BAB 28 🐨

110 10 10
                                    

"kenapa tak makan?" Aku melihat Junkyu yang memasuki bilik aku.

"Taknak yang ni, nak benda lain" kataku. Ibu ada memasak makanan yang aku tak rasa nak makan. Ni ke orang kata yang perempuan mengandung mengidam benda pelik-pelik?

"Awak nak makan apa?" Soal Junkyu. Aku berfikir sejenak. Apa yang aku nak makan eh? Hmm

"Hmmm,, nak durian" kataku sambil teringat video mukbang durian yang aku tengok semalam. Macam best je makan durian tu. Oh lupa author tak makan durian sebab bau nya kuat sangat, kan author?

Author : ಠ⁠‿⁠ಠ

"Amboi, pelik betul lah mak buyung ni punya permintaan" kata Junkyu dengan tergelak. Tak lawak, serius. Tapi anak dia jugak kan?

"Nak buat macam mana? Awak kena layan saya 9 bulan tau lamanya. Sanggup ke?" Balasku sambil berpeluk tubuh. Entah kenapa sejak mengandung asyik nak marah tak pun nangis. Kesan pembawakan budak ni.

"Saya gurau jelah, jangan marah ya"

"Hmph!"

"Awak rasa kan... lelaki atau perempuan eh?" Soal Junkyu sambil menanyakan jantina anak kami. Lelaki atau perempuan? Aku pun taktahu lah sebab baru beberapa minggu je kan?

"Awak nak lelaki atau perempuan?" Tanyaku pula. Aku sebenarnya tak kesah kalau lelaki atau perempuan yang penting lahir dengan sihat dan cukup sifat sudahlah.

"Saya tak kisah tapi harapnya lelaki lah sebab boleh mewarisi darah serta syarikat keluarga Kim" jawab Junkyu. Typical orang kaya memang mahukan anak lelaki untuk menjadi penerus kepada kejayaan generasi terdahulu. Tambahan hanya Junkyu sahaja anak lelaki yang tinggal selepas abangnya meninggal dunia beberapa tahun lepas.

"Oh ye, awak dah siasat ke tentang kejadian tu?" Aku bertanya mengenai kejadian dimana aku boleh berada di bilik Junkyu itu. Aku rasa seseorang mahu memerangkap kami pun ada.

"Belum ada lagi, awak ada syak sesiapa ke?" Aku menggeleng tidak tahu. Siapa pulak nak perangkap aku? Aku ada musuh eh? Popular jugak aku sampai ada orang dengki pada aku, HAHAHAHAHAHAHA eh tapi kan...manusia bernama Kim Sunho tu sangat weird dan suspicious lah...

"Awak kenal tak seseorang bernama Kim Sunho?"

"Kenal, dia sepupu saya tapi kami tak rapat. Kenapa awak tanya?"

"Sebelum saya pergi bilik awak...saya ada borak dengan dia...cuba awak siasat dia tu"

"Awak nak kata mungkin Sunho ada kena mengena dengan semua ni?"

"Saya tak pasti tapi mesti dia tahu siapa dalangnya ataupun dia adalah orang suruhan yang saja tarik perhatian saya"

Kami berdua sama-sama berfikir. Agaknya siapa ya ketua kepada Sunho? Aku tak rasa dia orang baik tapi aku belum ada bukti lagi. Tapi firasat aku kata memang dia lah.

"Awak jangan banyak fikirlah, cukup rehatkan diri dan biar saya selesaikan semua ini"

"Nae..."

❤️🐨❤️

Yuna hanya tersenyum sinis. Nampaknya rancangan sudah menjadi untuk memerangkap Yuqin bersama dengan Junkyu.

"Kenapa bukan kau je yang pergi bilik Junkyu? Kau tak takut ke kalau Yuqin mengandung anak Junkyu?" Tanya Sunho disebelah Yuna. Mereka kini berada disalah satu kelab malam.

"Awalnya memang aku nak pergi tapi aku rasa lebih baik kalau Yuqin sahaja yang pergi. Nanti aku suruh media buat berita pasal benda ni lah. Kononnya Yuqin sengaja tidur dengan Junkyu untuk dapatkan pampasan daripada Keluarga Kim. Biarkan Keluarga Kim dan Choi bergaduh sehingga mereka bermusuhan. Tidak mungkin kedua Keluarga akan merestui hubungan Junkyu dan Yuqin dan mereka akan berpisah juga dan pada akhirnya hanya aku sahaja yang layak menjadi isteri kepada Junkyu" terang Yuna mengenai rancangan sebenarnya.

♡ 100 day's with you ≖ junkyu ♢Where stories live. Discover now