SYAHMI Aqil merenung ke arah luar tingkap sebuah restoran yang dikunjunginya untuk makan tengahari pada hari itu. Sesekali fikirannya menerawang jauh memikirkan sesuatu. Syahmi Aqil yang larut dalam lamunannya tersentak apabila bahunya ditepuk seseorang.
"Hai, Syahmi! Jauh kau termenung. Sudah sampai ke mana agaknya tu?" tegur Fahim, salah seorang rakan sekerjanya. Amirul, seorang lagi rakan mereka hanya tersenyum memandang wajah Syahmi Aqil.
"Tak adalah, aku cuma berfikir sesuatu je. Semenjak dua menjak ni fikiran aku bercelaru sedikit."
"Kenapa, kau ada masalah dengan Mikayla ke?" soal Amirul yang hanya berdiam diri dari tadi.
"Bukanlah, aku dengan Mikayla okay je. Cuma aku rasa serabut apabila keluarga aku dan orang lain asyik tanya bila kitaorang nak ada anak. Sudah jadi macam satu kesalahan besar pula sampai sekarang kami masih belum ada anak lagi."
"Sabarlah bro. Itu kan semuanya rezeki. Belum sampai rezeki kau dan Mikayla lagi lah agaknya untuk dapat anak. Abaikan je apa yang orang nak cakap sebab mulut orang ni semuanya serba tak kena. Kahwin awal salah, kahwin lambat salah, tak kahwin pun salah. Apabila dah kahwin, sibuk tanya bila nak ada anak. Apabila anak terlalu ramai pun nak bising juga. Eh tak fahamlah aku! Senang-senang cerita, kau pekakkan je telinga kau tu dan jalani hidup kau dengan baik tanpa pedulikan cakap-cakap orang. "
" Itulah yang aku cuba buat, tetapi papa aku tu terlalu mendesak sangat nak cucu. Apa dia ingat dia minta hari ni, esok aku sudah boleh beri cucu kepada dia? Lagipun aku dan Kayla bukannya tak berusaha langsung. Takkanlah saban hari aku asyik nak kena berhubungan intim dengan isteri aku je? Aku dan Kayla pun ada kerja lainlah nak buat."
" Kau tabah aje lah, bro! Haaa apa kata kau dan Mikayla cuba buat ujian kesuburan dekat hospital? Dari situ kita boleh tengok siapa sebenarnya yang bermasalah. Doktor pun boleh cadangkan rawatan yang sesuai untuk korang nanti. Kakak dan abang ipar aku dahulu pun macam itu lah, bertahun-tahun kahwin tetapi tak ada anak lagi. Akhirnya diaorang terus berjumpa doktor untuk buat ujian kesuburan. "
" Aku tak pernah terfikir pula pasal hal ni sebelum ini sebab aku ingatkan nak usaha sendiri je dahulu. "
" Tak salah pun kalau korang berdua pergi berjumpa doktor pakar. Apabila sudah berjumpa doktor pakar, korang dapat detect apa masalahnya sampai sekarang Mikayla masih lagi tak mengandung. Doktor pun boleh berikan rawatan kesuburan untuk korang nanti. Nak dapatkan anak ni, korang kena selalu ikhtiar dan gunakan pelbagai cara yang ada. Tetapi sebelum itu, korang kenalah kenalpasti dahulu masalah yang dihadapi. Baru boleh cari jalan penyelesaian yang sesuai. " ujar Fahim panjang lebar.
" Betul itu, Syahmi! Korang pergilah berjumpa doktor. Nanti doktor akan tanya latar belakang kesihatan kau dan Kayla, buat pemeriksaan fizikal, analisis bacaan bilangan sperma, pemeriksaan ultrasound, pemeriksaan Tiub Fallopian dan ujian darah. Korang berdua tak perlu rasa malu nak jumpa doktor untuk hal ini. Kalau tak berjumpa doktor, sampai bila-bila pun korang takkan tahu masalah korang dekat mana. Nanti aku rekomenkan doktor pakar yang terbaik untuk kau dan Kayla . Doktor pakar ini lah yang bantu kakak dan abang ipar aku dahulu. Alhamdulillah diaorang berjaya dapatkan anak. "
" Terima kasih korang. Insya-Allah, nanti aku bincangkan hal ini dengan Kayla. Mungkin ada betulnya juga, kitaorang perlu buat ujian kesuburan. "
" Ya, eloklah korang buat ujian kesuburan tu. Nanti boleh korang tahu sama ada kau atau isteri kau yang tak subur. Doktor boleh cadangkan rawatan yang sesuai nanti. "
Syahmi Aqil terdiam membisu dan berfikir sendiri. Satu kenangan lama bertahun-tahun dahulu kembali menjengah di benak fikirannya. Jika dahulu bekas isterinya pernah menghamilkan zuriatnya sekali tetapi mengalami keguguran, jadi mana mungkin dirinya yang mandul atau mengalami masalah kesuburan, bukan? Adakah masalah itu terletak pada Mikayla Amanda? Walau apapun, dia harus mencari jawapan kepada persoalan itu.
YOU ARE READING
Alasan Untuk Bahagia
RomancePertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, pemilik nama Syahmi Aqil itu adalah seorang yang menjengkelkan dan merupakan musuh ketatnya. Namun di...