BAB 35

545 8 0
                                    

SUDAH beberapa hari Salsabila asyik berfikir tentang kaitan hubungan di antara Raisha Imani dan abangnya, Syahmi Aqil. Hendak terus bertanyakan kepada mamanya, kini mamanya berada di luar negara bersama papanya atas urusan kerja papanya itu. Mahu bertanya secara langsung kepada Syahmi Aqil, itu adalah perkara mustahil. Lalu dia memilih untuk bertanya kepada kakaknya, Syahirah sahaja.

"Ni kenapa muka adik berkerut seribu ni? Nanti belum sempat tua, muka sudah berkedut dekat sana sini. Adik fikir pasal apa ni? Risau pasal nak SPM nanti ke? Ada banyak masa lagi kan adik nak pulun study."

"Bukanlah. Pasal study semuanya okay, tak ada masalah pun. Cuma adik ada terfikir sesuatu lah dan adik tak tahu nak tanya kepada siapa."

"Cuba cerita dekat Kaklong apa bendanya yang sedang ganggu fikiran adik. Manalah tahu Kaklong boleh tolong."

"Kaklong pernah tahu ke pasal angah pernah berkahwin dahulu?"

"Maksud adik? Angah pernah ada isteri lain selain daripada Mikayla?"

"Ya, Kaklong! Mungkin angah pernah berkahwin sebelum dia berkahwin dengan kak ngah."

"Tak mungkinlah adik! Adik merepek apa ni? Kalaulah angah pernah berkahwin dahulu, takkanlah Kaklong langsung tak tahu pasal hal ni? Lagipun papa dan mama tak pernah beritahu apa-apa pun kepada Kaklong dahulu. Cuma Mikayla je lah isteri angah tu."

"Tetapi Kaklong, takkanlah angah tak pernah ceritakan apa-apa kepada Kaklong dahulu? Kaklong kan rapat dengan angah."

"Angah cuma pernah cerita kepada kaklong yang dia ada sukakan seorang perempuan ni semasa dia bersekolah di kampung atuk dahulu. Selepas itu, dia sudah tak ada cerita apa-apa lagi dah."

" Siapa nama perempuan tu? Raisha Imani ke? "

" Kaklong tak berapa ingatlah, adik. Tetapi rasanya nama dia ada lah bunyi Sha dekat hujung tu."

Salsabila memetik jarinya berulang kali. Jadi memang sahlah Raisha Imani dan abangnya pernah ada hubungan yang istimewa dan bukan hanya sekadar kawan dahulu.

" Tetapi adik ni sudah kenapa tanya soalan yang pelik-pelik ni? Ada sesuatu yang terjadi ke yang Kaklong patut tahu?"

"Macam ini, Kaklong. Kaklong ingat tak adik ada ikut mama pergi program bersama anak-anak yatim hari itu? Sebenarnya semasa program itu, adik ada terdengar angah bergaduh dengan seorang perempuan. Nama dia Raisha dan adik macam terdengar diaorang tu sebenarnya pernah berkahwin dahulu tetapi sudah bercerai. Itu yang adik tanya Kaklong kalau-kalau Kaklong tahu pasal hal ini. "

Mata Syahirah terus membulat besar mendengar kata-kata adiknya itu. Ingatannya kembali memproses sepotong nama kanak-kanak perempuan comel yang ditemuinya di klinik giginya dahulu.

" Mungkin ada benarnya angah pernah berkahwin dahulu. Sebab hari itu kaklong ada seorang patient kecil ni. Nama bapa dia sama dengan nama angah. Adik rasa itu cuma satu kebetulankah?"

Kali ini giliran mata Salsabila pula yang membulat besar. Wajah kakaknya dipandang.

" Kaklong, adik rasa kita perlu siasat tentang hal ini. Betul ke angah pernah berkahwin dengan Kak Sha dahulu dan ada seorang anak. "

" Adik nak siasat macam mana? Nak bertanya kepada mama ke? Atau bertanya kepada papa dan angah? Kaklong tak rasalah diaorang akan berikan kerjasama. "

Salsabila hanya terdiam membisu. Tetapi dia tidak akan pernah berhenti selagi dia tidak mendapat jawapan yang diinginkannya. Tunggu sahajalah mamanya pulang nanti, akan dia bertanyakan terus kepada mamanya itu.

*****

" MAMA! Rindunya dekat mama! Seminggu mama pergi ke Beijing , tengok ni adik sudah semakin kurus tau!"

Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now