BAB 20 🐨

100 17 2
                                    

Akhirnya aku sudah sihat dan boleh kembali kerja. Apabila aku masuk sahaja di syarikat, kelihatan semua sedang kesana kesini. Macam sibuk je..ada apa-apa jadi ke?

"WEYH Chaeyeon, ada apa ni? Sibuk semacam je" Aku menyoal Chaeyeon yang memegang sekotak fail.

"Ohh, takdelah cuma ada orang penting nak datang sini. Tu yang sibuk semacam" jawab Chaeyeon. Aku menaikkan kening. Orang penting? Siapa tu?

"Orang penting? Siapakah gerangan orang itu?" Soalku namun Chaeyeon mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Takpelah, aku nak jumpa bos dulu"

"Hah okay"

Aku melangkah masuk tapi belum masuk lagi dah dengar bunyi ketawa. Ada orang lain ke dalam ni? Aku mengendap sedikit. Kelihatan Junkyu sedang berbual dengan seorang perempuan. Siapa dia?

"Ehem" Aku berdehem lalu terpacak macam patung disitu. Junkyu dan perempuan itu terus memandang aku.

"Hah sampai pun, tolong buatkan air dua" Junkyu berkata tetapi tidak memandang aku. Aku hanya mengangguk patuh. Sampai sahaja di pantri, aku berfikir perempuan tadi. Siapa dia tu? Anak mana terlepas?

"BWAH" Seseorang berkata lalu aku terkejut dan terlepas cawan ditangan aku. Haih panas pulak aku ni.

"Eh maaf salah Timing pulak....jangan marah eh noona...HEHEHEHEHEHE"

"Tak marah cuma geram" Aku memuat telinga lelaki depan aku ni. Nasib lah cawan murah je. Eh murah ke eh? Entah aku mana tau

"Woo buat apa kat sini?" Soalku sambil mengemas cawan yang pecah itu. Lepas tu lap lah guna tisu basah.

"Nak jumpa noona lah...rinduuu" kata Jeongwoo dengan mata berkedip. Er budak ni dah kenapa? Wayar otak putus ke?

"Palamu, betul-betul" Aku menolak kepala dia. Budak ni tak sah tak loyar buruk. Orang kata Bumi dia jawab Galaksi Bila Sakti. Hah kan luar dari kotak tu.

"Gurau je, Woo kerja sini lah"

"Kerja sini? Tak pernah nampak kau pun"

"Mana nak nampak kalau 24 Jam dating je kat dalam tu..."

Aku memandang Jeongwoo. Amboi dia tengah perli aku ke tu? Aku pun tak ingin sangat nak berkepit 24 Jam dengan Junkyu tu. Takde masa

"Noona hanya patuh arahan bos tau, nanti tak pepasal kena potong gaji. Kena melayan anak raja you know?" Aku berkata sambil duduk di sofa yang ada. Aku pun lupa tujuan aku kat sini.

"Biasalah tu noona, apa kata kita tengok wayang nak lepas ni? Lepas noona habis kerja? Jom"

"Kau nak tengok wayang ke nak habiskan duit aku?"

"Habiskan duit noona lah, HEUEHEUEHEUGEEH"

"Budak ni dah lama aku sepak terajang dia kan..."

"Uish bawak bertendang noona, HAAHAGAGAGAGAGAGSGA"

"Orang suruh buat air bukan berdating" Satu suara menyapa gegendang telinga aku. Aku kenal sangat telinga tu.

"Oh lupa pulak, sorry eh. Tapi boleh bernafas berjalan kan?" Kataku dengan perlian. Sengaja aku cakap macam tu. Dia ingat aku orang gaji dia ke?

"Ikut jelah, bukan suruh tanam padi kot" balas Junkyu taknak kalah. Eh dia ajak berdebat ke ni? Sabar jelah aku.

"Buat sendiri lah, ada tangan kan" kataku lalu pergi dari situ. Tak ingin aku nak buat sebab gaya dia macam mengarah aku. Dia ingat aku orang gaji dia ke? Memang taklah

❤️🐨♥️

Sebaik sahaja Yuqin pergi, Jeongwoo memandang Junkyu.

"Tabahlah Hyung, Hyung punya plan kan?"

"Diam ah kau, aku suruh jaga je kan?"

"Dah Hyung taknak so bagi Woo jelah. Woo lagi pandai hargai dari Hyung"

"Eh kau kalau nak hidup lama baik ikut je cakap aku tu, jangan banyak songeh"

"Mana ada banyak songeh, Hyung yang jeles adalah. Kan kan KAN?"

Junkyu malas berperang lidah dengan Jeongwoo dan terus pergi semula ke biliknya. Dia melihat jam untuk memerhatikan dimana kedudukan Yuqin sekarang dan ia menunjukkan bahawa Yuqin masih berada di syarikat itu lagi. Dia menghela nafas lega.

"Sorry my dear"

♥️🐨♥️

Aku berjalan ke tingkat 20. Tingkat ni jarang digunakan tetapi hanya untuk pegawai tinggi dalam Star Ke Company sahaja yang boleh menggunakannya kerana setiap bilik yang dimasuki perlu diimbas oleh staf card dan nasib Yuqin punya boleh digunakan.

"Nasib lah card aku punya boleh guna kat sini" Aku terus berjalan hingga ke sebuah bilik yang pintunya terbuka. Agak pelik sebab rasanya tiada orang kat sini so siapa kat dalam sana?

Aku menghampiri lebih dekat lalu mengintai dari celah pintu. Tiada orang jadi aku hanya masuk tanpa ragu-ragu.

Aku agak terkejut dan kaku pada masa yang sama kerana terdapat sebuah bom didepan aku. Agak besar dan boleh memusnahkan separuh bangunan ini.

Aku bergegas beredar dari bilik itu dan baru je sampai dan

BOOOMMMMMMMM


️❤️🐨❤️

Heyo pop geng! Sorry lama tak updated.... by the way sebenarnya draft dah lama je dan tinggal nak updated je, jenis aku memang buat draft dalam 2-3 bab baru setiap hari and published satu-satu, hah gitulah


K jangan lupa untuk vote dan komen tau

K bhai

🍀Park_Fina

♡ 100 day's with you ≖ junkyu ♢Where stories live. Discover now