BAB 33

452 6 0
                                    

MIKAYLA Amanda yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam sebuah butik pakaian menghentikan langkahnya apabila namanya dipanggil oleh seseorang. Matanya membulat apabila melihat Raisha Imani yang sedang melangkah menghampirinya.

"Kayla! Lamanya saya tak jumpa awak! Sudah lebih sebulan rasanya. Awak sihat ke ni?"

"Err Sha! Alhamdulillah, saya sihat. Awak pun sihat ke? Saya tengok awak macam semakin kurus je."

"Alhamdulillah, saya sihat. Mungkin sebab saya terlalu sibuk dengan kerja jadi waktu makan saya pun sudah tak teratur, itu yang saya jadi kurus sedikit. Saya nak tanya awak ni, kenapa awak sudah lama tak hubungi saya ya? Kedai saya pun awak dah tak datang padahal awak kan suka kek dan pastri yang saya buat. Saya ada buat salah apa-apa kepada awak ke? "

" Tak, bukan macam itu Sha! Awak tak ada buat salah apa-apa pun kepada saya. Saya sebenarnya rasa sangat selesa berkawan dengan awak tetapi saya tersepit di antara dua. "

" Kenapa? Suami awak sudah tak benarkan awak berkawan dengan saya lagi ke? "

Raisha Imani pura-pura bertanya padahal dia sudah sedia maklum akan jawapannya. Mikayla Amanda pula hanya mengangguk dan berwajah muram.

" Maafkan saya, Sha! Saya pun tak tahu kenapa suami saya tak benarkan saya berkawan dengan awak. Saya perlu patuh kepada arahan suami saya. "

" Tak apa, Kayla. Saya faham, sebagai isteri awak harus taat kepada suami awak. Syurga awak ada pada dia kan? Saya minta maaf kalau kehadiran saya yang cuma sebentar sebagai kawan awak buatkan awak sampai bergaduh dengan suami awak. Saya doakan semoga rumahtangga awak dan suami awak berkekalan dan korang akan cepat dapat anak nanti."

"I'm sorry okay, Sha! Saya sayangkan awak. Awak baik sangat-sangat. Saya sudah anggap awak macam saudara saya sendiri."

Mikayla Amanda memeluk erat tubuh Raisha Imani sebelum mereka berpisah haluan.

"Awak mungkin tak akan pernah sayangkan saya dan anggap saya sebagai kawan dan saudara awak kalau awak tahu siapa saya sebenarnya dalam hidup suami awak dahulu, Kayla!" desis hati Raisha Imani.

*****

SYAHMI Aqil menghampiri Mikayla Amanda yang sedang berehat di atas katil. Dia tersenyum lalu melabuhkan duduk di sisi isterinya itu.

" You tengah buat apa tu? I ada hal sedikit nak cakap dengan you ni. "

" I just baca majalah fesyen je. Hal apa yang you nak cakap dengan I? Macam serius je ni." Mikayla Amanda meletakkan majalah yang dipegangnya di atas meja kecil di sisi katil dan memandang tepat wajah Syahmi Aqil.

" I nak kita berdua pergi buat ujian kesuburan. "

" Ujian kesuburan? " soal Mikayla Amanda, keliru.

" Ya! Kawan-kawan I hari itu ada cadangkan kita berdua untuk buat ujian kesuburan. Tujuannya untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi kita, kenapa sampai sekarang you masih tak mengandung lagi. Sedangkan boleh dikatakan setiap bulan kita ada lakukan hubungan suami isteri. "

" Tetapi kita kan baru je dua tahun berkahwin. Perlu ke kita terus pergi buat ujian tu? "

" Ya, Kayla. I nak kita macam pasangan berkahwin yang lain. Ada anak yang ramai yang boleh meriahkan rumah kita yang sunyi ni. You taknak anak dengan I ke ni? "

" Bukan macam itu! I kalau boleh memang nak lahirkan anak untuk you. Tetapi you tahu kan jadual modelling I agak busy dalam sebulan dua ni? I dapat banyak sangat job offer. Nanti je lah ya selepas semua job I sudah settle, kita bincang balik pasal hal ini. Please! "

" Okay, tetapi nanti apabila semua kerja you sudah selesai, you kena ikut I pergi buat ujian kesuburan di hospital. Tiada tolak ansur lagi! "

" Ya, Syahmi! I promise! "

Alasan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now