BAB 44

652 8 0
                                    

SYAHMI Aqil duduk berteleku di hadapan pusara arwah isterinya, Mikayla Amanda. Setelah dibenarkan keluar dari hospital, tempat pertama yang ditujunya adalah tanah perkuburan yang menjadi tempat bersemadinya Mikayla Amanda itu. Buku Yassin di tangannya diselak dan bibirnya mula mengalunkan lembut satu persatu ayat yang terdapat di dalam surah Yassin tersebut bermula daripada ayat pertama sehingga ayat ke 83. Pahala bacaannya itu diniatkan sebagai sedekah kepada arwah Mikayla Amanda.

Usai membaca surah Yassin, Syahmi Aqil menyentuh batu nisan pusara Mikayla Amanda. Air matanya perlahan menitis.

"Assalamualaikum Mikayla. I datang ni. I nak minta maaf dengan you. I tahu semua ini sudah terlambat dan you takkan mungkin dapat dengar semua ini lagi, tetapi I tetap nak minta maaf. Maafkan I di atas segala kekhilafan I sepanjang dua tahun I menjadi suami you. I tahu I bukanlah suami yang terbaik untuk you. Tetapi I nak you tahu, I sayangkan you. I pun sudah maafkan semua dosa you kepada I. I doakan semoga you tenang di sana dan semoga roh you ditempatkan bersama golongan yang beriman. "

Syahmi Aqil berpaling ke belakang apabila terasa bahunya disentuh seseorang. Wajah bapanya menyapa pandangannya.

" Sabarlah Syahmi. "

" Syahmi rasa terkilan, papa. Kayla pergi dahulu sebelum Syahmi sempat minta maaf kepada dia. Syahmi gagal jadi suami yang terbaik buat dia."

"Semua itu sudah tertulis Syahmi, yang ajal terlebih dahulu menjemput Mikayla. Syahmi doakan je untuk Mikayla, semoga semua dosa dia diampunkan dan rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman. Kita yang masih hidup ini perlu teruskan hidup dengan baik dan perbaiki segala kelemahan yang ada pada diri kita. Anggaplah Allah selamatkan Syahmi dalam kemalangan tempoh hari sebab nak beri Syahmi peluang sekali lagi untuk tebus balik kesalahan Syahmi yang lalu. "

*****

RAISHA Imani tersenyum manis kepada Shamina Raniah yang sedang berlari ke arahnya. Tubuhnya terus sahaja dipeluk oleh anaknya itu.

" Omma! "

" Ya sayang. How was your school today? "

" School is just fun. I learn a lot of things and make new friends today. "

" Really? That's good. Mina ada nakal-nakal tak dekat sekolah?"

"No! I'm a good girl lah, omma! Mina selalu dengar cakap teacher." Shamina Raniah sudah memuncungkan mulutnya.

Raisha Imani hanya ketawa kecil. Pipi anaknya itu dicubit geram.

"Dah, jom kita balik. Mina? Mina dengar tak omma cakap apa ni?" tegur Raisha Imani apabila melihat anaknya masih tidak berganjak.

Pandangan mata Shamina Raniah kelihatan terpaku kepada beberapa orang pelajar di hadapannya yang gembira dijemput pulang dari sekolah oleh ibu bapa masing-masing.

" Omma! Why daddy tak datang jemput Mina macam daddy orang lain?"

"Daddy kan baru je keluar dari hospital. Daddy tak sihat sepenuhnya lagi. Mina berilah peluang daddy untuk  berehat dahulu."

"Tetapi Mina pun sudah lama tak jumpa dan call daddy. Mina rindulah dekat daddy. Omma, bolehlah ya kita pergi jumpa daddy?" Shamina Raniah merenung ibunya penuh mengharap.

"Omma busy kerja lah sayang. Dekat kedai kek tu, ada banyak sangat tempahan yang omma nak kena selesaikan. Nanti weekend je lah kita pergi rumah tokpa ya."

"Alaa omma! Are you and daddy quarrelling?"

"No, sayang. Mana ada kitaorang bergaduh pun. Omma dan daddy okay je lah."

"Then why omma taknak jumpa daddy? Selepas daddy keluar hospital, kita tak pergi jumpa daddy lagi kan?"

"Omma taknak kacau daddy berehat. Daddy kan belum pulih sepenuhnya lagi, jadi kita kenalah berikan masa untuk daddy sembuh dahulu. Omma janji, nanti omma bawa Mina pergi jumpa daddy ya. Dah, jom kita pergi lunch dahulu. Omma tahu mesti Mina lapar kan?"

Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now