BAB 21

318 6 0
                                    

SYAHMI Aqil yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah selepas pulang dari kerja terus disapa oleh Puan Ramizah. Wajah Puan Ramizah kelihatan begitu serius memandang wajah Syahmi Aqil.

"Syahmi, duduk dahulu. Ada sesuatu ibu nak cakap dengan Syahmi ni."

"Sha mana ibu?" soal Syahmi Aqil apabila tidak melihat kelibat Raisha Imani yang menyambut kepulangannya. Dia lalu melabuhkan duduk berhadapan dengan ibu mertuanya itu.

"Ada dekat dalam bilik tu, mungkin tidur kot. Ibu nak Syahmi betul-betul jujur dengan ibu!"

Syahmi Aqil memandang tepat wajah ibu mertuanya yang sedang merenung tajam ke arahnya.

"Apa dia ibu, cakaplah."

"Kenapa Syahmi rahsiakan tentang keluarga Syahmi daripada kami? Syahmi tak pernah beritahu kami langsung yang ayah kandung Syahmi merupakan seorang Dato'. Selama ini, ibu hanya kenal Pakcik Sulaiman je sebagai datuk Syahmi."

Syahmi Aqil tergamam. Air liurnya terasa pahit untuk ditelan.

" Macam mana ibu boleh tahu semua ini? "

" Tadi papa Syahmi ada datang ke sini. Dia serang dan hina Raisha bermacam-macam. Ibu tak suka lah apabila ada orang mengata anak ibu, ibu yang lahirkan dan besarkan dia selama ini sebelum dia berkahwin dengan Syahmi! Kenapa Syahmi berkahwin dengan Sha? Apa tujuan Syahmi? Syahmi tahu tak papa Syahmi takkan pernah merestui hubungan kamu berdua? "

" Syahmi minta maaf ibu. Bukan niat Syahmi pun nak rahsiakan tentang keluarga Syahmi. Syahmi berkahwin dengan Sha sebab Syahmi betul-betul sayang dan cintakan Sha. Syahmi tak ada niat lain pun ibu. Percayalah cakap Syahmi. "

" Ibu tak tahu lah nak cakap apa lagi. Sekarang Sha tengah bersedih disebabkan hal ini. Ibu nak Syahmi selesaikan hal ini baik-baik dengan Sha. Kalau betul Syahmi sayang dan cintakan Sha, pertahankan rumahtangga korang dan minta restu baik-baik daripada keluarga Syahmi. "

"Insya-Allah ibu."

*****

" AYANG!" Syahmi Aqil memeluk erat tubuh Raisha Imani yang sedang berbaring membelakanginya.

Suara esakan tangis Raisha Imani jelas kedengaran.

" Ayang, pandanglah biy, please! Biy boleh jelaskan semuanya  kepada ayang. "

" Apa lagi yang biy nak bohong dengan ayang? Berapa banyak lagi rahsia yang biy simpan daripada pengetahuan ayang?"

"Ayang, biy minta maaf. Bukan niat biy nak sembunyikan tentang siapa family biy daripada ayang. Sebab bagi biy semua itu tak penting pun. Apa yang penting adalah kita berdua saling mencintai."

Raisha Imani terus bangun dari perbaringannya. Wajah Syahmi Aqil direnung tajam.

"Tak penting biy cakap? Biy tahu tak ayang ni dipandang hina oleh papa sebab ayang cuma orang kampung yang langsung tak setaraf dengan biy? Papa cakap dia takkan pernah restu perkahwinan kita dan biy ingat kita boleh terus bahagia ke tanpa restu daripada ibu bapa?"

"Ayang! Biy minta maaf bagi pihak papa biy. Biy akan jumpa papa dan berbincang tentang hal ini dengan papa. Ayang jangan bimbang, biy akan pertahankan ayang dan rumahtangga kita."

"Sudahlah biy! Ayang tahu siapa diri ayang. Ayang cumalah pipit yang langsung tak layak untuk terbang bersama enggang macam biy."

"Ayang, janganlah cakap macam itu! Biy tak pernah kisah pun tentang siapa diri ayang. Biy cintakan ayang sepenuh hati biy dan biy terima ayang seadanya."

"Biy, please! Ayang penat dengan masalah papa biy hari ini. Tambah lagi dengan kepala ayang yang tengah sakit dan serabut. Tolong beri ayang rehat, ayang nak tidur. Maaf!" Raisha Imani terus menarik selimut menyelubungi tubuhnya dan sekali lagi dia menangis teresak-esak.

Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now