"AKU cintakan kau, Raisha!" ulang Syahmi Aqil sekali lagi apabila melihat Raisha Imani masih lagi terdiam membisu dan bagaikan kelu untuk berkata-kata.
Raisha Imani menekup mulutnya tidak percaya. Lama wajah Syahmi Aqil di sebelahnya dipandang sebelum dia mula bersuara.
"Kau cakap apa tadi? Aku tak salah dengar kan?"
"I said I love you, Raisha! Like very seriously, sejak akhir-akhir ini hanya nama kau sahaja yang selalu ada di dalam minda dan hati aku." akui Syahmi Aqil, jujur. Biarlah dia berterus terang sahaja kepada Raisha Imani setelah sekian lamanya memendam perasaan.
"Since when?" soal Raisha Imani.
"Jujur aku katakan sejak dari kali pertama aku lihat kau di bilik Pengetua, aku sudah mula sukakan kau, Raisha. Kau sangat berbeza dengan gadis lain yang pernah aku kenal. Sikap dan perwatakan kau yang ceria, manja dan sedikit keanak-anakan buatkan aku semakin tertarik kepada kau. Tetapi aku cuba nafikan perasaan aku, sebab itu aku selalu kacau kau dan bergaduh dengan kau untuk lihat apa reaksi kau terhadap aku. Sebenarnya aku tak pernah bencikan kau pun, Raisha. Perasaan aku kepada kau semakin hari semakin bercambah. "
Raisha Imani sudah kehilangan kata-kata. Jadi selama ini Syahmi Aqil mencintai dirinya dan menutup perasaannya itu melalui pergaduhan mereka?
Air mata yang menitis diseka dengan hujung jarinya. Wajah Syahmi Aqil dicari untuk melihat keikhlasan lelaki itu.
" Terima kasih, Syahmi! Aku... Jujurnya aku rasa terharu sebab ada juga orang yang cintakan aku yang perangai entah apa-apa ni." Raisha Imani ketawa kecil di hujung ayatnya.
"Kau sebenarnya comel, Raisha. Cuma kau je yang tak perasan. Jadi Raisha..."
"Jadi apa?" kening Raisha Imani sedikit berkerut.
"Kau cintakan aku juga tak?"
Lama Raisha Imani tertunduk diam sehingga Syahmi Aqil hampir memasang wajah kecewanya. Kemudian wajah Syahmi Aqil dipandang dan Raisha Imani mengangguk perlahan sambil mengemam bibirnya menahan rasa malu yang mula bertandang.
"Kau pun cintakan aku? Yes!" Syahmi Aqil sudah bersorak keriangan.
"Perasan! Siapa yang cintakan kau lah!" bahu Syahmi Aqil ditolak Raisha Imani, kasar.
"Eleh muka kau tu sudah merah-merah kenapa? Kena tonyoh dengan cili boh eh? Kalau suka, bilang sahaja suka! Kalau rindu, bilang sahaja rindu! Kalau cinta jujur sahaja sama aku!"
"Wo ai ni!" Raisha Imani sudah menutup wajahnya dengan kedua-dua belah tangannya.
"Saranghae!" balas Syahmi Aqil siap dengan simbol mini love lagi.
*****
PADA pagi itu, Raisha Imani bangun lebih awal daripada kebiasaannya. Malah dia turut ke dapur untuk menyediakan sarapan sehingga dahi ibunya, Puan Ramizah berkerut seribu memandangnya.
"Hai Sha, awal bangun hari ini? Biasanya kalau tak lebih dari pukul 6.30 pagi, tak adanya Sha nak bangun. Ini siap masak sarapan lagi. Sha mimpi apa semalam?" tegur Puan Ramizah.
"Sha saja bangun awal ibu. Hari ini ibu rehat je ya. Biar Sha yang masakkan sarapan."
Raisha Imani memotong dada ayam, kek ikan, sayur sawi dan lobak merah. Nasi sejuk dan tiga biji telur turut dikeluarkannya dari dalam peti ais. Kemudian, kuali dicapai lalu dia mula menumis bawang dan cili padi yang telah ditumbuknya tadi.
"Sha nak masak apa tu?"
"Nasi goreng cili padi ibu."
"Wah, mesti sedap ni kalau anak ibu yang masak. Tetapi ibu peliklah, Sha tiba-tiba je rajin nak masak hari ini. Sha tersalah makan ubat ke semalam?"
YOU ARE READING
Alasan Untuk Bahagia
RomancePertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, pemilik nama Syahmi Aqil itu adalah seorang yang menjengkelkan dan merupakan musuh ketatnya. Namun di...