BAB 27

365 8 0
                                    

SYAHMI Aqil tersenyum lebar saat melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Mikayla Amanda yang berada di atas katil dihampirinya. Isterinya itu baru sahaja pulang dari New York pagi tadi namun dia masih belum sempat berjumpa isterinya itu kerana sibuk dengan urusan kerja.

"I miss you so much!" Mikayla Amanda terus menerpa ke arah Syahmi Aqil dan memeluk erat tubuh tegap suaminya itu.

"I miss you too. Macam mana pergi ke New York? Seronok?"

"Of course lah seronok, banyak benda baru yang I belajar about modelling. Tetapi dalam masa yang sama, I sedih juga sebab you tak ada di sisi I. I rindu sangat dekat you. Seminggu tidur I tak lena tau sebab tak dapat peluk you."

"Habis itu you ingat I ni tidur lena lah dekat sini? I pun selalu fikirkan tentang you tau. Sibuk sangat ke dekat sana sampai jarang sangat dapat call I."

"I'm sorry, okay. Bukannya I taknak call you. Tapi I betul-betul busy sampai tak sempat nak pegang telefon. Tetapi hati I ni sentiasa tak tenang sebab asyik teringatkan you."

"Sebab itu lah I nak you quit jadi model. Barulah you tak terlalu busy dan ada depan mata I je selalu. Sekurang-kurangnya apabila I balik ke rumah, you ada untuk sambut I. I busy kerja pun, kalau I terpaksa kerja luar dari KL, I tetap boleh bawa you. Ni kerja you, asyik tinggalkan I je lah kalau you sudah pergi oversea tu. You tahu tak, I rasa sunyi sangat apabila selalu ditingggalkan? "

" You, kita sudah bincang kan pasal ni! I kan sudah janji, apabila I dah ready, I sendiri yang akan quit jadi model nanti. Tolong berikan I sedikit masa je lagi. Bukan senang tau I nak berpisah dengan kerja I ni. "

" Tetapi I nak you luangkan lebih banyak masa untuk I dan untuk rumahtangga kita. We need to plan our family, bila nak ada zuriat macam orang lain. I boleh benarkan you terus jadi model, tetapi ada syaratnya. You boleh terima tawaran tertentu sahaja dengan izin I. I taknak you terima tawaran ke oversea lagi. Kalau you tak setuju dengan syarat I, you boleh lupakan je lah kerjaya you tu. "

" Okay, I setuju asalkan you tak sekat kebebasan I untuk jadi model. I janji selepas ini I tak akan terima tawaran untuk ke oversea lagi. I takkan tinggalkan you lagi dah. Soal anak tu, lain kali kita discuss ya. For now, can you hug me because I really miss you? "

" You nak lebih daripada itu pun I boleh beri, Kayla. "

*****

MIKAYLA Amanda memberhentikan keretanya di bahu jalan. Boleh pula keretanya tiba-tiba sahaja rosak. Dia mula merasa cemas kerana sudah hampir terlambat ke photoshoot yang telah diatur untuknya.

Telefon bimbitnya dicapai untuk menelefon Syahmi Aqil. Beberapa panggilan dibuat namun tiada satu pun yang dijawab. Mikayla Amanda semakin diburu keresahan. Dia tersentak sedikit apabila mendengar bunyi hon kereta yang berhenti betul-betul di belakang keretanya.

Raisha Imani melangkah keluar daripada perut keretanya dan menghampiri Mikayla Amanda yang sedang berdiri di tepi jalan.

"Assalamualaikum. Kenapa ni, cik? Kereta cik rosak ke?"

"Waalaikummussalam. Ya, kereta saya meragam tiba-tiba. Sudahlah saya dah terlambat untuk photoshoot magazine hari ini."

"Kalau macam itu, biar saya yang tolong hantarkan cik ke tempat yang cik nak pergi tu." tawar Raisha Imani.

"Tak susahkan awak ke nanti?"

"Tak apa, lagipun awak sendiri cakap yang awak sudah terlambat kan? Tentang kereta awak itu, nanti awak boleh call mekanik. Saya ada kenal seorang mekanik ni, memang terbaik servis dia."

Mikayla Amanda mengangguk akur dan segera mengikut Raisha Imani ke arah kereta Proton Saga milik Raisha Imani.

"Maaflah kereta saya penuh sedikit dengan barang-barang anak saya dan barang-barang untuk buat kek. Haa, dekat mana ya tempat yang awak nak kena pergi ni?"

Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now