BAB 7

236 2 0
                                    

SUASANA di dalam kelas 5 Taqwa yang pada asalnya riuh-rendah menjadi sunyi sepi apabila guru yang mengajar subjek Biologi mereka, Cikgu Hanis melangkah masuk ke dalam kelas. Syahmi Aqil selaku ketua kelas segera bangun dari kerusi yang didudukinya dan menyapa hormat guru mereka itu.

"Semua bangun! Assalamualaikum dan selamat pagi cikgu."

"Waalaikummussalam. Baiklah, kamu semua boleh duduk. Hari ini saya akan pulangkan balik kertas ujian kamu tempoh hari dan kita akan sama-sama bincangkan jawapan kepada semua soalan. Kalau ada sesiapa yang tidak faham, boleh terus bertanya kepada saya. Tetapi sebelum itu, saya nak kamu semua kira balik jumlah markah yang saya berikan kepada kamu. Jika ada yang tersilap, terus datang jumpa dan beritahu kepada saya. "

Elfira yang berada di belakang Raisha Imani terus mencuit bahunya dan Raisha Imani segera berpaling ke belakang.

" Sha, kau rasa kau dapat markah berapa? Aku risaulah kalau tak lulus. Aku ni sudahlah lemah gila bab-bab jantung tu. "

" Alaa kau tenang je, Fira. Kau kan sudah berusaha keras sebelum ini. Aku yakin kau mesti lulus punya."

" Syahmi Aqil! Tahniah ya awak berjaya dapat markah yang paling tinggi. 95 markah. Kelas, berikan tepukan gemuruh kepada Syahmi." Cikgu Hanis bersuara memecahkan kesunyian.

Syahmi Aqil tersenyum gembira dan melangkah ke arah meja guru untuk mengambil kertas ujiannya. Seisi kelas pula bergema dengan tepukan gemuruh dan ucapan tahniah yang dihulurkan buat Syahmi Aqil.

" Raisha Imani! Tahniah awak berjaya dapat 83 markah."

Raisha Imani terus ke hadapan kelas untuk mengambil kertas ujiannya. Di dalam hatinya mengucapkan syukur kerana dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Setelah satu persatu nama pelajar selesai dipanggil untuk dipulangkan kembali kertas ujian mereka, Cikgu Hanis menghampiri papan putih dan memandang satu persatu wajah pelajarnya.

"Daripada pemerhatian saya berdasarkan ujian kamu yang lalu, ramai yang lemah tentang soalan yang melibatkan jantung, iaitu sistem peredaran darah manusia. Jadi, pada hari ini saya akan terangkan balik tentang sistem peredaran darah manusia dan diharapkan semua dapat berikan tumpuan seratus peratus kepada apa yang bakal saya terangkan nanti. Sebelum itu, boleh Raisha Imani datang ke depan dan bantu saya lukis gambarajah jantung? "

" Boleh cikgu! " tanpa berlengah,  Raisha Imani terus menghampiri papan putih dengan penuh berkeyakinan. Sebatang pen marker berwarna hitam dicapainya lalu dia mula melukis.

Usai melukis, seluruh isi kelas 5 Taqwa bergema dengan derai tawa. Cikgu Hanis pula hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja sebaik sahaja melihat hasil lukisan Raisha Imani itu.

"Raisha Imani, jantung awak memang bentuk macam ini ke?" soal Cikgu Hanis dengan ketawa yang ditahannya.

Raisha Imani menekup mulutnya dan mengetuk kepalanya dengan pen marker di tangannya.

"Maafkan saya, cikgu! Saya tersilap lukis. Biar saya padam dan lukiskan balik jantung yang betul ya cikgu."

"Awak berangan apa ni Raisha sampai lukis bentuk love tu?"

"Kalau cikgu nak tahu, si Raisha tu tengah angau dilamun cinta!" sampuk Syahmi Aqil.

"Tak, tak cikgu! Cikgu jangan dengar cakap Syahmi tu, dia tu membongok je."

"Ya lah, apa-apa je lah kamu ni. Sudahlah, cepat lukis balik gambar jantung yang betul. Saya nak terangkan mengenai sistem peredaran darah manusia pula ni."

Raisha Imani kembali menyambung lukisannya, di dalam hatinya mengutuk dirinya yang boleh pula tersilap melukis gambar jantung tadi. Semuanya gara-gara dia terkenangkan pemberi bantal kecil berbentuk hati kepadanya.

Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now