RAISHA Imani merenung lama penampilan dirinya pada pantulan cermin di dalam bilik air. Bibirnya digigit perlahan. Dari tadi lagi dia berkira-kira sama ada mahu keluar dari bilik air ataupun tidak.
Nightgown berwarna merah hati yang tersarung membaluti tubuh langsingnya itu dipandang lama. Sungguh seksi sekali dan menyeksakan pandangan mata. Sudahlah bertali halus dan singkat, jarang dan nipis pula tu. Nightgown itu dibeli sendiri oleh Syahmi Aqil dan tadi, suaminya itu memintanya untuk memakai nightgown tersebut.
"Ayang, buat apa lama sangat dekat dalam tu? Nak tidur terus dekat dalam bilik air ke apa ni?"
Syahmi Aqil mengetuk kuat pintu bilik air apabila sudah lebih setengah jam menunggu namun Raisha Imani masih juga belum keluar. Lambat-lambat Raisha Imani membuka pintu bilik air tersebut dan melangkah keluar lalu berjalan ke arah Syahmi Aqil.
Syahmi Aqil meneguk kasar air liurnya apabila matanya tertancap kepada Raisha Imani yang kelihatan begitu seksi dan menggoda mengenakan nightgown merah hati tersebut. Nafasnya menderu laju, terus disambarnya tubuh Raisha Imani dan bibirnya melumat bibir Raisha Imani. Kucupan di bibir Raisha Imani sedikit pun tidak dileraikan lalu dia mencempung tubuh Raisha Imani ke arah katil.
"Seksinya ayang malam ni. I love it." Syahmi Aqil tersenyum nakal dan berbisik penuh menggoda. Wajah Raisha Imani terus merona kemerahan.
"Boleh biy mulakan sekarang?"
Raisha Imani hanya mengangguk dan tersenyum memandang wajah tampan Syahmi Aqil. Setelah doa dibacakan Syahmi Aqil, mereka berdua terus hanyut dalam hubungan suami isteri yang begitu indah, hangat dan mengasyikkan pada malam terakhir bulan madu mereka berdua.
*****
"BIY, macam mana nanti kalau selepas ni kita berdua sambung belajar di tempat yang berasingan?" soal Raisha Imani.
Semalam merupakan hari terakhir mereka berdua mengisi borang permohonan secara atas talian bagi kemasukan ke program matrikulasi, program asasi dan juga program diploma.
"Kena redha lah ayang. Tetapi cuma sekejap je kan. Kita boleh jumpa time cuti semester nanti."
"Macam mana kalau ayang rindukan biy nanti? Entah-entah kalau berlainan tempat belajar nanti, biy sudah tak ingat dekat ayang dan ada perempuan lain yang cuba mengorat biy nanti."
"Jangan risaulah, hati biy ini hanya untuk ayang seorang je lah. Sudah tak muat untuk orang lain nak ceroboh masuk."
"Ya lah tu, biy! Kalau tak bermulut manis, memang tak sah kan!"
"Betul lah. Kalau ayang masih tak percaya, ambillah kapak, belahlah dada biy ni! Akan dapat ayang lihat hanya nama ayang sahaja yang terukir di hati biy."
"Biy jangan! Kan ayang buat betul-betul nanti! Baru tau macam mana nasib biy!"
Syahmi Aqil menarik tubuh Raisha Imani ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Raisha Imani diciumnya penuh cinta.
"Kita doakanlah agar kita dapat masuk kolej atau universiti yang sama nanti. Sebab biy pun tak sanggup nak berjauhan lama-lama dengan bantal peluk biy ni. Lagi satu, kalau kita belajar dekat tempat berasingan nanti, lagi lambatlah kita dapat proses baby!"
PAP!
Bahu Syahmi Aqil ditampar kuat oleh Raisha Imani. Tidak cukup itu, lengan Syahmi Aqil turut dicubitnya geram.
" Biy ni kan kalau tak menggatal memang tak sah eh! "
" Biarlah, biy gatal pun dengan isteri biy sendiri. Kalau biy gatal dengan perempuan lain, ada juga yang cemburu nanti! "
" Biy jangan berani-berani cuba eh kalau taknak makan nasi guna tiub nanti!" ugut Raisha Imani.
"Uishh ganasnya. Biy kahwin dengan gangster ke ni?"
YOU ARE READING
Alasan Untuk Bahagia
RomancePertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, pemilik nama Syahmi Aqil itu adalah seorang yang menjengkelkan dan merupakan musuh ketatnya. Namun di...