--- Flashback ---
RAISHA Imani terkocoh-kocoh keluar dari rumahnya kerana dia sudah terlewat untuk bertemu dengan Elfira dan Syafiqa. Mereka bertiga sudah sepakat untuk bertemu di rumah Syafiqa bagi mengulangkaji pelajaran bersama-sama pada petang itu. Basikal miliknya dikayuh laju menuju ke arah rumah Syafiqa.
Ketika sampai di persimpangan jalan, basikal yang dikayuh oleh Raisha Imani telah berlanggar dengan sebuah basikal lain yang tiba-tiba sahaja meluru keluar dari arah simpang jalan tersebut. Basikal Raisha Imani dan basikal lelaki itu sama-sama terbalik dan barang mereka berdua bertaburan jatuh di atas jalan raya.
"Aduh!" Raisha Imani menggosok pinggulnya yang terasa sakit. Mujur sahaja kepalanya tidak terhentak kuat ke atas jalan raya sewaktu dia terjatuh tadi.
"Buta ke tak nampak orang?" marah lelaki yang telah melanggar Raisha Imani.
Raisha Imani sudah naik angin seluruh badan. Wajah lelaki tersebut yang hampir sebaya dengannya dipandang dengan tatapan geram. Berbakul-bakul kata makian dan sumpah seranah turut dilemparkan buat lelaki tersebut di dalam hatinya.
"Eh eh mamat poyo ni! Dia yang langgar aku, lagi nak salahkan aku pula! Bukannya nak minta maaf pun!" gumamnya di dalam hati.
"Jalan ini punyalah luas! Kenapa dekat situ juga yang kau nak lalu!" maki Raisha Imani.
"Eh hello! Ini jalan Atuk kau yang punya ke eh? Kau seorang je yang boleh lalu? Kau tu reti bawa basikal ke tak haaa? Sakit tahu badan aku sebab terjatuh tadi!" rengus Syahmi Aqil.
"Atuk atuk ni kau jangan buat main eh! Kau tu yang bawa basikal membabi buta. Sudah tahu nak keluar simpang tu, breklah sedikit. Ini tak! Menonong je keluar tak tengok kiri kanan depan belakang langsung! Kau tu yang langgar aku, bukannya kau nak minta maaf pun kan!"
"Aku sudah lambat ni, semua sebab kau lah!" Syahmi Aqil pantas mengutip barangnya dan mendirikan basikal miliknya.
Raisha Imani juga berbuat perkara yang sama, di dalam hatinya sudah menyumpah seranah Syahmi Aqil.
Tanpa sebarang ucapan maaf mahupun pamitan, Syahmi Aqil segera mengayuh basikalnya pergi dari situ.
Raisha Imani menggelengkan kepalanya dan memerhatikan Syahmi Aqil dengan perasaan geram yang bersarang di dalam hatinya.
"Hoi mamat gila! Sudahlah kau langgar aku, minta maaf pun tak! Elok sangatlah macam itu! Aku doakan semoga kau langgar bonggol besar dan jatuh tergolek tak boleh bangun terus! Padan muka kau! Huh, geramnya aku!"
--- Flashback end ---
Raisha Imani dan Syahmi Aqil saling berpandangan dengan renungan tajam membunuh. Sedikit pun tidak dihiraukan Hajjah Kamariah yang memandang pelik ke arah mereka berdua.
" Huh! Apalah malang nasib aku! Dalam ramai-ramai manusia, boleh pula mamat gila ini jadi classmate baru aku!" desis hati Raisha Imani.
"Perempuan sewel ini lagi! Kau tunggu je lah nanti, aku akan huru harakan hidup kau!" desis Syahmi Aqil di dalam hatinya.
"So, Raisha ya?" Syahmi Aqil menghulurkan tangan kanannya untuk bersalaman dengan Raisha Imani.
"So, nama kau Syahmi?" Raisha Imani menyambut huluran tangan Syahmi Aqil.
Raisha Imani menggenggam tangan Syahmi Aqil agak kuat ketika mereka bersalam sehinggakan dahi Syahmi Aqil berkerut menahan kesakitan. Agak lama baru lah Raisha Imani melepaskan tangan Syahmi Aqil dan memandang wajah Pengetuanya, Hajjah Kamariah.
"Awak boleh bawa Syahmi ke kelas nanti dan tunjukkan dia seluruh kawasan sekolah ini. Dekat mana library, surau, kantin, makmal, dan lain-lain."
"Saya?" Raisha Imani menunjuk jari pada dirinya.
YOU ARE READING
Alasan Untuk Bahagia
RomancePertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, pemilik nama Syahmi Aqil itu adalah seorang yang menjengkelkan dan merupakan musuh ketatnya. Namun di...