"werk apa ni? Arang?" Kali pertama.
"FUHHHH... astaghfirullah kenapa masin? Nak bunuh aku ke?" Kali kedua.
"UHUUKSSSS, NAK AKU KENA POTONG KAKI KE? MANISSS SANGAT" Kali ketiga.
"hmm....ni air mutlak ke?" Kali keempat.
Aku menutup pintu bilik itu. Rasa nak bakar pun ada. Nak tahu kenapa? Pagi tadi Junkyu aku datang awal tau sebab takut kena marah dan kalau aku tahu jadi macam ni baik takyah datang.
Junkyu suruh aku buatkan kopi untuk dia but sampai kali keempat aku buat takde yang kena lidah dia. Kali pertama aku terletak arang dalam tu. Jangan tanya dari mana arang tu datang eh.
Kali kedua jadi masin sebab aku tak sengaja pulak letak garam dan aku pelik asal ada garam pulak kan pantri tu. Ada yang masak ikan bilis sweet sour ke?
Never mind, dan kali ketiga satu bekas gula termasuk dalam tu dan jadilah air potong kaki...manis giler
Kali keempat aku tak letak creamer or gula or apapun. Air mutlak je ada but rasanya tawar lah
"Kau okay tak?" Yeji bertanya kepada aku sebaik sahaja aku berada di pantri.
"Tak..aku nak tanya ni. Kau tahu air kopi yang Encik Kim selalu minum? Apa resepinya?" soalku. Aku kena tahu jugak apa resepi paling sedap untuk mamat. Kang tak pepasal almari dia lambung kan.
"Air kopi? Belum pernah lagi dia mintak orang buatkan sebab biasanya dia buat sendiri" ujar Yeji semula.
Hah? Tak pernah dia suruh orang buatkan? Dia selalu buat sendiri? Pesal takde ribut takde sajat nak aku buat pulak? Wayar otak putus ke?
"Habis kenapa aku pulak yang kena buat untuk dia?" soalku geram. Rasa nak pecahkan je cawan ni. Yeji hanya mengangkat bahu tidak tahu.
"Cuba kau tanya Encik Doyoung, dia PA Encik Kim dan mestilah dia tahu resepi untuk kopi Encik Kim tu" Yeji memberikan idea. Aku pula tak terfikir pulak pasal tu. Why not aku tanya je PA dia je kan?
"Haah eh? Kenapalah aku tak tanya Encik Doyoung je kan?" Aku mengangguk dan menuju ke biliknya. Setelah mendapat keizinan untuk masuk, aku pun masuk.
"Saya menganggu Encik ke?"
"Taklah dan tak payahlah berencik sangat. Noona lagi tua dari saya"
Ooohh, Encik Doyoung ni lagi muda dari aku ke? Dah tua aku..HUAA
"Saya nak tanya ni.. Doyoung pernah tak buat kopi untuk Encik Kim?" Doyoung menggeleng.
"Tak pernah pulak Hyung suruh buatkan kopi. Kenapa dia suruh noona buat ke?" Aku mengangguk laju. Rasa macam nak nangis pun ada..
"Haah dah empat kali noona buat but takde yang kena kat lidah dia"
"Hmm...cuba ikut resepi yang Doyoung selalu buat tapi Doyoung taktahu sama ada Hyung suka atau tak"
"Tak kisahlah janji dia minum sudahlah"
Doyoung menerangkan resepi yang dia guna. Aku hanya menuruti lalu membuat seperti yang dikata.
"Hmm...tak sedap" Junkyu menolak cawan itu kearah aku. Aku hanya smile in pain disitu. Aku mengambil cawan itu lalu kembali ke bilik Doyoung.
"Tak berjaya ke?" Aku mengangguk lemah. Hampir nak give-up ni tau. Bunuh jelah Haku
"Takpelah, biar noona buat guna cara noona sendiri. Gomawo tolong"
Aku kembali ke pantri semula. Aku selalu buat kopi untuk appa atau oppa dan mereka suka sangat air tangan aku. Marilah kita buat ikut cara aku sendiri, resepi khas Choi Yuqin.
YOU ARE READING
♡ 100 day's with you ≖ junkyu ♢
Fanfic҂ everyday with you until I fall in love 𝗦𝗧𝗔𝗥𝗧 : 2/6/2022 𝗘𝗡𝗗 : 16/9/2023 【© 2022 Park_Fina 】