CENGKAMAN pada lengan Raisha Imani dilepaskan dengan kasar oleh Syahmi Aqil sebaik sahaja mereka berdua tiba di lobi hotel tersebut. Raisha Imani menggosok lengannya yang terasa sakit dan mungkin sudah kemerahan akibat dicengkam oleh Syahmi Aqil.
"Kau buat apa dekat sini? Dahulu kau ganggu Kayla, sekarang ini kau cuba nak ganggu mama dengan adik aku pula ke?"
"Saya cuma hantarkan tempahan kek dan makanan lain untuk program ini je. Awak kan sedia tahu yang saya ni berkerja di kedai kek."
"Tak payah nak tipu aku lah! Macamlah aku tak tahu niat kau tu! Kau dengar sini baik-baik eh, aku tak suka kau cuba rapat dengan ahli keluarga aku. Kau faham ke tak ni?" jari telunjuk Syahmi Aqil ditunjal tepat ke dahi Raisha Imani.
"Kalaulah saya tahu ini event anjuran mama awak, Datin Wardah, saya pun tak akan datang ke sini dan ambil tempahan tu pun."
"Haa kalau macam itu, tunggu apa lagi? Kerja kau sudah selesai kan? Kau balik je lah!" tubuh Raisha Imani ditolak kasar.
"Kenapa awak sangat bencikan saya, Syahmi? Apa salah saya kepada awak?"
"Kau nak tahu sangat kan? Baik! Aku cukup menyampah tengok muka kau yang acah-acah suci dan baik itu lah! Aku tahu kau ada niat yang tak baik dekati keluarga aku kan? Sudahlah, baik kau balik sekarang. Aku ni muaklah tengok muka kau dekat sini."
*****
LANGKAH Syahmi Aqil terhenti apabila Raisha Imani memanggil nama penuhnya dengan lantang.
" Syahmi Aqil bin Safwan! Tunggu dahulu! Antara kita berdua belum selesai lagi! "
Syahmi Aqil yang kelihatan bengang terus menarik tangan Raisha Imani dan menuju keluar daripada hotel tersebut.
" Kau nak apa lagi ni, haaa? "
" Saya perlukan penjelasan daripada awak. Tujuh tahun awak tinggalkan saya tanpa sebarang berita dan kenapa apabila kita bertemu balik awak seakan sombong dengan saya? Awak buat macam kita berdua tak pernah kenal dahulu. Apa sebenarnya salah saya kepada awak? Boleh awak berterus terang tak? Saya nak dengar semua itu daripada mulut awak sendiri. "
" Kau masih nak tanya apa salah kau? Kau ni sedar diri ke tak? Kau sudah tipu aku selama ini. Selepas itu kau paksa keluarga aku untuk berikan kau duit yang banyak untuk sara keluarga kau, itu kau cakap tak salah? "
" Apa yang saya sudah tipu awak, Syahmi? Sejak bila pula saya paksa keluarga awak untuk berikan duit kepada saya? Saya tak pernah tuntut walau satu sen pun daripada awak dan keluarga awak selepas kita bercerai dahulu. "
" Tak tuntut apa-apa? Habis itu, yang papa aku berikan kau duit RM50 ribu itu untuk apa? Kau tak payah nak berlakon baik sangatlah. Kau memang sengaja kan cuba nak kikis harta keluarga aku? "
" Ya Allah, apa yang awak cakap ni Syahmi? Semua itu hanya fitnahlah. Ya, memang saya mengaku, papa awak ada berikan saya duit RM50 ribu. Demi Allah, saya berani bersumpah yang saya tak pernah gunakan walau satu sen pun duit itu. Duit itu semua saya sudah dermakan kepada orang yang lebih memerlukan. "
" Cukup Raisha! Aku sudah muak dengan semua pembohongan kau! Aku sangkakan kau ni baik, tetapi rupa-rupanya kau hanya menipu di sebalik wajah polos kau tu! "
" Syahmi, awak tahu kan saya sangat sayang dan cintakan awak. Saya tak mungkin buat semua itu kepada awak. Saya ikhlas cintakan awak sepanjang kita bergelar suami isteri dahulu. Saya berkahwin dengan awak sebab saya betul-betul cintakan awak. "
" Aku menyesal berkahwin dengan kau dahulu, Raisha! Kalaulah aku tahu perangai sebenar kau macam mana, aku takkan berkahwinlah dengan kau! "
" Syahmi! Awak yang ajak saya untuk berkahwin dahulu. Awak cakap yang awak cintakan saya. Apa awak tak pernah ikhlas berkahwin dengan saya dahulu ke? "
YOU ARE READING
Alasan Untuk Bahagia
RomancePertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, pemilik nama Syahmi Aqil itu adalah seorang yang menjengkelkan dan merupakan musuh ketatnya. Namun di...