BAB 23

328 6 0
                                    

RAISHA Imani berlari laju ke arah tandas bagi memuntahkan isi perutnya. Kali ini alahan dia agak begitu teruk. Usia kandungannya sudah menginjak ke empat bulan pun, dia masih lagi mengalami mual dan muntah.

"Sha, kau okay ke tak tu? Rasa mual lagi ke? Kalau kau rasa tak berapa sihat, kau tak payahlah pergi ke kelas hari ini." ujar Elfira.

"Aku okay. Kau tak payah risau, selepas makan asam nanti aku okay lah. Lagipun sayanglah tau nak ponteng kelas, nanti banyak benda yang aku tertinggal."

Sekarang Raisha Imani, Elfira dan Syafiqa sudah menyambung pengajian mereka di UiTM Chendering dalam bidang Diploma Sains. Mereka bertiga bernasib baik kerana ditempatkan di kampus yang sama dan kini tinggal sebilik pula di kolej kediaman.

" Kalau macam itu, jomlah kita gerak ke kelas. Nanti terlambat pula."

Raisha Imani terkocoh-kocoh masuk ke dalam dewan kuliah. Tadi setibanya di bangunan yang menempatkan dewan kuliahnya, dia terus sahaja berlari ke arah tandas kerana sekali lagi dia terasa mual dan ingin muntah.

"Maafkan saya Prof sebab masuk lambat sedikit." ujar Raisha Imani kepada pensyarahnya, Professor Zanariah.

"It's okay, Raisha. Teruk lagi ya alahan awak tu? Saya harap awak dapat bersabar dan terus kuat. Macam ini lah pengorbanan ibu mengandung. Saya dahulu pun lagi teruk alahan semasa mengandungkan anak kedua saya, siap masuk hospital lagi." Professor Zanariah memandang wajah Raisha Imani dengan penuh simpati.

"Awal-awal pagi je yang teruk, Prof. Selepas itu okay lah. Terima kasih ya, Prof." Raisha Imani terus berlalu ke arah tempat duduknya.

*****

RAISHA Imani mengusap perlahan perutnya yang sudah mula menonjol. Kini usia kandungannya sudah memasuki enam bulan. Dia sedang berada di sebuah klinik untuk pemeriksaan kesihatan kandungannya.

Raisha Imani tersenyum hambar, di sekelilingnya semua ibu mengandung sedang tersenyum gembira di samping suami masing-masing menantikan giliran mereka dipanggil untuk bertemu doktor. Sedangkan dia hanya keseorangan tanpa suami di sisi yang menemaninya.

"Baby, walau apa pun yang terjadi nanti, Omma akan sentiasa ada dengan baby. Kita akan hidup bahagia bersama walaupun tanpa daddy." bisik Raisha Imani perlahan kepada bayi di dalam kandungannya. Air mata yang hampir menitis disekanya dengan hujung jari.

Nama Raisha Imani dipanggil untuk diperiksa oleh doktor. Raisha Imani dengan penuh berhati-hati, melangkah masuk ke dalam bilik doktor tersebut.

" Assalamualaikum. Puan sihat ke hari ini? Suami puan tak datang sekali ke untuk checkup baby?"

"Waalaikummussalam, doktor. Alhamdulillah saya sihat. Maaf doktor, saya dan suami saya sudah lama berpisah."

"Oh, maafkan saya! Saya langsung tak tahu."

"Tak mengapa doktor. Saya sudah biasa." Raisha Imani tersenyum hambar.

"Boleh saya mulakan proses checkup sekarang?"

Raisha Imani hanya mengangguk. Dia segera berbaring di atas katil rawatan. Baju yang dipakainya diselak ke atas dan doktor mula menyapukan gel pada perutnya yang buncit itu.

"Alhamdulillah baby puan dalam keadaan baik dan membesar dengan sihat. Denyutan nadi dan jantungnya juga normal. Nampaknya anak puan masih malu-malu lagi untuk tunjuk jantinanya. Tetapi tak mengapa, bulan depan kita akan cuba scan sekali lagi ya."

"Terima kasih, doktor." Raisha Imani tersenyum riang apabila dimaklumkan bayi di dalam kandungannya berada dalam keadaan sihat.

"Sama-sama."

Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now