BAB 11

241 5 0
                                    

SEDAR tidak sedar, cuti sekolah pertengahan tahun sudah pun bermula. Raisha Imani dan Syahmi Aqil sedang berada di taman rekreasi. Seawal jam 7 pagi lagi, Syahmi Aqil sudah mengajak Raisha Imani untuk menemaninya berjogging. Raisha Imani yang sememangnya malas untuk bangun awal pagi di hari cuti terpaksa menurut sahaja permintaan Syahmi Aqil itu.

Syahmi Aqil dan Raisha Imani duduk di sebuah bangku bagi melepaskan penat setelah mereka menamatkan jogging sebanyak dua pusingan di taman tadi. Mereka berdua membuang pandang ke arah para pengunjung yang lain. Ada yang datang berseorangan, ada yang berdua dan ada yang berkeluarga dengan anak-anak mereka.

"Sha, sekarang ini cuti sekolah kan. Sekarang pun musim orang berkahwin. Dekat kampung kita ini sahaja hari-hari boleh dikatakan ada je orang yang berkahwin. Cikgu-cikgu sekolah kita pun ada yang berkahwin semasa cuti sekolah ni."

"Ya lah, Syahmi. Asal cuti sekolah je, kahwin. Asal kahwin je, cuti sekolah!" Raisha Imani sudah tergelak.

Syahmi Aqil tersenyum dan kemudian memandang wajah Raisha Imani di sebelahnya dengan pandangan yang serius.

"Raisha Imani, jom kita kahwin!"

Raisha Imani hampir sahaja terjatuh dari bangku yang didudukinya saat mendengar ayat yang baru sahaja meluncur keluar daripada ulas bibir Syahmi Aqil.

"Sha, awak okay ke tak tu?"

Raisha Imani memegang dadanya yang terasa berdebar tiba-tiba. Jantungnya juga berdenyut lebih laju daripada biasa.

"Awak cakap apa tadi? Boleh ulang balik tak?"

"Saya cakap jom kita kahwin!"

"Awak tak bergurau kan, Syahmi?"

"Tak, saya serius Raisha! Saya serius nak jadikan awak sebagai isteri saya dan saya nak kita kahwin secepat mungkin."

"Tetapi kenapa tiba-tiba je? Lagi satu, kita kan masih sekolah lagi. Masih muda lagi."

"Saya ingin lindungi dan jaga awak, Raisha. Semua itu akan jadi lebih mudah kalau saya jadi suami awak. Lagipun ramai je yang berkahwin di usia muda, diaorang bahagia je."

"Kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main, Syahmi. Banyak tanggungjawabnya, awak rasa awak sudah bersedia ke nak pikul tanggungjawab sebagai seorang suami? Awak sudah habis berfikir ke ni?"

"Ya, Raisha. Saya sudah fikir masak-masak dan keputusan saya muktamad. Saya nak kita berdua berkahwin. Lagipun tak manis kalau kita asyik keluar berdua tanpa sebarang ikatan yang sah kan?"

"Awak berikan saya masa untuk berfikir dulu. Sebab perkara kahwin ini sesuatu yang besar. Perlukan persediaan dari segi mental, rohani dan fizikal."

"Baiklah, saya akan berikan masa untuk awak berfikir. Saya akan sentiasa bersabar menanti jawapan daripada awak."

*****

MULUT Elfira dan Syafiqa sama-sama ternganga luas.

"What? Syahmi ajak kau berkahwin? Like sekarang, masa cuti sekolah ini?" soal Elfira tidak percaya.

"Ya, Fira. Dia ajak aku berkahwin masa cuti sekolah ini. Kalau aku setuju, kami akan teruskan dengan proses yang seterusnya."

"Tetapi kenapa tiba-tiba je? Kenapa tak tunggu sampai habis SPM dulu?"

"Aku pun tak tahu lah apa yang Syahmi fikir. Dia cakap keputusan dia sudah muktamad."

"Habis tu kau jawab apa, Sha? Kau sudah ready ke nak kahwin ni? Dalam usia 17 tahun? Bukan senang tau nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri."

"Aku belum beri jawapan lagi. Aku cakap nak fikir sehabisnya dulu. Kau tahu kan, kahwin ini benda yang tak boleh dibuat main-main. Kalau boleh kita nak perkahwinan itu kekal untuk seumur hidup. Besar tanggungjawab seorang isteri. Aku pun tak tahu aku dapat pikul ke tak tanggungjawab itu di usia yang masih muda ini. "

Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now