"semua sudah semua sudah semua sudah semua sudah"
Aku bernyanyi setelah siap mengemas rak fail-fail di pejabat bos aku ni. Berselerak tak tentu pasal. Sakit mata aku
"Tuan, dah siap ni" Junkyu melihat rak itu lalu mengangguk. Aku pula pergi ke tingkap untuk melihat pemandangan dari sini. Cantik belum pemandangan bandar Seoul ni.
"Cuba kau tekan butang hijau tu" kata Junkyu lalu aku memandang sebuah butang hijau ditepi tingkap itu. Aku menekan lalu tingkap itu terbuka tapi aku rasa pelik. Tingkap tu terbuka dengan automatik but kenapa tak dengar bunyi bising dari luar? Angin tu?
"Itu salah satu teknologi yang Star K Company tengah cuba nak bangunkan. Sebenarnya ada dinding luar sinar tetapi boleh tembus sebab tu kau tak dengar bunyi kat luar" terang Junkyu. Aku mengangguk faham dan sedikit kagum. Maju betul teknologi sekarang eh?
"Mesti mahal kan?" soalku sambil mengagak harganya. Mungkin semahal 100 Juta Won.
"Boleh kata mahal jugak lah"
"Tak mampu saya nak beli benda mahal macam ni...fuh semua benda nak mahal eh sekarang" Aku adalah terbaca berita tentang kenaikan harga barang yang mendadak sekarang. Mungkin ke akan jadi krisis bekalan makanan? Harapnya taklah
"Apa boleh, bukan kita boleh mengawal harga barang pun. Keperluan yang tinggi disamping pembekal pun bagi harga cekik darah atau sembunyikan barang"
Aku mengangguk setuju. Apalah punya pembekal nak jual harga mahal atau sorok barang bagai. Semoga spesies macam tu mati jatuh tangga. Dia hidup pun menyusahkan orang je..pergi mati sana
"Jom" Tiba-tiba Junkyu bersuara dan memandang kearah aku.
"Nak pergi mana?"
"Nak jumpa client, jom ikut aku"
"Kenapa saya pulak? Dobi kan ada"
Dia kan ada PA dia tu. Aku ni nak jadi accountant bukan PA tau.
"Dia tengah cuti sebab jaga ibu dia sakit selama 2 bulan so sepanjang tempoh tu kau jadi PA aku. Dah jom" Dia berkata sambil berjalan. Aku mengikutinya dari belakang.
Well sebenarnya dah ada rumor kat syarikat pasal aku yang menempel 24 Jam dengan Junkyu. Satu syarikat ingat kami ni ada hubungan or couple tapi tak pun. Lagipun aku tak komen apa-apa pasal tu. Biarlah diaorang menilai sendiri.
❤️🐨❤️
"Mana client awak tu?" Aku menyoal sambil memandang kesana sini. Dah 30 minit kami disini tapi batang hidung pun tak nampak. Mati ke?
"Mungkin dia OTW, call pun tak angkat" Junkyu menjawab sambil melihat-lihat telefonnya. Aku pulak yang panas ni. Dah lah lambat pastu call pun tak angkat? What the fa-
"Maaf lambat" ujar seseorang lalu aku memandang seorang lelaki yang agak kacak orangnya. Tapi mata aku terarah ke seorang perempuan disebelahnya. Macam kenal je
"Yuqin?" soalnya sambil tersenyum. Oh aku kenal sangat dia ni.
"NATSUMI!!!" Aku berdiri lalu memeluknya erat. Dia turut membalas pelukan aku. Natsumi ni kawan sekolah aku masa kat jadi pelajar pertukaran di Jepun. Best Friend Forever jugak lah. Lepas je aku pindah balik Korea terus kitorang lost contact.
"Kau apa khabar?"
"Sihat, kau pulak? Aku rindu kau WEYH"
"HAHAHAHAHA, aku sihat je. Aku dari jauh dah perasan kau. Kau nampak cantik"
YOU ARE READING
♡ 100 day's with you ≖ junkyu ♢
Fanfiction҂ everyday with you until I fall in love 𝗦𝗧𝗔𝗥𝗧 : 2/6/2022 𝗘𝗡𝗗 : 16/9/2023 【© 2022 Park_Fina 】