BAB 32

449 8 0
                                    

SETELAH menghantar kepulangan keluarga Syahmi Aqil tadi yang turut sama-sama meraikan hari lahir Syahmi Aqil, Syahmi Aqil dan Mikayla Amanda beriringan melangkah masuk ke dalam rumah mereka. Mereka sama-sama melabuhkan duduk di sofa bagi melepaskan kepenatan.

" So perempuan yang datang tadi tu kawan you ke? You rapat ke dengan dia tu?"

"Ya, Sha tu kawan I, dialah yang tolong I semasa kereta I rosak dahulu. Sha tu sudahlah baik hati, cantik dan pandai buat kek pula tu. Tetapi sayang, perempuan sebaik dan secantik dia pun boleh pula diceraikan oleh suami. Bodoh kan bekas suami dia tu sebab lepaskan perempuan sebaik Sha? "

Syahmi Aqil sedikit tersentak saat mendengar kata-kata Mikayla Amanda. Dia berdehem sedikit kuat bagi menghilangkan resah di dadanya.

"I tak suka dia tu! No, no! I means I tak suka you rapat dan berkawan dengan dia! You tolong janji dengan I, you takkan jumpa dengan dia lagi selepas ini."

"Tetapi kenapa? I suka dan selesa berkawan dengan dia tau! Dia tu baik orangnya. Lagipun you sendiri pun tau kan I ni tak ada kawan rapat di Malaysia ni. Jadi tak salah kan kalau I nak berkawan dengan dia?"

"No, I tak izinkan you berkawan dengan dia! Lagipun you baru je kenal dia, you tak tahu hati budi dia macam mana. Apa niat dia berkawan dengan you. You tak risau ke dia cuba nak ambil kesempatan ke atas you. You kena berhati-hati. Muka seseorang yang nampak suci pada luaran tak semestinya baik dalamannya. "

"Tetapi you, I yakin Sha bukan orang yang macam itu! Dia betul-betul baik dan ikhlaslah nak berkawan dengan I."

"Listen to me, Mikayla Amanda! I sebagai husband you, tak sesekali izinkan you berkawan dan berhubung dengan dia lagi! Kalau sampai I tau you masih berhubung dengan dia, I akan potong allowance bulanan you dan sekat kebebasan you!"

"You! Apa semua ni? Takkanlah sampai macam ini sekali?"

"Jangan derhaka kepada I, Kayla! I ni husband you! You sepatutnya dengar dan patuh semua cakap I."

"Baiklah, I promise! I takkan jumpa Sha lagi selepas ini. Puas hati you?"

"Good! Macam ini lah isteri I."

*****

"KAU ke mana lewat macam ini baru balik? Itu mata kau bengkak kenapa? Kau menangis lagi eh?" soal Elfira sebaik sahaja melihat Raisha Imani melangkah masuk ke dalam rumah yang diduduki mereka dengan wajah yang muram.

"Aku ke rumah Syahmi tadi. Hari ini Mikayla buat sambutan birthday Syahmi. Dia ada jemput aku datang ke rumah diaorang. Aku pun dah berjumpa dengan Syahmi tadi selepas enam tahun dia menghilangkan diri tanpa khabar berita."

"Ya Allah, kau ni Sha! Yang kau gatal sangat pergi ke sana tu dah kenapa? Selepas itu kau sedih dan makan hati seorang-seorang. Ish tak fahamlah aku dengan kau ni!"

"Aku cuma nak lihat sejauh mana kebahagiaan diaorang. Betul ke Syahmi hidup bahagia dengan isteri baru dia. Dia tak pernah hidup menderita dan menyesal langsung ke selepas dia sudah ceraikan aku dahulu."

"So kau sudah dapat apa jawapan dia? Kau sudah berpuas hati? Atau kau masih berterusan nak jumpa diaorang ke?"

"Aku tak akan berpuas hati selagi aku tak dengar jawapan daripada mulut Syahmi sendiri. Betul ke aku ni langsung sudah tak ada apa-apa makna kepada dia? Betul ke dia sudah lupakan aku dan tak pernah bahagia apabila bersama aku dahulu?"

"Sha, sudah-sudahlah tu! Berhentilah daripada berterusan menyeksa diri kau sendiri. Aku taknak tengok kau terus bersedih dan menderita macam ni. Kau pun berhak untuk cari kebahagiaan kau sendiri."

"Aku akan berhenti apabila aku sudah dapat jawapan yang aku cari selama ni, Fira!"

"Terpulang kepada kau, Sha. Cuma aku nak kau terus kuat. Jangan sesekali tunjukkan kelemahan kau di depan lelaki tak guna tu!"

*****

RAISHA Imani yang sedang bersantai di ruang tamu rumahnya dihampiri oleh Shamina Raniah. Tadi mereka berempat telah keluar makan malam bersama-sama bagi meraikan hari lahir Raisha Imani di sebuah restoran mewah.

Raisha Imani tersenyum memandang wajah anaknya itu.

"Ya, sayang. Ada apa? Kenapa masih tak tidur lagi ni? Esok kan Mina nak pergi school." Raisha Imani menggamit anaknya agar datang ke pangkuannya.

"I just want to give you something for your birthday, omma. The card that was made by myself with bonda and ummi's help." Shamina Raniah menyerahkan kad hari lahir buatan tangannya dan sebuah kotak hadiah bersaiz sederhana besar kepada ibunya.

"Oh really? Thank you so much, sayang. You are so sweet and very thoughtful."

Raisha Imani membuka kad hari lahir tersebut dan membaca setiap patah perkataan yang telah ditulis oleh Shamina Raniah. Kemudian dia membuka kotak hadiah dan mengeluarkan hadiah yang telah diberikan oleh anaknya iaitu sehelai shawl berwarna merah jambu. Air matanya terus bergenang dan Raisha Imani terus memeluk erat tubuh anaknya. Pipi Shamina Raniah bertalu-talu menerima kucupan hangat bibirnya.

"Happy birthday omma. Please don't cry again. I just want to see your smile and want you to be happy always. I love you omma. I promise I will always make you happy and be a good daughter. I am very lucky and grateful to have you as my mother. Mina is so sorry sebab tak ada duit nak belikan omma hadiah yang mahal. "

"Thank you, Mina. Omma also love you so much. It's okay sayang, I don't need any expensive gift. Because you are the best and greatest gift ever that I have ever get in my life." tubuh Shamina Raniah didakap erat.

"Kalau Mina nak tahu, hari ini juga hari lahir daddy Mina. Tetapi daddy Mina sudah ada orang lain. Dia sudah bahagia dengan ibu tiri Mina. Tetapi tak mengapa, omma juga bahagia dengan adanya Mina sentiasa di sisi omma. Mina adalah harta yang paling berharga dalam hidup omma." bisik hati Raisha Imani.

*****

RAISHA Imani merasa sedikit pelik. Sudah dua minggu Mikayla Amanda tidak menghubunginya. Kebiasaannya walau sesibuk mana pun Mikayla Amanda, dia pasti akan cuba mencuri masa menelefon atau menghantar pesanan Whatsapp kepada Raisha Imani.

"Tak sihat ke Mikayla tu? Senyap je dan terus hilang daripada radar. Atau suami dia yang tak benarkan dia terus berhubung dengan aku?" gumam Raisha Imani di dalam hatinya.

Raisha Imani yang sedang menyusun kek buatannya di dalam peti kek terus berpaling apabila merasakan ada satu susuk tubuh yang sedang berdiri tegak di belakangnya. Dia segera berpaling dan matanya menyapa wajah tegang Syahmi Aqil.

"Can we talk in personal?"

"Yes, sure!"

*****

RAISHA Imani duduk berhadapan dengan Syahmi Aqil di sebuah meja yang agak terpencil di kedai kek milik Raisha Imani. Di hadapan mereka berdua terdapat dua cawan kopi vanilla latte dan dua potong kek chocolate mousse. Lama mereka berdua mendiamkan diri sebelum Syahmi Aqil akhirnya mula bersuara.

"Apa tujuan kau kenal dan rapat dengan isteri aku, Mikayla ya?"

"Saya tiada niat apa-apa. Saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan dia. Salah ke?"

Syahmi Aqil menepuk kuat meja dengan tangan kanannya.

"Memang salah sebab aku tak akan sesekali benarkan kau rapat dengan isteri aku! Sebab orang macam kau bukan boleh dipercayai sangat! Aku tak izinkan Kayla berkawan rapat dengan perempuan macam kau!"

"Awak tak boleh halang saya daripada terus berjumpa dengan isteri awak. Kalau pun awak tak izinkan, tetapi kalau takdir sudah menentukan yang kami akan tetap berjumpa, siapa awak untuk halang semua itu daripada terjadi?"

"Aku tak kira, aku nak kau jauhkan diri kau daripada isteri aku! Jangan pernah muncul di depan dia dan kacau hidup dia lagi."

Syahmi Aqil terus berlalu pergi tanpa sempat menjamah sedikit pun kopi dan kek yang telah dihidangkan oleh Raisha Imani.

"Kenapa awak tak benarkan saya berkawan rapat dengan isteri awak? Awak takut rahsia awak selama ini akan terbongkar ke? Kalau awak di pihak yang benar, awak tak perlu rasa takut langsunglah, Syahmi!" gumam Raisha Imani.

Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now