"mula-mula buat macam ni pastu macam ni kemudian macam ni dan siapalah!"
Aku masih terkial-kial dalam melakukan kerja yang diajarkan Junkyu. Entah kenapa aku ni pun taktahu sebab biasanya aku ni jenis cepat tangkap but now...i don't know what's happen...
"....... Nantilah aku sambung ajar" Junkyu berkata tapi macam pasrah je ayat. Aku menunduk sambil bermain dengan jari.
"Kau ada masalah ke? Selalu cepat je kau tangkap but now?" Aku memandang dia kemudian mengangguk. Aku memang dalam masalah or dilema katakan. Benda tu merungsingkan aku untuk dua tiga hari ni.
"Mind to share?"
"Pasal lelaki yang kat mall tempoh hari..."
"Kenapa dengan dia? Kau dengan dia nampak macam sudah mengenali satu sama lain"
"Dulu masa saya di sekolah menengah, sebelum saya bercouple dengan Haejun, Jinwoo tu selalu bagi bunga bagi surat or bagi coklat. Dia kata saya ialah crush dia but masatu saya memang jatuh cinta buta dengan Haejun so saya rijek dia...sejak tu dia jadi macam orang gila. Selalu kacau saya...malah hampir nak raped saya tapi nasiblah cikgu jumpa kami...saya memang trauma teruk..dah lah jadi lepas putus dengan Haejun...now dia kembali dan saya risau" luahku.
Aku tak takut pada Jinwoo tapi aku takut apa yang dia rancangkan adakah orang lain yang bekerjasama sama dengannya? Runsing aku dibuatnya.
"Ooo.. jangan risau lah, kan aku dah janji nak jaga kau baik-baik"
"Awak tak kenal dia tu siapa.... he's dangerous...saya takut dia apa-apa kan awak sebab saya..."
"Jangan risau. Aku takkan apa-apa" Junkyu berkata sambil memegang tangan aku. Aku harap lah tiada apa yang terjadi.
Tok Tok
"Masuk"
Seseorang pun masuk setelah mendapat keizinan Junkyu. Setelah orang itu melihat Junkyu, terus tersenyum dia.
"Appa? Kenapa tiba-tiba je ni?" Junkyu bangun lalu memeluk sang ayah. Uncle Kim hanya duduk di kerusi tetamu. Junkyu dan aku turut disitu.
"Saja, lama appa tak datang sini. Rindu pulak" Uncle Kim menjawab. Dia memandang segenap ruangan di bilik yang menyaksikan dia membangunkan syarikat ini. Dari syarikat tiada apa-apa hingga menjadi seperti ini. Kini ia diuruskan oleh Junkyu agar menjadi lebih baik.
"Yuqin macam mana? Seronok kerja sini?" Uncle Kim menyoal sambil memandang aku.
"Best sangat" jawabku. Walaupun aku belum kerja sebagai accountant rasmi namun banyak benda aku belajar. Orang kata keluar dari zon selesa gitu. Try to new experience
"Baguslah macam tu, harapnya kamu seronok kerja disini"
"And Junkyu, lagi beberapa bulan ada event tu... pastikan datang"
Aku memandang riak wajah Junkyu yang berubah bila Uncle Kim cakap pasal satu event yang dimaksudkan. Aku taktahu langsung pasal event tu but mungkin ada kaitan dengan Junkyu? Hmm
"Tengoklah macam mana..."
"Jangan macam tu. Benda yang lepas biarkan berlalu"
Aku hanya memerhatikan perbualan anak beranak ini. Macam ada sejarah yang tak baik je antaranya dengan Junkyu. Aku kena siasat
❤️🐨❤️
Aku menyuap sesudu aiskrim. Sedap aiskrim mint chocolate made in Baskin Robbins. Aku dengan Junkyu berada disitu. Bagus sangat untuk cuaca panas kat Korea ni.
"Tuan..." Aku memanggil Junkyu. Kami tak berbual walau sepatah perkataan pun sejak sampai sini. Kenapa dia tiba-tiba diam ni?
"Hmm?"
"Saya nak tanyalah"
"Tanyalah"
"Event apa yang Uncle Kim maksudkan?"
Aku tak boleh tahan diri aku dari nak tahu kebenaran disebalik event itu. Can't control myself.
"Haaahhhhh" Junkyu menghembus nafas berat. Dia berhenti makan aiskrimnya dan guess what, aiskrim dia pun mint chocolate tau. Kitorang ni banyak betul jodoh, HAHAHAHAHAAHAHAHA
"Event perjumpaan keluarga besar Kim. Semua keluarga besar dari ayah aku akan berkumpul.." Dia berkata. Majlis keluarga lah ni. Ada pakcik makcik sepupu anak saudara semualah.
"So kenapa dengan tu? Awak selalu ke attend event tu?" Aku menyoal kembali namun dia menggeleng.
"Aku tak pernah attend lagi sejak kematian Yemin..."
Aku terdiam. Tapi kenapa sejak kematian Yemin je dia tak datang? Mesti ada sebab lain kan?
"Event tu masa dua tahun lepas ialah kali terakhir aku jumpa Yemin...aku tak jumpa dia sebelum majlis perkahwinan kami sebab aku sibuk..."
Oh, now aku faham kenapa dia taknak datang. Trauma gitu. Aku pun mungkin tak datang kalau kat tempat dia sebab ialah..... aktiviti terakhir kau dengan orang tersayang kot..sedih babi
"Aku belum bersedia nak datang..... walaupun mereka tahu tentang kematian Yemin..tapi still nak mengungkit itu ini lah... menyampah aku... lebih baik takyah datang langsung" Aku rasa sedikit aura amarah pada ayat dia. Takkan mereka ejek Junkyu sebab single lagi kot.. nonsense
"Don't worry because you have me, kalau awak pergi dengan saya mesti mereka jadi terkejut punya. Famous awak malam tu" kataku sambil memegang tangan dia. Bagi semangat lah katakan.
"Kau nak teman aku? Diorang punya toxic tak boleh bawak bincang...aku risau ada yang koma sebab kau tak boleh bersabar je" Junkyu membalas semula. Amboi dia perli aku ke tu? By the way this is Choi Yuqin lah, budak girl tabah dan pantang menyerah!!
"Selagi saya boleh sabar so saya sabar lah, kalau tak boleh sabar mintak maaf awal-awal kalau ada yang jumpa malaikat maut dulu" Aku tersenyum ala-ala baik. Korang tak kenal aku siapa.
"Hmm, okay lah kalau macam tu"
Kami sambung memakan aiskrim tadi. Nasib tak bersemut so selamat aku. Fuh
❤️🐨❤️
Huhuhu, hujan. Harini hujan...dengarkan lahh
Sila vote dan komen tau
K bhai and petang gais
🍀Park_Fina
YOU ARE READING
♡ 100 day's with you ≖ junkyu ♢
Fanfic҂ everyday with you until I fall in love 𝗦𝗧𝗔𝗥𝗧 : 2/6/2022 𝗘𝗡𝗗 : 16/9/2023 【© 2022 Park_Fina 】