RAISHA Imani menatang dengan berhati-hati dulang yang berisi dua mug hot chocolate dan sepinggan cucur bilis ke arah ruang tamu. Syahmi Aqil pula sedang tekun menyiapkan kerja sekolah Fiziknya. Ibu Raisha Imani sudah lama tidur selepas solat Isyak tadi, jadi tinggallah Raisha Imani dan Syahmi Aqil berdua yang masih lagi berjaga menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.
Syahmi Aqil mengangkat wajahnya daripada buku latihan Fiziknya apabila hidungnya terhidu bau cucur bilis buatan Raisha Imani. Matanya terus bersinar keriangan. Tadi dia ada mengadu kepada Raisha Imani yang dia lapar, tidak sangka pantas pula Raisha Imani menyediakan cucur bilis untuknya. Inilah untungnya ada isteri, boleh bermanja.
"Wah sedapnya ayang! Tak sangka ayang pergi masakkan betul-betul untuk biy."
"Mestilah, ayang taknak suami ayang tak boleh fokus study sebab terlalu lapar nanti."
Syahmi Aqil sudah memasukkan seketul cucur bilis ke dalam mulutnya. Habis ditelannya, dimasukkan seketul lagi. Kemudian tangannya menyumbatkan seketul cucur bilis ke dalam mulut Raisha Imani.
"Biy! Apa ni?" Raisha Imani bersuara usai dia berjaya menelan cucur bilis itu secara paksa.
"Mana boleh biy seorang je yang gemuk. Ayang pun kenalah gemuk juga, barulah kita jadi pasangan sehati sejiwa." Syahmi Aqil sudah ketawa.
PAP!
Raisha Imani menampar kuat peha Syahmi Aqil. Tidak cukup itu dicubitnya perut suaminya itu.
"Ayang! Sakitlah! Apa pula buat dekat biy ni. Tak baik tau derhaka kepada suami."
"Biy tu lah! Eii perangai kan memang nak minta penampar!" Raisha Imani sudah memuncung.
"Sampai hati ayang nak tampar muka biy yang super duper kacak ni tau! Tu muncunglah lagi mulut tu, biy kiss nanti baru tau!"
"Kiss lah kalau berani!"
Tanpa amaran, kepala Raisha Imani terus dipaut dan Syahmi Aqil melumat bibir Raisha Imani. Raisha Imani pula sudah seperti anak ikan yang tercungap-cungap mencari nafasnya.
"Erm manisnya, semanis cinta kita!" ujar Syahmi Aqil sebaik sahaja kucupan di bibir mereka terlerai.
Raisha Imani mengelap bibirnya kasar, habis berminyak bibirnya akibat dicium oleh Syahmi Aqil . Dia memandang tampang wajah Syahmi Aqil dengan geram.
"Biy ni jahatlah! Habis berminyak bibir ayang!"
"Alaaa sorry lah ayang, tetapi biy memang sengaja pun." Syahmi Aqil tersengih nakal.
"Sudahlah, malaslah nak layan biy ni. Baik ayang sambung study. Lagipun sudah tak lama lagi nak exam percubaan kan."
Raisha Imani mencapai bukunya dan terus membaca buku tersebut tanpa mempedulikan Syahmi Aqil lagi.
"Merajuk ke tu, ayang? Sorry lah, biy janji tak buat lagi." Syahmi Aqil mencuit perlahan lengan Raisha Imani.
"Malam ini biy tidur seorang-seorang eh dekat ruang tamu!" Raisha Imani sudah menjeling tajam wajah Syahmi Aqil.
"Ayang! Janganlah hukum biy sampai macam itu. Okay biy tahu biy salah, maafkan biy! Biy tak boleh tidurlah tanpa ayang, nanti tak lena sebab asyik teringatkan ayang. Kita tidur sama-sama ya. Biy nak peluk ayang, isteri biy yang paling cantik ni."
Syahmi Aqil sudah menayang wajah comelnya di hadapan Raisha Imani, cuba menggoda isterinya itu. Raisha Imani hanya membuat wajah toya, langsung tidak dipedulikan rayuan Syahmi Aqil itu.
*****
RAISHA Imani terkocoh-kocoh menuju ke bilik air kerana dia sudah terlewat untuk mandi. Entah kenapa dia begitu lena tidur sehinggakan tidak sedar jam locengnya berbunyi.
YOU ARE READING
Alasan Untuk Bahagia
RomancePertemuan di antara Raisha Imani dan Syahmi Aqil pada awalnya tidak bermula dengan baik apabila mereka sering sahaja bertengkar. Bagi Raisha Imani, pemilik nama Syahmi Aqil itu adalah seorang yang menjengkelkan dan merupakan musuh ketatnya. Namun di...