️🐨❤️

A : siapakah gerangan kau wahai anak manusia?

B : dia bukan anak manusia tapi anak setan

♡ 100 day's with you ≖ junkyu ♢Where stories live. Discover now