RAISHA Imani tersenyum sendirian memandang wajah comel anaknya, Shamina Raniah yang sedang tekun menyiapkan kerja sekolahnya. Sesekali dahi anaknya itu akan berkerut apabila cuba menyelesaikan soalan Matematik.
Selepas solat Isyak secara berjemaah tadi dengan berimamkan suaminya, Syahmi Aqil, Raisha Imani menemani Shamina Raniah untuk membuat kerja sekolah di dalam bilik tidurnya. Manakala Syahmi Aqil pula meluangkan masa untuk berbual bersama bapa dan ibu mertuanya di ruang tamu.
"Mina, banyak lagi ke kerja sekolah yang belum siap? Do you need my help?"
"Ada lagi lima soalan, omma. Susahnya soalan ni! Mina tak pandailah nak jawab. Can you help me?" bibir Shamina Raniah sudah tercebik-cebik memandang wajah ibunya.
"Janganlah menangis, sayang. Mari sini omma tolong. Cuba tunjukkan dekat omma soalan mana yang Mina tak dapat jawab."
Raisha Imani membantu anaknya untuk menyelesaikan latihan Matematiknya. Setelah selesai, Shamina Raniah tersenyum riang dan mula mengemaskan buku dan peralatan tulisnya sebelum disimpan di dalam beg sekolahnya.
"Thank you omma sebab sudah tolong Mina tadi." pipi Raisha Imani dikucup sekilas.
"You are welcome, sayang. Sudah lewat malam ni, Mina kena tidur. Pergi gosok gigi dahulu."
"Okay omma!"
Syahmi Aqil yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tidur terpempan apabila melihat anaknya sedang berbaring di atas katil pengantin mereka sambil dipeluk oleh Raisha Imani. Pantas langkahnya diatur ke arah katil sebelum punggungnya dihenyakkan di sebelah anaknya.
"Mina buat apa dekat sini? Kerja sekolah sudah siap ke?"
"Sudah siap, daddy! Daddy, tonight Mina wants to sleep with daddy and omma. Boleh kan?"
Riak wajah Syahmi Aqil terus berubah. Matanya terus mencari sepasang mata milik Raisha Imani. Isterinya itu hanya tersenyum dan mengucup pipi Shamina Raniah bertalu-talu.
"Of course lah Mina boleh tidur dekat sini. Katil ini kan luas, muat untuk kita bertiga." ujar Raisha Imani sambil menyembunyikan tawanya yang hampir terletus saat melihat wajah cemberut Syahmi Aqil.
"No! Daddy tak benarkan Mina tidur dekat sini. You have to sleep in your own room. Mina kan sudah besar."
"But daddy!" Shamina Raniah sudah tercebik-cebik sebelum mula menangis.
"Please don't cry. You are such a big girl and you should be brave, like your omma. Dah, mari daddy temankan Mina ke bilik Mina. Daddy tunggu sampai Mina tidur."
Shamina Raniah terpaksa akur apabila tubuhnya sudah didukung oleh bapanya ke arah bilik yang berhadapan dengan bilik ibu bapanya.
*****
RAISHA Imani yang sedang menyapu toner pada wajahnya terus berpaling saat mendengar bunyi pintu bilik yang terkuak. Bibirnya menguntumkan senyuman buat suami tercinta.
Syahmi Aqil melangkah menghampiri Raisha Imani. Tangannya merangkul erat pinggang ramping isterinya. Ubun-ubun dan kedua-dua belah pipi isterinya dikucup penuh cinta sebelum bibirnya berlabuh lama di bibir mungil milik Raisha Imani.
"Mina sudah tidur ke? Dia tak menangis ke tadi?"
"Ya, our princess sudah lena dibuai mimpi. Biy temankan sampai Mina lena. Biy bacakan sirah Nabi kepada dia. Biy juga janji, kalau Mina behave dan tak menangis sebab kena tidur seorang diri, biy akan beri reward kepada dia."
"Ye ke? Sorry lah, biy. Mina tu memang manja. Maklumlah selama ini dia selalu tidur dengan ayang. Tiba-tiba je hari ini dia kena belajar tidur seorang diri."
YOU ARE READING
Alasan Untuk Bahagia
RomancePertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, pemilik nama Syahmi Aqil itu adalah seorang yang menjengkelkan dan merupakan musuh ketatnya. Namun di...