SYAHMI Aqil kelihatan mundar-mandir di ruang tamu rumah datuknya. Sesekali telinganya cuba mencuri dengar perbualan datuknya di corong telefon. Dia sudah tidak sabar-sabar lagi untuk mengetahui apakah keputusan yang telah dibuat oleh Raisha Imani.
"Alhamdulillah. Insya-Allah kita doakan semoga Allah permudahkan urusan Raisha dan Syahmi. Soal kenduri dan belanja kahwin semua Zah tak perlu risau, pakcik akan uruskan semuanya nanti. Asalkan majlis nikah Syahmi dan Raisha dapat berjalan dengan lancar."
Sulaiman menghampiri Syahmi Aqil yang seperti cacing kepanasan di ruang tamu rumahnya. Dia baru sahaja selesai bercakap di telefon dengan ibu Raisha Imani. Wajah Syahmi Aqil dipandangnya.
"Macam mana atuk? Raisha setuju ke?"
"Amboi kamu ini, tak menyempat langsung nak bertanya pun. Berilah atuk masa untuk tarik nafas dulu."
"Maaf atuk, tetapi ini soal hidup dan mati Syahmi."
Banyaklah kau punya soal hidup dan mati Syahmi Aqil oi. Sulaiman hanya menggelengkan kepalanya sebagai menjawab pertanyaan Syahmi Aqil tadi.
"Jadi Raisha tolak lamaran Syahmi?" Syahmi Aqil sudah rasa hendak menangis.
"Tak macho lah lelaki menangis. Macam mana nak jadi suami orang ni! Ini haa makcik Ramizah kamu cakap Raisha sudah setuju nak bernikah dengan kamu."
"Yes, Alhamdulillah!" Syahmi Aqil sudah melonjak keriangan. Tubuh datuknya dipeluk erat dan dicium pipi datuknya bertalu-talu.
"Kamu ini sudah kenapa Syahmi? Tak sabar sangat nak berkahwin ke? Kamu jangan, nanti atuk sunatkan kamu lagi sekali baru kamu tahu! Gatal sangat anu tu eh nak bernikah awal."
Syahmi Aqil hanya tersengih takut-takut memandang wajah datuknya.
*****
SYAHMI Aqil berada di hadapan rumah Raisha Imani. Hari itu mereka berdua akan sama-sama menghadiri kursus perkahwinan.
" Maaf sebab buatkan awak tunggu lama. "
Syahmi Aqil segera berpaling ke belakang apabila mendengar suara Raisha Imani menegurnya. Dia terpana seketika apabila melihat penampilan Raisha Imani yang kelihatan sangat ayu mengenakan baju kurung berbunga kecil berwarna hijau epal dipadankan dengan shawl labuh berwarna krim.
" Ya Allah, cantiknya bidadari di hadapan mata aku ini." desis hatinya.
"Syahmi! Awak okay ke tak ni? Jomlah kita bergerak sekarang, nanti terlewat pula kita sampai." Raisha Imani menggawangkan tangannya di hadapan muka Syahmi Aqil yang tidak berkedip memandangnya.
"Awak cantik sangat, macam bidadari." puji Syahmi Aqil sehingga Raisha Imani tertunduk tersipu-sipu malu.
*****
SYAHMI Aqil dan Raisha Imani sudah pun menghabiskan kursus perkahwinan mereka dan menjalani ujian HIV. Mereka juga telah pergi ke Mahkamah Syariah untuk memohon kebenaran berkahwin memandangkan mereka berdua masih di bawah umur yang sesuai untuk berkahwin. Mereka juga akan menggunakan khidmat wali hakim bagi menikahkan Raisha Imani nanti.
"Banyak betul kan urusan nak berkahwin ni. Macam-macam nak kena buat. Kalau mahkamah tak benarkan kita berkahwin nanti, macam mana?" soal Raisha Imani.
"Raisha, awak kena sentiasa yakin. Kalau Allah sudah tetapkan jodoh kita, sesukar dan seperit mana pun perjalanannya, kita pasti akan tetap bersatu juga dengan izin Allah. Kita kena sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan urusan kita. Insya-Allah jika kita sama-sama ikhlas, Allah akan satukan juga kita nanti. Kita kena sentiasa berfikiran positif. "
" Awak rasa keputusan kita untuk berkahwin di usia 17 tahun ini tepat ke Syahmi? Sebab kita kan masih muda, masih panjang lagi perjalanan hidup kita. "
" Raisha, awak dan saya sama-sama sudah solat istikharah kan? Kita pun sudah dapat apa jawapannya. Hati saya cenderung untuk memilih awak dan awak pun sama kan sudah memilih saya. Jadi awak tak perlu rasa ragu-ragu lagi, sebaliknya awak harus berdoa semoga urusan saya ingin menghalalkan awak dipermudahkan Allah. Saya janji dengan awak Raisha, apabila awak sudah rasmi menjadi milik saya nanti, saya akan jaga awak dengan sebaik mungkin. Saya akan sentiasa ada di sisi awak bila-bila masa sahaja awak perlukan saya. Please trust me and our love, Raisha! "
YOU ARE READING
Alasan Untuk Bahagia
RomancePertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, pemilik nama Syahmi Aqil itu adalah seorang yang menjengkelkan dan merupakan musuh ketatnya. Namun di...